Sekadar
berkongsi kisah silam…
Ketika awal
berpindah dari inderapura ke Inderasempurna terasa agak sedih juga kerana
terpaksa meninggalkan jamaah di Inderapura yang sudah umpama saudara. Lagipun
di Inderasempurna suraupun masih berkunci belum dimulakan jamaah.
Setelah
menetap di rumah baharu, saya berusaha bertemu dengan jiran-jiran untuk membuka
surau, memasukkan elektrik dan mendapatkan kelulusan dari MPK. Alhamdulillah
berkat usaha bersama2, surau dapat dibuka dan penduduk dapat mengerjakan solat
berjamaah. Masa tu hanya dalam 20 orang yang berjamaah, sof pertamapun tidak
penuh. Sehinggalah pihak jamaah merancang untuk membuat mesyuarat agung surau
yang pertama bagi melantik jawatankuasa tetap bagi menggantikan ajk penaja
surau. Apa yang mengejutkan saya ialah apabila ada seorang penduduk yang
menyebarkan fitnah kepada saya dengan menuduh saya pemecah belah masyarakat.
Beliau sanggup datang ke surau dan selepas solat memaklumkan kepada jamaah
supaya jangan melantik saya menjadi ajk surau kerana telah memecahbelahkan
masyarakat di Inderapura. Saya begitu terkejut apabila ada jamaah memaklumkan
kepada saya akan fitnah tersebut…. Esoknya saya nekad berjumpa dengan hamba
Allah tersebut dan selepas solat Isyak, kebetulan dia ada, saya pun bertanyakan
betulkah apa yang dimaklumkan kepada saya oleh jamaah. Dia tergagap-gagap dan
mula mengaitkan orang lain untuk melepaskan diri. Sayapun berkata kepadanya:
Tidak mengapa, terima kasih atas fitnah tersebut kerana Nabi SAW pun menerima
fitnah yang lebih besar semata-mata untuk bawa kebaikan!” Saya menambah lagi: “Cumanya
kita sebagai orang berpelajaran janganlah buat seperti orang kampung.” Kemudian
saya meninggalkannya yang terpingga-pingga mungkin tidak menyangka saya
menyoalnya secara berdepan…
Akibat dari
fitnah tersebut saya menyerahkan semua kunci sliding door kepadanya dan
seorang lagi penduduk yang merupakan orang kuat **NO Inderasempurna (tetapi
kedua-dua amat jarang ke surau). Saya juga mengambil keputusan tidak hadir
mesyuarat agung surau kali pertama dan pergi bermain badminton di Cenderawasih
bagi mengelakkan sebarang fitnah. Alhamdulillah mesyuarat berjalan lancar dan
Ustaz Abdul Razak Busu dilantik menjadi pengerusi surau dan nama Surau Fatimah
Az-Zahra telah dipilih….
1 comment:
menfithnah 2 lebih baik dri membunuh
Post a Comment