8/15/2011
Isu baca Al-Quran dan Tarhim sebelum solat
Saya tidaklah mengikuti isu panas yang timbul di Pulau Pinang, cuma dengar komen dari jamaah surau selepas solat Subuh pagi Ahad lepas. Bukannya tidak mahu ambil hal, tetapi tidak berapa berminat dengan isu politik perkauman yang semakin hari semakin kuat dimainkan oleh media, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini. Cukuplah para ustaz yang berkelibar menjawab dan mengulasnya. Cuma untuk berkongsi cerita, lama sebelum isu ini timbul, saya pernah solat di Masjid Bukit Rangin, Kuantan dan selesai solat saya meninjau-ninjau papan kenyataan di luar masjid, terkejut saya kerana terbaca satu nota bersaiz A4 bertulis tangan yang mengingatkan pihak masjid agar tidak memasang bacaan Al-Quran terlalu lama sebelum solat subuh kerana mengganggu anaknya tidur. Mula-mula rasa geram juga sebab surat tersebut ditulis oleh orang Islam (Bukit Rangin penghuninya Melayu Islam), namun dalam perjalanan pulang ke rumah, saya tertanya-tanya dalam fikiran, apakah ada nas yang menyuruh dikumandangkan al-Quran sebelum Subuh secara kuat dan mengambil masa yang lama seperti yang banyak diamalkan di Masjid2 atau surau....Mungkin banyak amalan2 yang sudah menjadi darah daging masyarakat Melayu kita di nilai semula dengan ilmiyyah dan ikhlas bagi menyandarkannya kepada nas-nas syarak, agar semua ibadah yg kita lakukan adalah jelas nas-nasnya dan sumber-sumber syaraknya. Justeru jika timbul isu seperti ini dengan mudah kita menghujjahkannya. Bagi saya soal azan kuat tiada kompromi dengan sesiapapun kerana nasnya jelas, cuma soal tarhim dan bacaan Al-Quran sebelum azan khususnya di waktu subuh (lama pulak tu) perlu disesuaikan dengan waqi dan dinilai perlaksanaannya secara berhikmah. Wallahuaklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam,
Pada saya,isu ini nerupakan perkara mudah sahaja.Ianya menjadi payah bila golongan lain membuat isu atas perkara yang berkaitan umat Islam.Selepas daripa itu,ada ilmuan Islam menyokong isu tersebut dan menyatakan hujah.
Mengapa orang yang tahu mengenai hukum Islam,yakni yang diangkat sebagai ulama tidak memikirkan hal ini dan membetulkannya sejak awal lagi.Adakah ulama-ulama hanya menunggu sesuatu isu timbul baru memberi pendapat/hujah.Walaupun saya menyokong pendapat tentang hal ini,tetapi pendapat dari TG Nik Aziz tidak kena pada masa dan ketika.Ianya boleh menimbulkan rasa tidak senang sebahagian umat ketika pendapat itu dibuat.Saya melihat pada sudut kebijaksanaan ummah.
pklemand.
Post a Comment