5/16/2013

Martabatkan kembali Al-Quran




Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 285:

                                                               
Yang bermaksud: Rasul (Muhammad SAW) telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya (Al-Quran), demikian juga orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata), "Kami tidak membeza-bezakan antara seorang dengan yang lain daripada rasul-rasul-Nya." Mereka berkata lagi, "Kami dengar dan kami taat," serta (kami memohon), "Ampunilah kami, Wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jualah kami kembali."

Ketahuilah! Bahawa beriman dengan Al-Quran adalah merupakan teras aqidah umat Islam,mempercayai dan melaksanakan isi kandungan al-Quran adalah merupakan satu kewajipan. Sebaliknya menolak ajaran al-Quran, mempersendakan hukum-hakamnya dan meremehkan suruhanya adalah perbuatan yang merosakkan aqidah.
Al-Quran dari segi definisinya ialah ‘Kalamullah’ yang merupakan mukjizat teragung diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, ia tercatat di dalam mushaf danmembacanyamerupakansatuibadah.

Biasanya, kehebatan sesuatu ucapan itu adalah bergantung kepada pembicaranya, Al-Quran sangat hebat dan agung kerana pembicaranya ialah Allah SWT yang menciptakan seluruh alam ini. Justeru makhluk di bumi ini sangat takut menanggung beban kehebatan al-Quran sepertimana yang difirmankan Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 21:

                                            
Yang bermaksud:  Sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk (tunduk) serta hancur berkecai kerana takut kepada Allah. Perumpamaan-perumpamaan ini kami kemukakan kepada manusia supaya mereka memikirkannya.

Al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang mengandungi pelbagai keistimewaan berbanding dengan kitab-kitab yang terdahulu. Antara keistimewaannya ialah:

Pertama: Ia dijamin terpelihara oleh Allah SWT dari sebarang bentuk penyelewengan, sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9:

                  

Yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamila yang memelihara dan menjaganya.

Kedua: Ia mengandungi sistem kehidupan yang serba lengkap, sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-An ‘am ayat 38:

Yang bermaksud: Kami tidak tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini.

Ketiga: Ia menjadi sumber rujukan kepada seluruh umat manusia, sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 48:
ﭿ                                                             
Maksudnya: Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan kebenaran kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk mejadi saksi terhadapnya. Maka jalankanlah hukum antara mereka itu dengan apa yang  telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepada engkau. Bagi tiap-tiap umat yang ada antara kamu , Kami jadikan suatu syariat dan jalan agama yang terang.

Al-Quran diturunkan dengan membawa pelbagai kebaikan kepada umat manusia kerana ia berupaya memberikan keberkatan kepada hidup manusia, menjadi pembantu waktu kesusahan, benteng dari gangguan syaitan dan sebagainya.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl ayat 89:

                    
Maksudnya: Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan setiap sesuatu dan menjadi hidayah serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang Islam.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَه
Ertinya: Sebaik-baik orang dari kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

اقْرَؤُوْا القُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِيْ يَوْمَ القِيَامَةِ شَفِيْعًا لِأَصْحَابِهِ
Ertinya:Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat nanti sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.

Imam Muslim dan Al-Nasai meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ تَجْعَلُوْا بُيُوْتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَفِرُّ مِنَ البَيْتِ الَّذِيْ تُقْرَأُ فِيْهِ سُوْرَةَ البَقَرَةِ
Ertinya: Janganlah jadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan (kerana tidak membaca al-Quran), sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah.

Sesungguhnya al-Quran mempunyai fungsi dan peranan yang sangat besar dalam mengatur dan memandu kehidupan manusia. Dengan berpegang kepada ajaran al-Quran pastinya urusan kehidupan manusia berjalan dengan sebaiknya dan segala kemelut yang melanda ummah pad masa ini dapat dirungkaikan.Sebaliknya dengan meminggirkan ajaran al-Quran akan membawa kepada kepincangan dan kemusnahan hidup manusia.

Allah SWT menggambarkan bahawa al-Quran adalah umpama ruh kepada jasad.Tanpa ruh jasad akan mati, justeru begitulah juga umat Islam, tanpa berpegang dengan al-Quran umat Islam tidakakan bernilai lagi. Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Syura ayat 52:

          
Maksudnya: Demikian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai wahyu (ruh yang menghidupkan hati) daripada perintah Kami.

Al-Quran juga berperanan menjelaskan tentang hakikat kebenaran dan kebatilan. Umat manusia akan sentiasa terkeliru antara yang hak dan batil dalam urusan kehidupan mereka kerana golongan yang tidak beriman turut mendakwa mereka di jalan yang benar. Maka Allah SWT telah menjelaskannya melalui firman-Nya dalam surah Muhammad ayat 3:

                                                       ﭿ  
Maksudnya: Demikian itu, kerana sesungguhnya orang yang kafir mengikut perkara yang batil, sedangkan orang yang beriman hanya mengikut perkara yang benar daripada Tuhan mereka. Demikian Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi umat manusia.

Kesimpulannya, bagi mengembalikan fungsi al-Quran sewajarnya kita menjadikan penghayatan al-Quran sebagai agenda utama umat Islam pada masa ini. Al-Quran wajar dijadikan neraca dan sumber rujukan utama dalam setiap bidang ilmu pengetahuan dan tidak terhad kepada bidang agama sahaja. Institusi-institusi pengajian al-Quran dan tahfiz juga wajar dipertingkatkan kualiti pengurusan dan pendekatan pembelajarannya agar selari dengan perkembangan semasa. 

Umat Islam juga wajar menggerakkan kempen satu keluarga seorang hafiz agar dapat melahirkan lebih ramai tenaga yang mahir dengan al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya. Kita yakin apabila jumlah mereka yang celik al-Quran bertambah ramai maka usaha mengembalikan al-Quran sebagai pegangan hidup umat Islam pasti akan berjaya.

No comments: