6/24/2010

Zionis berjaya dalam diam!

Akhirnya setelah mencetuskan fenomena 11/9, kini berjaya juga propagandis Zionis@USA menanamkan di dalam minda umat Islam sendiri bahawa sesiapa yang berimej serban dan janggut ala Osama Ladin adalah mereka yang ada potensi menjadi pengganas atau mereka adalah pengganas!

Malah hari ini muncul di kalangan orang Islam sendiri yang percaya bahawa gerakan pengganas adalah bermula di Masjid? Oleh itu ada sesetengah institusi yang memantau aktiviti solat berjamaah di Masjid-Masjid kerana mengikut andaian mereka apabila Masjid penuh dan imarah dengan jamaahnya maka potensi untuk munculnya gerakan pengganas adalah sangat kuat. Ada juga yang menasihati, pergi masjid boleh tetapi jangan dengar ceramah dan kuliah kerana ia bakal meracuni minda!

Agaknya inilah yang dirancang bertahun-tahun oleh Zionis, mereka pastinya amat faham bahawa penentang terkuat kepada gerakan jahat mereka adalah golongan kuat berpegang kepada agama, sepertimana yang dibuktikan di Palestin. Antara Hamas dan Fatah, Hamas adalah gerakan kebangkitan rakyat yang berpaksi kepada agama. Sebaliknya Fatah hanya bersendikan semangat nasionalis, maka sebab itulah mereka gagal menjarah bumi Gaza kerana di dalamnya adalah ribuan pemuda Hamas yang hafiz Al-Quran dan menjadi pejuang di barisan hadapan. Justeru strategi terbaik yg mereka fikir ialah mewujudkan persepsi dunia bahawa Hamas dan setiap yang berimejkan Hamas adalah pemberontak dan pengganas. Malah Musrsyidul Am Hamas, Syeikh Ahmad Yasin, seorang ulama, tok guru, khatib dan imam digambarkan sebagai peniup semangat kepada aktiviti keganasan dan akhirnya ia mati syahid oleh ledakan peluru helikopter zionis!

Persepsi ini terus ditiup ke segenap pelusuk dunia dan khususnya dunia Islam. Nah! Hasilnya kini, setiap yang pulang menadah ilmu di Timur Tengah mula diragukan status mereka. Setiap yang berusrah dan bertalaqqi ada potensi mengganas dan malangnya golongan kaki botol, kelab malam, tahi judi dan kaki betina tiada siapa yang peduli. Isu wahabi menjadi buah tanggung yang dieksploitasikan bagi melabelkan sesama Islam sebagai pengganas. Zionis pasti beraya sakan apabila sesama umat Islam saling mencurigai dan mereka lebih gembira kerana yang dicurigai itu adalah golongan ulama....kerana bagi mereka para ulama pejuang adalah penghalang terkuat kepada agenda jahat mereka.
Ketikamana Israel sedikit tertekan dengan bantahan dunia terhadap tindakan ganasnya ke atas Mavi Marmara, pastinya ia juga sedikit tersenyum kerana pemerintah di sesetengah dunia Islam sudah bergerak selari dengan agenda mereka! Oleh itu hati-hatilah bertindak, supaya jangan tersilap langkah menjadi agen talibarut Zionis tanpa disedari!

6/03/2010

Gaza...episod baru!

Ada perkara menarik dilihat di sebalik tragedi serangan rejim zionis ke atas kapal misi kemanusiaan Gaza Mavi Marmara yang mengakibatkan 19 terbunuh dan 30 yang lain cedera. Selepas sahaja tragedi tersebut berlaku saya segera mencari berita dan video kejadian serangan itu khususnya di laman web You Tube. Namun secara mendadak You Tube menyajikan video-video yang menunjukkan bahawa askar Israel dibelasah sebaik sahaja turun ke kapal tersebut. Siap dengan video dari pelbagai sudut yang digunakan sepenuhnya oleh agen propagandis Israel untuk menunjukkan kepada dunia bahawa peserta konvoi tersebutlah yang bertindak ganas terlebih dahulu.
Inilah yang dinamakan Yahudi@Zionis, mereka memang licik melakukan jenayah hinggakan dunia khususnya Amerika dan negara Eropah masih teragak-agak bertindak ke atas mereka. Dalam isu serangan ini, sejurus sahaja ia berlaku, propagandis Zionis terus menerus memasukkan video-video yang memaparkan peserta konvoi memukul askar Zionis dengan kasar. Begitu juga dengan video yang memaparkan bahawa kapal Mavi Marmara membawa senjata seperti parang, tukul besi dan lastik yang kononnya untuk dibekalkan kepada pejuang Hamas di Gaza.
Inilah strategi yang dilakukan oleh Israel secara sistematik dan berterusan dalam menakluk negara Palestin. Dalam berdepan dengan rakyat Palestin, rejim zionis dengan aktif mempromosikan kepada dunia bahawa rakyat Palestin adalah terdiri dari pengganas dan wajar diperangi. Sebaliknya rakyat yahudi dan rejim pengganas zionis adalah pihak yang terpaksa mempertahankan diri. Semua saluran media digunakan bagi mengiyakan propaganda mereka ini, hinggakan banyak berita, gambar dan video yang memaparkan tragedi di Palestin yang disalurkan oleh media negara-negara di dunia termasuklah negara Islam adalah bersumberkan media Barat yang pro Yahudi. Malah siri penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW pada hakikatnya dibayangi oleh Yahudi dengan tujuan memburukkan Islam dan secara tidak langsung memberi kesan kepada pejuang-pejuang Islam di Palestin.
Peristiwa 11 September juga telah mendedahkan bagaimana peranan Yahudi mencetuskan kebencian dunia kepada Islam. Kesan dari persitiwa tersebut telah menyebabkan banyak negara Eropah bersikap anti Islam dengan mengharamkan pakaian menutup aurat dan menyekat pembinaan masjid. Ini semua adalah akibat dari propaganda yang dimainkan oleh Yahudi yang sudah lama memerangi Islam dengan cara dan jalan yang begitu halus dan licik.
Yahudi juga berusaha menjadi isu Gaza@Palestin sebagai isu negara bangsa dan cuba sedaya upaya menghilangkan imej hak orang Islam ke atas Masjid Al-Aqsa dan tidak mustahil isu Gaza ini juga dicetuskan oleh propagandis Yahudi bagi memalingkan umat Islam dari isu sebenar iaitu Masjid Al-Aqsa. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa niat sebenar Yahudi ialah mahu meruntuhkan Masjid Al-Aqsa dan pastinya usaha itu sedang giat dilakukan ketikamana dunia hanya menfokuskan kepada Gaza!
Yahudi juga pada hari bukan sekadar menjadi pemandu kepada segala keputusan yang dibuat di White House tetapi negara-negara Islam juga banyak yang telah dipengaruhi oleh Yahudi. Jika tidak mengapakah banyak negara Islam yang berdiam diri sekian lama meskipun rakyat Palestin disembelih dan dibunuh saban hari? Jika bersuarapun hanya seperti melepaskan batuk ditangga. Dalam isu Gaza, dimanakah Arab Saudi, Jordan, Syria, Morocco, Kuwait, Bahrain, Qatar dan lain-lain? Dimanakah suara OIC? Adakah cukup sekadar Amru Musa menempelak serangan tersebut kemudian berdiam diri, sedangkan bumi Palestin semakin mengecil dan sudah hilang dalam peta dunia? Malah lebih malang lagi kita masih menaruh harapan kepada PBB dan Amerika Syarikat membantu menyelesaikan kemelut ini? PBB dan Amerika sebenarnya adalah talibarut Israel! Malah kita didedahkan bahawa sebelum serangan yang berlaku ke atas kapal Mavi Marmara, Pentagon sudah mengetahuinya dan askar zionis sudah mendapat lampu hijau melakukan serangan tersebut! Apakah masih ada harapan dari Obama yang pada awalnya menunjukkan sikap lunak dengan negara Islam tetapi ia seperti anjing yang ekornya bergelumang dengan tahi!
Kita juga, pada hakikatnya begitu kecewa dengan pemerintah negara umat Islam yang masih bermain wayang dalam isu Palestin. Lihat sahaja kerajaan Mesir, mereka bukan sahaja membina tembok di dalam tanah di sempadan Gaza malah menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza. Di manakah Mufti Mesir yang begitu alim? Di manakah Syeikh Azhar yang begitu faqih? Takkan mereka ini buta dengan apa yang berlaku? Apakah tiada fatwa yang menyatakan bahawa apabila negara Islam diserang dan apabila umat islam disembelih, semua orang Islam wajib bangkit berjihad? Bersuaralah wahai para ulama agar menasihati Hosni Mubarak supaya membantu orang Islam di Gaza@Palestin. Begitu juga kita amat kecewa dengan sesetangah negara Islam yang masih lunak mengadakan hubungan samada secara lansung dan tidak lansung dengan Israel malah ada negara Islam yang sanggup menjadikan syarikat antarabangsa yang ditaja oleh Yahudi sebagai penasihat kepada kerajaan!
Inilah hakikat yang berlaku dalam isu Gaza@Palestin.....semoga disebalik persitiwa yang berlaku dapat mencetuskan kesedaran dunia bahawa ketidaktenteraman di Asia Barat malah di dunia ini adalah berpunca dari kejahatan Yahudi Zionis. Kita juga berharap agar rakyat di negara-negara bukan Islam seperti Singapura, Thailand, Cina, Korea, Jepun, Eropah dan lain-lain mula sedar bahawa selama ini mereka dimomokkan dengan media pro Yahudi yang telah banyak melakukan penipuan dan pembohongan bertali arus. Malah kepada rakyat Amerika yang jujur dan prihatin, kita berharap agar mereka mula membuka mata bahawa selama ini kehidupan mereka diatur oleh Yahudi yang menyebabkan mereka termakan dengan propaganda Yahudi. Peperangan di Afghanistan dan Iraq yang menyebabkan askar Amerika terbunuh begitu ramai sebenarnya diatur oleh zionis yang sanggup menjadikan rakyat Amerika yang majoritinya beragama Kristian sebagai proksi mereka sehingga terkorban tanpa sebarang matlamat jelas dalam peperangan tersebut!
Serangan ke atas konvoi keamanan Gaza pastinya membuka lembaran baru dalam episode peristiwa akhir zaman yang telah disebut oleh Rasulullah SAW di dalam hadis-hadisnya…..