7/19/2011

Bila imam disedari hilang kelayakan jadi imam setelah selesai solat....makmum macamana?

Jawapannya:
Menurut pandangan Al-Syafiyyah[1]: Apabila makmum menyedari bahawa Imam adalah wanita atau seorang kafir maka wajib ke atas makmum mengulangi solatnya. Kerana ia dianggap telah cuai dalam mencari Imam yang betul oleh kerana kedua-duanya tiada kelayakan menjadi imam.
Adapun jika selesai solat kemudian menyedari bahawa imam berhadas atau ada najis yang tersembunyi di pakaian atau badannya, maka wajib bagi imam ulang solat dan tidak wajib bagi makmum mengulangi solat kerana tiada kecuaian darinya. Kecuali dalam solat Jumaat, jika jumlah ahli jamaah 40 orang termasuk imam yang berhadas atau ada benda najis maka semuanya hendaklah mengulangi semula solat tersebut.
Jika najis pada imam jelas kelihatan maka wajib diulang solat kerana ada unsur kecuaian dari makmum dalam mengingatkan imam. Najis yang zahir maknanya ialah yang dapat dikesan oleh makmum jika diamati dengan baik .


[1] Rujuk : Al-Syarbiny, Mughni Al-Muhtaj, 1/241. Al-Syiraziy,Al-Muhazzab, 1/97. Al-Zuhaily, Fiqh Al-Islamiy Wa Adillatuhu, 2/198.

No comments: