8/16/2013

Khutbah Menentang Firaun Zaman Moden



Khutbah Jumaat
(Bersatu Menentang Kezaliman Firaun Moden)

الحَمْدُ للهِ القائل:
إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ 

أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT,
 
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,
Allah SWT berfirman dalam surah al-Anfal ayat 30:
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Maksudnya: “Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.”
Pada hari ini setiap umat Islam yang prihatin pastinya amat sedih dan terhiris hati dengan nasib malang yang menimpa saudara-saudara seislam kita di bumi Mesir. Maklumat terkini yang diperolehi kira-kira 2000 lebih nyawa sahabat-sahabat kita yang cintakan kedamaian dan pendokong perjuangan Islam melayang di tangan tentera dan polis Mesir yang diberikan kebebasan menyembelih saudara mara mereka, dan kira-kira 10,000 orang dirawat kerana cedera parah. Kononnya atas alasan memelihara keamanan, Jeneral Abdul Fatah al-Sisi mengarahkan rakyat yang tidak bersenjata dan hanya memiliki naskhah al-Quran ditembak, diletupkan, disodok dengan bulldozer dan dibakar hingga rentung. Bagi menyokong tindakan zalim ini, tentera, polis dan samseng ada yang menyamar dan membawa senjata di tengah-tengah rakyat Mesir yang berkhemah bagi melakukan propaganda pembohongan mereka.
Inilah keadaan yang tidak dapat dibayangkan berlaku di bumi Mesir pada hari ini, hanya selepas Dr Morsi, Presiden Mesir yang sah dan naik dengan jalan demokrasi mengisytiharkan langkah-langkah perubahan kepada dasar-dasar pemerintahan Islam. Di saat kita masih merayakan Aidilfitri, saudara-saudara kita di Mesir berdepan dengan keganasan pemerintah sekular yang zalim dan penyokong mereka yang melakukan keganasan tanpa belas kasihan, malah lebih kejam dari binatang. Meskipun semua saluran berita milik kerajaan begitu takut menyiarakan maklumat yang sahih namun kita memperolehi berita dari sahabat-sahabat kita di sana bagaimana kekejaman yang telah dilalukan. Ada yang hancur kepada, dibakar hingga rentung, dirobek perut dan sebagainya!

Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Di awal penggulingan kuasa yang berlaku di Mesir, amat jelas bahawa tindakan kejam ini ada kaitan dengan hubungan pemerintah tentera Mesir dengan Yahudi Zionis dan Amerika Syarikat. Bukitnya selang beberapa hari penggulingan kuasa, Jeneral Al-Sisi mengarahkan supaya sempadan Rafah ditutup dan semua terowong yang menjadi laluan rakyat Gaza mendapatkan bekalan makanan dan senjata untuk mempertahankan diri dari Yahudi Zionis dimusnahkan. Presiden Barack Obama yang kononnya membuat sidang akhbar kecewa dengan penggulingan kuasa tetapi sebaliknya Amerika Syarikatlah yang memberikan bantuan besar kepada tentera Mesir bagi membantai penyokong Dr Morsi. Sangat jelas bahawa Mesir yang dibayangi oleh kuasa tentera sebenarnya mempunyai hubungan sangat rapat dengan Yahudi Zionis dan Amerika Syarikat.
Kita tercari-cari apakah sebenarnya yang menjadi punca kekejaman dan kegilaan ini berlaku…apakah kerana Dr Morsi tidak dapat membangunkan ekonomi Mesir, apakah kerana Dr Morsi membunuh rakyat Mesir yang tidak berdosa dan apakah kerana Dr Morsi mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat? Jawapannya adalah tidak! Dr Morsi yang hanya memerintah tidak sampai setahun pastinya belum dapat merubah ekonomi Mesir yang sudah dimusnahkan oleh Hosni Mubarak selama berpuluh tahun! Dr Morsi tidak pernah membunuh walau seorang rakyat Mesir dan Dr Morsi sendiri melakukan lawatan muhibbah ke Amerika Syarikat dan negera-negara Eropah.
Ketahuilah! Kegawatan ini sebenarnya adalah berpunca dari hasrat Dr Morsi mahu membebaskan bumi Palestin, mengembalikan Masjidil Aqsa ke tangan umat Islam, melaksanakan syariat Islam dan menegakkan kembali khalifah. Antara ucapan Dr Morsi setelah dilantik menjadi Presiden Mesir ialah:
“Tidak ada kebaikan kepada umat ini, tiada keberkatan dan tiada kebangkitan melainkan kembali melaksanakan syariat Islam. Dan saya berjanji dengan nama Allah dan saya berjanji dengan kamu sekelian untuk melaksanakan undang-undang selari dengan kehendak rakyat dan para ulamak…”.
Inilah yang menjadi punca sebenar seluruh rangkaian musuh Islam bersatu menyekat pemerintahan Dr Morsi yang hakikatnya dibayangi oleh Ikhwan Muslimin yang merupakan sumber inspirasi kepada gerakan Islam seluruh dunia.


Muslimin yang dirahmati Allah sekelian,
Keadaan yang berlaku di Mesir pada hari ini tidak ubah seperti zaman pemerintahan Firaun yang begitu angkuh dan zalim sehingga sanggup membunuh mana-mana rakyat yang dianggap mengancam kuasanya. Allah SWT berifirman dalam surah al-Baqarah ayat 49:
وَإِذْ نَجَّيْنَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ بَلاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ
Yang bermaksud: "Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu daripada Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar daripada Tuhan kamu."
Kerana terlalu bimbangkan kehilangan kuasa, Firaun mengarahkan mana-mana anak lelaki yang lahir dibunuh kerana takut akan menjadi ancaman kepada tahtanya manakala anak-anak perempuan dibiarkan hidup. Sebaliknya Jeneral Al-Sisi mengarahkan supaya semua mereka yang terlibat berkumpul menyokong Dr Morsi dibunuh samada wanita mahupun kanak-kanak dan mereka dibakar hidup-hidup di dalam khemah mereka. Sesungguhnya Firaun zaman moden ini lebih kejam dan zalim!
Di atas kekejaman dan kezaliman yang dilakukan ini kita berdoa agar Allah SWT membalas tindakan mereka sepertimana yang pernah ditimpakan ke atas firaun dan konco-konconya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Fajr ayat 10-14:
وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ * الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ * فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ * فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ * إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ
"Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab. Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas (terutama balasan akhirat)."

Ikhwanil Muslimin,
Apa yang berlaku di Mesir memberikan pengajaran kepada kita bahawa sudah tiba saatnya umat Islam seluruh dunia bersatu di bawah naungan Al-Quran dan Al-Sunnah. Kita mesti kembali memartabatkan syariat Islam dalam satu sof dan berusaha mengembalikan khilafah Islam yang sudah lenyap di muka bumi semenjak runtuhnya khilafah Othmaniyyah di Turki pada tahun 1924. Akibat dari tiadanya khilafah, umat Islam terus menerus diperkotak katikkan oleh golongan secular dan nasionalis yang secara senyap bersekongkol dengan Yahudi Zonis dan Amerika Syarikat bagi menyekat kebangkitan Islam.
Tragedi di Mesir juga memberikan amaran kepada kita bahawa musuh Islam akan menggunakan apa sahaja cara bagi memastikan mereka yang mahu menegakkan syariat Islam dalam pemerintahan Negara disekat samada dengan cara halus iaitu melalui penipuan dan tohmahan jahat terhadap pendokong perjuangan Islam ataupun melalui kekerasan sepertimana yang berlaku di Mesir dan Syria.
Sebagai umat Islam yang beriman, kita penuh yakin bahawa semakin keras tindakan mereka dan semakin kuat kerja mereka mahu menyekat kebangkitan Islam, tiba masanya Islam pasti akan bangkit. Yakinlah di mana-mana sahaja kesedaran Islam semakin meningkat dan kita berdoa kepada Allah SWT agar seluruh kuasa zalim yang sedang mencengkam bumi umat Islam runtuh satu persatu dan akan digantikan dengan khilafah Islam! Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 26:
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

7/30/2013




7/10/2013

Pesanan buat para Murobbi Ummah sempena Ramadhon...


Bagi mana-mana sahabat yg akan memberikan tazkirah pada Ramadan ini, saya rasa elok kita berkongsi idea utk memastikan tazkirah kita benar-benar mantap dan berkesan. Mungkin antara penekanan yg perlu dibuat ialah:
1) Buat persiapan dulu sebelum tazkirah, ulangkaji maklumat, baca utk penambahan ilmu dan hafaz betul2 nas Quran@Hadis agar tidak silap menyebutnya.
2) Elakkan merendah-rendahkan jamaah yg hadir spt menyindir mereka yg hanya hadir masjid di bulan Ramadan.
3) Jauhi sentimen politik kepartian tetapi fokus kepada menerangkan ttg konsep siyasah Islamiyyah spt kepentingan khilafah Islamiyyah dsbgnya.
4) Pastikan tazkirah tidak terlalu lama, cukup sekadar 15-20 minit sahaja...tazkirah hingga 45 minit adalah terlalu lama (bagi saya la).
5) Banyak menjelaskan ttg kebaikan sistem Islam atau ilmu maqosid syariah spt rahsia hukum hudud dsbgnya.
6)Elakkan pendekatan marah2, menjerit2 dan kasar dalam bahasa tazkirah....ia boleh menjauhkan hati para jamaah.
7) Pentazkirah hendaklah mesra jamaah yakni jgnlah sombong2berlagak dan tidak bersalaman dan menyapa jamaah yg hadir....senyum sokmo. Elakkan banyak bercerita ttg kebaikan diri sendiri kerana ia boleh menjemukan hadirin.
9) Perbanyakkan fakta dan hindari auta....

Ini idea saya sahaja....mungkin betul dan mungkin salah....

6/28/2013

Menfungsikan dakwah di pusat pelancongan....

Jika pihak berkuasa yang menguruskan tempat2 pelancongan ada fikir soal agama@dakwah sebaiknya jadikanlah tempat2 tumpuan pelancong sebagai ruang menyampaikan mesej dakwah kepada pelancong2 asing....InsyaAllah untung dunia dapat akhiratpun dapat. Sebagai contoh di Taman Negara Kuala Tahan Jerantut , memandangkan tempat tersebut milik 100% orang Islam maka wajarlah pihak berkuasa dan masyarakat setempat menjadikannya contoh pusat pelancongan Islamik pertama di Malaysia. Antara yang boleh disyorkan ialah:

1) Sediakan mini Islamic center di tempat tumpuan pelancong yang berfungsi menjadi pusat edaran risalah2 Islam, Q&A tentang salah faham Islam, membantu pelancong yg ditimpa musibah.
2) Pastikan setiap bilik penginapan di chalet ada pamplet pelbagai bahasa mengenai Islam dan keindahannya serta sediakan al-Quran terjemahan english dll.
3) Terapkan nilai2 Islamik kepada penyambut tetamu serta pemandu pelancong dengan berpakaian menutup aurat serta berakhlak mulia.
4) Haramkan terus penjualan arak di chalet2 dan mana2 tempat di Taman Negara dan jika ada pelancong asing yang ingin minum minta mereka bawa sendiri dari negara asal.
5)Up grade masjid Kuala Tahan dengan menambah kemudahan seperti tanda bersih, ruang rehat, masukkan aircond dan cantikkan landskap.
6) Jadikan masjid sebagai salah satu destinasi pelancong dan sediakan ruang untuk pelancong melihat jamaah solat, cthnya solat Jumaat.
7)Pemilik2 restoren@restoren terapung diwajibkan menjaga kebersihan ke tahap grade A dan pastikan pekerjanya menutup aurat dan memberikan layanan secara cekap, bersih dan cepat kepada pelancong...



8) Pihak berkuasa agama mesti sentiasa mengadakan Islamic festival di sana sekurang2nya 2 tahun sekali sempena waktu pelancong ramai dan jemput pelancong join sama, cthnya fes nasyid....Islamic konsert dsbgnya

5/16/2013

Apakah keistimewaan bulan Rejab?




Menjadi sunnatullah, Allah Taala dengan sifat-Nya yang Maha Bijaksana memilih waktu-waktu tertentu dengan dikhususkan dengan beberapa kelebihan. Sebagai contoh dalam berdoa ada waktu-waktu tertentu ia sangat mustajab seperti berdoa sebelum berbuka puasa, di waktu khatib duduk antara dua khutbah, di waktu sujud dalam solat dan sebagainya. Dalam pemilihan hari, hari terbaik untuk bermusafir ialah hair khamis, hari tarbaik untuk puasa suant ialah Isnin dan Khamis manakala penghulu kepada segala hari ialah hari Jumaat.

Begitulah juga bagi bulan-bulan dalam kalender hijrah. Ada bulan-bulan tertentu yang mempunyai keistimewaan masing-masing kerana setiap bulan dalam kalender hijrah dinamakan sempena peristiwa yang berlaku dalam bulan tersebut.

Allah SWT berfirman:
ﮤ  ﮥ  ﮦ    ﮧ  ﮨ  ﮩ  ﮪ   ﮫ  ﮬ  ﮭ  ﮮ  ﮯ  ﮰ  ﮱ  ﯓ  
Maksudnya:  Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi. Surah Al-Taubah : 36.
Dua belas bulan yang disebut oleh Allah Taala di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:
" إن الزمان قد استدار كهيئته يوم خلق الله السموات والأرض: السنة اثنا عشر شهراً، منها أربعةٌ حُرم : ثلاثةٌ متوالياتٌ: ذو القعدة وذو الحجة، والمحرم ، ورجبُ مُضرَ الذي بين جمادى وشعبان.."
Maksudnya: Ketahuilah bahawa masa berputar sepertimana hari Allah Taala menciptakan langit dan bumi, setahun ada dua belas bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. Hadis riwayat Imam Ahmad.
Bulan dalam bahasa Arab disebut Al-Syahru yang bermaksud zaman atau masa,  iaitu merujuk kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Nama-nama bulan Arab yang pada asalnya digunakan sebelum kedatangan Islam telah diiktiraf sebagai bulan-bulan Islam dan dirasmikan penggunaan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a. Setiap bulan mempunyai maksudnya yang tersendiri iaitu seperti berikut: 

Muharram ertinya diharamkan, kerana ia adalah bulan pertama daripada empat bulan yang diharamkan berperang dalam Islam.
Safar pula ertinya kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas.
Rabiul Awal dan Akhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau.
Jumada Ula dan Jumada Akhir. Asal perkataan Jumada ialah ‘Jamada’ yakni membeku.Ini kerana pada waktu ini biasanya berlaku musim sejuk yang menyebabkan ari membeku.
Rejab pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka mengadakan gencatan senjata pada waktu ini dan dinamakan Rejab sebagai tanda menghormati dan memuliakannya.
Syaaban bererti pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar pada bulan ini setelah duduk lama di rumah dan pada bulan Rejab. Mereka juga keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
Ramadan bererti panas, kerana kebiasaannya pada waktu dahulu pada bulan ini berlakunya cuaca yang panas.
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu  pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja ‘Tasyawwala’ yang bermaksud sedikit atau berkurangan.
Zul Kaedah merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.
Zul Hijjah pula dikaitkan dengan kebiasaan kaum Arab ke Kaabah menunaikan haji pada bulan ini.

Bagi 12 bulan dalam kalender hijrah,  Allah SWT telah memilih bulan Rejab sebagai salah satu dari empat bulan yang diharamkan berperang padanya kerana ia mempunyai kelebihan yang tertentu. Allah SWT berfirman:

ﮤ  ﮥ  ﮦ    ﮧ  ﮨ  ﮩ  ﮪ   ﮫ  ﮬ  ﮭ  ﮮ  ﮯ  ﮰ  ﮱ  ﯓ   ﯔ  ﯕ  ﯖﯗ  ﯘ  ﯙ  ﯚﯛ  ﯜ  ﯝ  ﯞ    ﯟﯠ  ﯡ  ﯢ  ﯣ        ﯤ    ﯥ  ﯦﯧ  ﯨ  ﯩ  ﯪ  ﯫ  ﯬ  ﯭ    

Maksudnya: ((Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah, di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa)). Surah At-Taubah : Ayat 36.

Di dalam ayat di atas bulan-bulan haram tersebut tidak dinyatakan secara terperinci. Namun Rasulullah s.a.w telah menjelaskannya sepertimana diriwayatkan daripada Abu Bakrah r.a bahawa Nabi s.a.w telah menyampaikan khutbah pada hari Haji Wida (Haji terakhir baginda) dan baginda bersabda dalam khutbahnya: Sesungguhnya zaman akan kembali berpusing seperti hari diciptakan langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan antaranya ialah empat bulan yang diharamkan berperang. Tiga bulan berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan Rejab pula terletak antara Jamadi dan Syaaban. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Rejab sepertimana yang telah dijelaskan oleh Ibnu Faris di dalam kitabnya ‘Mu’ jam Maqayis al-Lughah bermaksud kebesaran dan keagungan kerana bangsa Arab sebelum Islam mengadakan gencatan senjata pada bulan ini.

Imam al-Baihaqi berkata: Orang-Orang Arab Jahiliah asalnya mengagungkan bulan-bulan haram terutamanya bulan Rejab kerana pada bulan itu mereka tidak berperang.
Apabila Islam datang ke tanah Arab, amalan memuliakan bulan-bulan haram ini tetap diteruskan oleh Rasulullah SAW berpandukan perintah Allah SWT sepertimana firman Allah Taala yang bermaksud:  Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah dan kehormatan bulan-bulan haram(dengan berperang). Surah al-Maidah : Ayat 2.

Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang kemuliaan bulan-bulan haram yang termasuk di dalamnya bulan Rejab. Justeru peperangan dan pertumpahan darah adalah dilarang pada bulan-bulan tersebut.
Allah SWT berfirman:

ﭮ  ﭯ  ﭰ    ﭱ    ﭲ  ﭳﭴ  ﭵ  ﭶ  ﭷ  ﭸﭹ 
Yang bermaksud: Ditanya kepadamu tentang berperang pada bulan-bulan haram, katakanlah berperang pada waktu itu adalah (dosa) besar...). Surah Al-Baqarah: Ayat 217.
Menurut amalan Arab jahiliah pada bulan Rejab mereka melakukan sembelihan untuk dihadiahkan kepada berhala-berhala. Apabila Islam datang amalan tersebut dimansuhkan. Ini berdasarkan pendapat ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. Namun menurut mazhab Syafie berdasarkan pendapat Ibnu Sirin menyatakan amalan tersebut tidak dimansuhkan dan boleh dilakukan sembelihan pada bulan Rejab tetapi hendaklah kerana Allah Taala dan bukan kerana selain dariNya. Ibnu Hajar berkata pendapat ini disokong oleh apa yang diriwayatkan bahawa Nabi SAW  pernah ditanya oleh seorang lelaki yang berkata: Dahulu kami melakukan ‘Atirah (sembelihan) pada zaman Jahiliah (yakni pada bulan Rejab), apakah arahanmu(pendapatmu)? Jawab baginda SAW: “Sembelihlah pada mana-mana bulan sahaja! Hadis riwayat Abu Daud, Nasaie dan Ibnu Majah.

Mengenai amalan berpuasa secara khusus sempena tibanya bulan Rejab atau berniat puasa sunat Rejab pada hakikatnya tiada satupun hadis sahih yang boleh dijadikan sandaran mengenainya. Menurut par ulama berpuasa pada bulan Rejab adalah disunatkan sepertimana pada bulan-bulan yang lain iaitu seperti juga berpuasa pada hari Isnin dan hari Khamis. Pendapat ini antara lainnya telah dinyatakan oleh Ibnu Hajar al-Asqallani yang berkata:
Maksudnya: “Tiada riwayat yang menyentuh tentang kelebihan bulan rejab, tidak juga tentang puasa (Rejab) malah puasa tertentu yang berkaitan dengannya, tidak juga berkenaan qiamullail yang khusus padanya, tiada sebarang hadis sahih yang boleh dijadikan hujjah…”( Rujuk Kitab ‘Tabyinul ‘Ajab fiima warada fi fadhli Rajab, oleh Ibnu Hajar ).

Meskipun demikian tidaklah menjadi kesalahan untuk memperbanyakkan puasa sunat pada bulan rejab seperti bulan-bulan yang lain. Apa yang menjadi kesalahan ialah melakukan amalan-amalan tertentu pada bulan ini secara khusus seperti solat sunat Rejab, menziarahi kubur sempena Rejab dan mengadakan perayaan khusus kerana ketibaan bulan Rejab. Kecenderungan mengadakan perayaan berbentuk hiburan semata-mata, jamuan makan besar-besaran dan kenduri kendara dibimbangi akan melalaikan umat Islam dengan perkara-perkara berbentuk membuang masa dan wang ringgit sedangkan ia seharusnya disalurkan bagi aktiviti-aktiviti dakwah dan kesedaran Islam.

Namun demikian mengadakan aktiviti seperti ceramah,forum dan dakwah berkaitan dengan kisah dan peristiwa yang berlaku di bulan ini adalah digalakkan selagimana ia membawa kemaslahatan bagi ummat Islam dan bertujuan menimbulkan kesedaran Islam kepada mereka.

Dalam pada itu bagi muslim yang sensitif dengan perjalanan masa, sudah pastinya ketibaan bulan baru akan mengingatkannya tentang masa yang semakin singkat, usianya semakin bertambah dan destinasi akhir hayatnya semakin hampir.

Oleh itu setiap ketibaan bulan yang baru pastinya disambut dengan terus meningkatkan ilmu dan amalan agar hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam dan esok akan bertambah baik dari hari ini.

Ketibaan bulan Rejab juga mengingatkan kita bahawa bahawa hanya tinggal dua bulan sahaja lagi untuk menempuh bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadan. Maka telah tiba masanya menggiatkan diri dengan amal ibadah seperti membaca al-Quran, bersedekah, berdoa dan sebagainya sebagai persedian menempuh bulan Ramadan al-Mubarak yang bakal tiba.

Martabatkan kembali Al-Quran




Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 285:

ﮗ  ﮘ  ﮙ  ﮚ   ﮛ   ﮜ  ﮝ  ﮞﮟ  ﮠ      ﮡ  ﮢ  ﮣ  ﮤ   ﮥ  ﮦ  ﮧ  ﮨ  ﮩ  ﮪ  ﮫﮬ  ﮭ  ﮮ   ﮯﮰ  ﮱ  ﯓ  ﯔ  ﯕ  ﯖ 
Yang bermaksud: Rasul (Muhammad SAW) telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya (Al-Quran), demikian juga orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata), "Kami tidak membeza-bezakan antara seorang dengan yang lain daripada rasul-rasul-Nya." Mereka berkata lagi, "Kami dengar dan kami taat," serta (kami memohon), "Ampunilah kami, Wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jualah kami kembali."

Ketahuilah! Bahawa beriman dengan Al-Quran adalah merupakan teras aqidah umat Islam,mempercayai dan melaksanakan isi kandungan al-Quran adalah merupakan satu kewajipan. Sebaliknya menolak ajaran al-Quran, mempersendakan hukum-hakamnya dan meremehkan suruhanya adalah perbuatan yang merosakkan aqidah.
Al-Quran dari segi definisinya ialah ‘Kalamullah’ yang merupakan mukjizat teragung diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, ia tercatat di dalam mushaf danmembacanyamerupakansatuibadah.

Biasanya, kehebatan sesuatu ucapan itu adalah bergantung kepada pembicaranya, Al-Quran sangat hebat dan agung kerana pembicaranya ialah Allah SWT yang menciptakan seluruh alam ini. Justeru makhluk di bumi ini sangat takut menanggung beban kehebatan al-Quran sepertimana yang difirmankan Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 21:

ﮉ  ﮊ  ﮋ   ﮌ  ﮍ  ﮎ  ﮏ  ﮐ  ﮑ  ﮒ  ﮓ     ﮔﮕ  ﮖ  ﮗ  ﮘ  ﮙ  ﮚ  ﮛ     ﮜ 
Yang bermaksud:  Sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk (tunduk) serta hancur berkecai kerana takut kepada Allah. Perumpamaan-perumpamaan ini kami kemukakan kepada manusia supaya mereka memikirkannya.

Al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang mengandungi pelbagai keistimewaan berbanding dengan kitab-kitab yang terdahulu. Antara keistimewaannya ialah:

Pertama: Ia dijamin terpelihara oleh Allah SWT dari sebarang bentuk penyelewengan, sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9:

ﮗ  ﮘ  ﮙ  ﮚ      ﮛ  ﮜ   ﮝ  ﮞ

Yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamila yang memelihara dan menjaganya.

Kedua: Ia mengandungi sistem kehidupan yang serba lengkap, sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-An ‘am ayat 38:

Yang bermaksud: Kami tidak tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini.

Ketiga: Ia menjadi sumber rujukan kepada seluruh umat manusia, sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 48:
ﭿ  ﮀ     ﮁ   ﮂ  ﮃ  ﮄ  ﮅ  ﮆ  ﮇ  ﮈ  ﮉ   ﮊﮋ  ﮌ  ﮍ  ﮎ  ﮏ  ﮐﮑ  ﮒ  ﮓ  ﮔ   ﮕ  ﮖ  ﮗ  ﮘﮙ  ﮚ  ﮛ  ﮜ  ﮝ 
Maksudnya: Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan kebenaran kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk mejadi saksi terhadapnya. Maka jalankanlah hukum antara mereka itu dengan apa yang  telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepada engkau. Bagi tiap-tiap umat yang ada antara kamu , Kami jadikan suatu syariat dan jalan agama yang terang.

Al-Quran diturunkan dengan membawa pelbagai kebaikan kepada umat manusia kerana ia berupaya memberikan keberkatan kepada hidup manusia, menjadi pembantu waktu kesusahan, benteng dari gangguan syaitan dan sebagainya.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl ayat 89:

ﭯ  ﭰ  ﭱ  ﭲ  ﭳ  ﭴ  ﭵ   ﭶ  ﭷ  ﭸ 
Maksudnya: Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan setiap sesuatu dan menjadi hidayah serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang Islam.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَه
Ertinya: Sebaik-baik orang dari kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

اقْرَؤُوْا القُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِيْ يَوْمَ القِيَامَةِ شَفِيْعًا لِأَصْحَابِهِ
Ertinya:Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat nanti sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.

Imam Muslim dan Al-Nasai meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ تَجْعَلُوْا بُيُوْتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَفِرُّ مِنَ البَيْتِ الَّذِيْ تُقْرَأُ فِيْهِ سُوْرَةَ البَقَرَةِ
Ertinya: Janganlah jadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan (kerana tidak membaca al-Quran), sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah.

Sesungguhnya al-Quran mempunyai fungsi dan peranan yang sangat besar dalam mengatur dan memandu kehidupan manusia. Dengan berpegang kepada ajaran al-Quran pastinya urusan kehidupan manusia berjalan dengan sebaiknya dan segala kemelut yang melanda ummah pad masa ini dapat dirungkaikan.Sebaliknya dengan meminggirkan ajaran al-Quran akan membawa kepada kepincangan dan kemusnahan hidup manusia.

Allah SWT menggambarkan bahawa al-Quran adalah umpama ruh kepada jasad.Tanpa ruh jasad akan mati, justeru begitulah juga umat Islam, tanpa berpegang dengan al-Quran umat Islam tidakakan bernilai lagi. Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Syura ayat 52:

ﭑ  ﭒ  ﭓ   ﭔ  ﭕ  ﭖﭗ
Maksudnya: Demikian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai wahyu (ruh yang menghidupkan hati) daripada perintah Kami.

Al-Quran juga berperanan menjelaskan tentang hakikat kebenaran dan kebatilan. Umat manusia akan sentiasa terkeliru antara yang hak dan batil dalam urusan kehidupan mereka kerana golongan yang tidak beriman turut mendakwa mereka di jalan yang benar. Maka Allah SWT telah menjelaskannya melalui firman-Nya dalam surah Muhammad ayat 3:

ﭮ  ﭯ  ﭰ            ﭱ      ﭲ  ﭳ  ﭴ  ﭵ  ﭶ  ﭷ  ﭸ  ﭹ  ﭺﭻ  ﭼ          ﭽ   ﭾ  ﭿ   ﮀ
Maksudnya: Demikian itu, kerana sesungguhnya orang yang kafir mengikut perkara yang batil, sedangkan orang yang beriman hanya mengikut perkara yang benar daripada Tuhan mereka. Demikian Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi umat manusia.

Kesimpulannya, bagi mengembalikan fungsi al-Quran sewajarnya kita menjadikan penghayatan al-Quran sebagai agenda utama umat Islam pada masa ini. Al-Quran wajar dijadikan neraca dan sumber rujukan utama dalam setiap bidang ilmu pengetahuan dan tidak terhad kepada bidang agama sahaja. Institusi-institusi pengajian al-Quran dan tahfiz juga wajar dipertingkatkan kualiti pengurusan dan pendekatan pembelajarannya agar selari dengan perkembangan semasa. 

Umat Islam juga wajar menggerakkan kempen satu keluarga seorang hafiz agar dapat melahirkan lebih ramai tenaga yang mahir dengan al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya. Kita yakin apabila jumlah mereka yang celik al-Quran bertambah ramai maka usaha mengembalikan al-Quran sebagai pegangan hidup umat Islam pasti akan berjaya.