10/24/2008

PETUNJUK DAKWAH : As-Syahid Hassan Al-Banna dalam kenangan

As-Syahid Hassan Al-Banna telah dibunuh pada 12 Februari 1949, pada usia 43 tahun. Satu Majlis Memperingati pemergian as-Syahid Hassan Al-Banna telah di adakan pada tahun 2006 di Universiti Al-Ahliah Amman, Jordan. Pada majlis tersebut Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Syeikh Muhammad Mahdi ‘Akif telah menyampaikan ucapannya dengan mengungkapkan kata-kata berikut: “Sesungguhnya Al-Banna adalah seorang ahli politik yang bijak dan seorang muslih yang bersifat ijtimaie (bermasyarkat), ia bergerak atas manhaj perjuangan yang sederhana dan berpegang tegas kepada mazhab salafi yang padanya lebih selamat dan lebih utama untuk diikuti”.

Beliau berkata lagi: Sesungguhnya Al-Banna sangat tegas mengkritik Tamadun Barat dan beliau beriman sepenuhnya dnegan dakwah yang diterangi oleh cahaya Islam dan sinar Kenabian yang dijamin kemenangannya oleh Allah Taala.

Syeikh ‘Akif juga berkata : “Peribadi Al-Banna dihiasi dengan Iman yang mendalam, kefahaman yang mantap terhadap agamanya dan kesungguhannya menuruti jejak Rasulullah s.a.w di dalam dakwah dan usaha merubah masyarakat. Al-Banna tidak pernah berhenti menyampaikan dakwah dan menyeru kepada jihad yang dianggapnya sebagai satu kewajipan hingga hari Kiamat di mana semua ini tercerna dalam syiar yang dilaungkannya iaitu “Al-Jihad Sabiluna” (Jihad jalan kami). Beliau adalah mujahid dengan lidahnya, ceramahnya, penanya dan bukunya dan beliau adalah ‘Murabbi’ kepada pemuda-pemuda dengan menanamkan ruh perjuangan kepada mereka".

No comments: