11/20/2008

Pengalaman menarik di Kem SAHAM 08


Banyak pengajaran yang diperolehi semasa mengikuti perkhemahan Sahabat Masjid UMP bermula dari 14 - 17 Nov 08 yg lalu. Saya cuba menyenaraikannya supaya dapat berkongsi bersama dengan pengunjung ke Blog ini.

Saya agak kagum dengan keramahan dan kesungguhan memelihara adat yang di tunjukkan oleh penduduk Kg Bolok / Sokmek Lanchang. Kebetulan pula Tok 4 menjemput semua peserta Kem bersama menjayakan perkahwinan 2 orang anak buahnya. Kesempatan nilah saya dapat melihat kemeriahan majlis perkahwinan tersebut.




Tinggal di Homestay En Zul selama berada di sana juga cukup menarik kerana saya dan sahabat2 Pusat Islam UMP dapat melihat lebih dekat suasana kehidupan orang kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar dan keseronokan bekerja memelihara kambing, ayam dan ikan di kolam. Sepanjang berada di rumahnya En Zul dan isterinya memberikan layanan yang cukup mesra.


Saya dan Pelajar2 UMP yang mengikuti perkhemahan kali ini juga agak bertuah kerana banyak aktiviti yang dilaksanakan seperti motivasi bersama anak-anak penduduk kampung, aktiviti dakwah rumah ke rumah penduduk kampung, berjamaah dan bermalam di Masjid Kg Bolok, ceramah kesedaran Islam, melawati Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah, jungle trakking, menyumpit, bermesra dengan berbagai haiwan jinak di Deerland dan makan nasi yg dimasak dalam buluh.

Sambil berseronok melalui aktiviti yang diatur sepanjang kem ini, jauh disudut hati saya berasa hiba dan sedih melihat surau dan masjid di Kg Bolok yang sepi di waktu solat lima waktu malah hampir tiada penduduk yang melaungkan azan. Dengan kehadiran kami dan pelajar ke sini meriahlah sikit masjid dan surau. Lebih menyedihkan ialah gelagat anak-anak muda yang begitu ghairah menari beramai-ramai diiringi band muzik secara live sempena majlis perkahwinan anak buah Tok 4. Tak silap saya mereka menyanyi sehinggalah ke pagi, tetapi bila masuk subuh tiada seorangpun datang solat berjamaah meskipun surau hanya 100 meter dari rumah mereka. Ya Allah kurniakanlah hidayahMu kepada mereka!


Akhirnya saya ingin mengungkapkan kekaguman terhadap En Abdullah pemilik Deerland yang berkorban masa dan wang ringgit untuk memelihara khazanah alam yang semakin pupus dinodai oleh manusia-manusia yang rakus tanpa bantuan kerajaan. Rusa, Ular, Beruang, Kera di Deerland sangat jinak kerana dibela oleh En Abdullah dan keluarganya begitu juga dengan tumbuhan herba yang dipelihara dengan baik di sini. Kepada mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini saya syorkan datanglah untuk melihat saki baki khazanah bumi Pahang yg entah bila akan dirampas oleh manusia zalim yang bertuhankan wang ringgit.

Begitulah sekelumit pengalaman berguna yang dilalui sempena Kem Saham kali ini yang bertemakan "Conference Of Nature". Tahniah SAHAM!











Homestay En Zul.









Tangga tebu untuk majlis cukur jambul.














Usrah di Masjid Kg Bolok.









Motivasi bersama anak-anak Kg Bolok.













Pekena teh-o limau dengan Pegawai UMP (Motivator).
















Acara makan dalam talam menambahkan ukhuwwah.













En Abdullah pemilik Deerland.

















Test power...menyumpit.
















11/13/2008

Undang-Undang Sivil + Undang-Undang Syariah = ?

Sambil isi minyak kereta pagi ni terpandang muka depan akhbar Utusan Malaysia yang menyentuh tentang cadangan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang membuat saranan seperti berikut: "Undang-undang lazim dan undang-undang syariah di negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam boleh diharmonikan melalui penggabungan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah". (UM 13 Nov 08).

Apa yang diutarakan ini selari dengan cadangan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang pernah mencadangkan supaya undang-undang syariah menggantikan common law Inggeris.Bekas Ketua hakim negara ini juga percaya bahawa seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 perlu dipinda kerana ia memberi laluan kepada undang-undang Inggeris, kesaksamaan dan statut ke dalam undang-undang Malaysia.

Menarik juga perkara ini dibincangkan secara dan kita sepatutnya memberikan tumpuan kepada perkara-perkara seumpama ini dan bukannya terbelenggu dengan isu-isu yang tidak membawa impak besar kepada kebaikan rakyat seperti isu pencalonan UMNO, isu guru mainkan video "Sajak Kematian" dan sebagainya.

Bagi saya sudah sampai masanya kita memiliki sistem perundangan yang selaras dan selari dengan perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan bukannya terjajah berterusan dengan sistem perundangan peninggalan penjajah.

Pengasingan Undang-Undang dan Mahkamah kepada Sivil dan Syariah pada hakikatnya adalah manifestasi daripada saki baki pemikiran sekular yang masih menebal di kalangan pengamal undang-undang dan juga pemerintah. Jika diteliti, pemikiran sekular ini juga boleh dilihat dalam pelbagai institusi di negara kita yang mengasingkan institusi Islam dengan yang lainnya. Sebagai contoh dalam sistem pendidikan. Ada pendidikan Islam dan ada pendidikan aliran biasa. Ada sekolah Islam dan ada sekolah kebangsaan. Ada kolej Islam dan ada kolej 'bukan Islam' malah ada Universiti Islam dan ada Universiti yang 'bukan Islam! Malah kemelut ini ada kalanya membingungkan orang ramai yang bertanya "Jika ada Universiti Sains Islam apa akan jadi dengan Universiti Sains Malaysia? Apakah ia sebuah Universiti bukan Islam?
Begitulah juga dalam soal ekonomi. Ada bank Islam ada juga bank riba! Ada Masjid, ada juga pusat judi berlesen! Ada pusat Islam, ada juga pusat-pusat maksiat, persundalan dan arak! Inilah yang menjadikan sebahagian umat Islam terus confuse dan majoriti bukan Islam tidak dapat memahami Islam!

Di dalam sebuah negara yang merdeka dan Islam menjadi agama resmi seperti Malaysia adalah tidak perlu dibimbangi untuk melaksanakan sistem Islam dalam setiap institusi kerana ia adalah merupakan suatu dasar yang dijamin oleh perlembagaan. Golongan bukan Islam pula tidak berhak mempertikaikannya sehinggalah mereka boleh membuktikan bahawa agama Islam adalah salah dan menyekat kemajuan.

Oleh itu sudah sampai masanya Islam menjadi teras kepada semua institusi dalam negara kita samada dalam politik, ekonomi, perundangan, pendidikan, keluarga, kebudayaan, seni, sukan, hiburan dan lain-lain. Malah nama-nama seperti Bank Islam, universiti Islam, sekolah Islam dan sebagainya sudah tidak perlu kerana kita berada dalam negara Islam yang menjadikan Islam teras kepada semua sistem kehidupan dan merentasi semua bentuk institusi dalam masyarakat.

Saya berpendapat cadangan bekas ketua hakim negara agar digabungkan sistem perundangan sivil dan syariah adalah satu cetusan kesedaran bahawa sewajarnya Islam kembali dijadikan teras kepada seluruh sistem pemerintahan negara jika kita ingin kembali memartabatkan ketuanan Melayu di negara Malaysia yang tercinta ini. Kerana sejarah telah membuktikan Melayu pernah kuat dan terkenal dengan Islam sepertimana Arab pernah kuat dan terbilang dengan Islam. Tetapi sebaliknya pula Melayu akan terhina apabila Islam dikesampingkan!

Alllah Taala berfirman:

{ يا أيها الذين آمنوا ادخلوا في السلم كافة } (البقرة:208)

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu kedalam kesejahteraan (Islam) keseluruhannya".

11/12/2008

IKIM.FM

Pagi ni sempat saya mendengar sembang-sembang di IKIM yang di hoskan oleh 2 juruhebah utama IKIM.FM iaitu Ustaz Zamri dan (tak silapnya) Cik Maslina. Isu berlegar tentang kes kecurian di kedai-kedai yang beroperasi 24 jam. Ini merujuk kepada kejadian pada 11 Nov di mana seorang kakitangan Jabatan Agama Islam Perak yang meninggal dunia ditetak penyamun ketika bekerja sambilan di sebuah stesen minyak di Perak. Menarik juga bila dengar bermacam-macam idea dan saranan pendengar yang prihatin terhadap isu-isu jenayah seumpama ini. Cuma yang saya agak pelik ialah sikap juruhebah IKIM.FM yang seolah-olah tidak memberi perhatian apabila ada saranan supaya hukum Allah atau undang-undang Hudud dilaksanakan. Bila ada sahaja pendengar yang membuat saranan seperti ini terus diminta berhenti secara indirect dengan berbagai helah. Saya tidak pasti apakah juruhebah terlalu takut menyentuh soal hudud atau ada arahan supaya jangan membincangkannya sedangkan Hukum Hudud ini perlu dibincangkan dengan lebih terbuka dan meluas supaya sebarang ketidakfahaman dan prejudis dapat dibetulkan. Bukan sekadar melihat kekerasan hukuman semata-mata tetapi dengan melihat kewajarannya sebagai kaedah yang dianugerahkan oleh Allah Taala bertujuan mencegah merebaknya jenayah dalam masyarakat. Kalaulah boleh saya mencadangkan kepada IKIM untuk mengadakan seminar Perlaksanaan Hukum Hudud dalam masyarakat moden untuk mendedahkan kepada umum kewajaran dan keserasian hukum Allah Taala dalam semua zaman dan tempat.
Sikap tidak prihatin juruhebah IKIM.FM pagi ini kepada beberapa cadangan pendengar amat menyedihkan. Saya rasa tidak salah membahaskan perkara ini secara panjang lebar kerana ia adalah sebahagian hukum Allah Taala yang diturunkan di dalam Al-Quran dan hukum Allah Taala tidak boleh di pandang secara prejudis oleh mereka yang bergelar Muslim!
Agaknya, berleluasanya jenayah hari ini adalah akibat keenganan kita kembali kepada hukum Allah dan ketakutan para ulama memperjuangkan hukum Allah Taala!

11/02/2008

WAD 221 KSH


Alhamdulillah setelah seminggu bercuti dari 26 Oktober 08, Insyaallah hari Selasa dapat kembali semula bekerja seperti biasa. Wad 221 Kuantan Specialist Hospital memberikan satu dars (pengajaran) bahawa bila2 masa Allah Taala boleh mengenakan bala dan musibah seperti kemalangan atau sakit kepada kita meskipun pelbagai usaha pencegahan dilakukan. Benarlah 'bala' itu sendiri berasal dari 'ibtila' yakni ujian Allah ke atas hambaNya. Sentiasa sihat menjadikan kita lupa betapa besarnya nikmat tersebut yang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Tetapi bila sakit barulah dapat rasakan kasih sayang Ilahi. Moga keinsafan ini berpanjangan dan menjadikan diri ini lebih hampir denganNya.