7/27/2011

Sajak Buat Daie!

Ingatan dari seorang sahabat....

Seorang sahabat memberikan tazkirah
Katanya; Ramai di kalangan ustaz dan pendakwah hanya pandai berhujah,
Sibuk hari-harinya dengan jadual ceramah
Tetapi malangnya ibadah amat lemah
Jarang-jarang berzikrullah
Kadang-kadang sahaja solat berjamaah,
Subuh, banyak solat di rumah,
Memang, nak cari orang beramal agak susah
Yang mudahnya ialah mencari penceramah,
Ketika berceramah cerita soal sunnah,
Namun dirinya tiada bayangan sunnah,

Inilah agaknya fenomena akhir zaman yang sudah berubah
Berbanding di zaman bersama Rasulullah
Juga zaman para sahabah
Senangnya mendengar kumandang zikrullah
Malam hari diwarnai dengan ibadah
Siang hari bergelanggang di medan dakwah

1 comment:

Mr Final said...

LIKE
salam ramadhan Ustaz~


p/s: buku Tazkirah itu boleh beli melalui post x ustaz?, ade signature ustaz skali ke.. hee :)