5/04/2009

Kursus Di Excel Training 28-30 April 2009

Alhamdulillah selama 3 hari 2 malam berada di Lenggeng, Negeri 9 mengikuti kursus kelolaan Excel Training Sdn Bhd banyak ilmu dan pengalaman diperolehi. Meskipun pada awalnya agak kurang yakin dgn program ini disebabkan hasutan sesetengah rakan yang mendakwa penceramah di sini menghujjah dengan hadis dhaif lagi palsu. Namun usaha mempositifkan niat dan berbaik sangka dengan program ini telah membuahkan hasil yang lumayan. Banyak ilmu yang dipelajari melalui dua orang sifu iaitu Dato' Dr Fadzilah Kamsah dan Prof Hj Hanim. Semoga ilmu yang dipelajari dapat memandu ke arah budaya kerja cemerlang dan semangat berpasukan yang tinggi. Teringat kata Dato' bahawa 'Cemerlang di tempat kerja bermula dengan cemerlang di rumah!.



No comments: