Oleh: Ustaz
Zuridan Mohd Daud
Penulisan khutbah
adalah satu kemahiran yang sangat penting kerana jika ia dilaksanakan dengan teliti
dan tersusun maka pembacaan khutbah akan menjadi lebih menarik dan memberikan kesan
yang baik kepada masyarakat.
Bagi tujuan itu
di samping memberikan keutamaan kepada rukun-rukun khutbah aspek penulisan
khutbah juga hendaklah menepati kaedah penulisan semasa yang lebih sesuai
dengan situasi umat Islam masakini.
Berikut adalah panduan
ringkas penulisan khutbah yang boleh dijadikan panduan dalam menyediakan teks
khutbah agar penghasilan khutbah menjadi lebih baik.
A. Rukun
Khutbah.
Sebagaimana
dimaklumi khutbah Jumaat mempunyai lima (5) rukun yang mesti ada dan dibaca
dalam bahasa Arab, iaitu:
1. Puji-pujian
bagi Allah SWT dalam khutbah pertama dan kedua.
2. Seruan
supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam khutbah pertama dan kedua.
3. Ucapan
selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam khutbah pertama dan kedua.
4. Ayat
al-Quran yang lengkap.
5. Doa
kepada umat Islam dalam khutbah kedua.
B. Susunan
penulisan khutbah.
1. Pendahuluan:
Mengandungi pujian kepada Allah SWT, syahadah, selawat, seruan bertaqwa dan ayat
Al-Quran yang berkaitan dan bersesuaian dengan tajuk khutbah. (Ditulis dalam
Bahasa Arab).
2. Kata
seruan yang sesuai seperti: ‘Sidang Jumaat yang dirahmati Allah’, Sidang Jumaat
yang berbahagia sekelian’.
3. Isi
khutbah :
I.
Hendaklah menyentuh isu-isu semasa
yang dihadapi umat Islam setempat.
II.
Hendaklah berfakta dan berdasarkan
analisa yang tepat.
III.
Hendaklah disokong dengan bukti dan
hujah menurut pandangan ulama muktabar.
IV.
Tidak mengandungi ajaran
bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah.
V.
Tiidak mengandungi hasutan,
prasangka dan cercaan terhadap individu tertentu.
4. Penutup
I.
Mengandungi kesimpulan dan rumusan
daripada keseluruhan isi kandungan khutbah.
II.
Satu ayat Al-Quran yang menjadi
penutup kepada khutbah.
III.
Diakhiri dengan ucapan:
بَارَكَ
اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا
وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ،
وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ،
فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.
C. Tatacara
penulisan:
I.
Menggunakan bahasa yang mudah
difahami oleh masyarakat setempat.
II.
Tidak meleret dan terlalu panjang.
III.
Ayat al-Quran hendaklah dinyatakan
surah dan nombor ayat.
IV.
Hadis hendaklah dinyatakan perawinya
serta kedudukan hadis dan lebih utama adalah hadis yang sahih.
V.
Terjemahan ayat al-Quran hendaklah
menggunakan Tafsir Al-Rahman dan terjemahan Al-Quran Restu.
VI.
Penulisan hendaklah menggunakan
jenis ‘Arial’ bersaiz 12 dengan jarak 1.5.
VII.
Penulisan hendaklah dalam anggaran
1000 patah perkataan.
VIII.
Setiap muka surat hendaklah
mempunyai nombor.
No comments:
Post a Comment