12/17/2012
Mukhayyam Tarbawi Remaja Surau
Perancangan
mengadakan program Mukhayyam Remaja Surau Indera Sempurna dibuat lebih kurang
dalam masa 3 minggu. Ia adalah lanjutan dari siri rehlah yang pernah dibuat
sebelum ini. Pada tahun lepas Rehlah dibuat di Sg Mas di Sg Lembing. Alhamdulillah
sokongan dari pihak surau dan ahli jamaah dewasa sangat menggalakkan. Ustaz
Sayuti Bendahari surau , Tuan Haji Nordin, Wan Kamarulzaman, En Ibrahim, En Ghazali, En Ridhuan, En
Roslan, Imam Muda Saifuddin, En Musa dan adiknya memberikan komitmen untuk turut
serta menjayakan program ini. Para peserta di kalangan remaja mencapai sasaran
iaitu seramai 20 orang.

Apabila
masuk waktu maghrib azan dikumandangkan dan semua peserta Mukhayyam solat
berjamaah dengan diimamkan oleh Imam Muda. Kuliah Maghrib pula di sampaikan
oleh Ustaz Sayuti dengan memberikan penekanan kepada soal peranan pemuda Islam.
Setelah selesai solat Isyak peserta menikmati makan malam dengan makan
berjamaah di dalam talam dan dihidangkan dengan menu nasi putih, gulai ayam
kari dan sambal budu special….sangat menyelerakan.
Kira-kira
jam 10.30 malam para peserta remaja yang diberikan dalam 4 kumpulan telah
mempersembahkan lagu tema kumpulan masing dan memperkenalkan ahli kumpulan. Kem
Komanden telah memberikan tugasan kepada setiap kumpulan membuat kawalan secara
shift sehingga jam 4.30 pagi. Tepat jam 4.30 pagi siren dibunyikan dan semua
peserta mukhayyam bangun untuk bersiap mendirikan qiamullail. Qiamullail dan
solat Subuh diimamkan oleh Ustaz Zuridan. Masuk waktu Subuh, azan berkumandang memcah
kesunyian hutan belantara Berkelah yang tebal. Kuliah subuh menyentuh tentang
kehebatan alam ciptaan Allah dan kisah remaja dalam surah al-Buruj yang
disampaikan oleh Ustaz Zuridan.
Sarapan
pagi pula disediakan oleh peserta dewasa dengan menu nasi goring Kastam dan
roti telur goreng serta air nescafe susu….emm sangat menyegarkan.
Seusai
sarapan semua peserta remaja berkumpul dan menyanyikan lagu negaraku dan
berkawad yang dipimpin oleh instructor bertauliah En Wan Kamarulzaman. Kemudian
peserta di bawa meneroka keindahan alam, dengan
meredah hutan dan meneroka air terjun yang begitu indah. Kira-kira jam
10.30 pagi setelah mandi-manda semua peserta dihidangkan dengan juadah nasi
putih, gulai sardine, telur goreng dadar dan sambal kicap perah limau nipis…

Semua
peserta bergerak pulang kira-kira jam 12.30 tengahari 16 Disember 2012 dan
sampai ke surau Fatimah Az-Zahra jam 1.30 tgh. Selesai solat zohor berjamaah
semua pesertapun bersurai….
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Tuan Haji Cikgu Din telah meminjamkan genset nya. En Razi telah meminjamkan tritonnya dan semua yang memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit...semua ia dinilai sebagai amal soleh insyaAllah.
11/06/2012
1434 Hijrah
Selamat Menyambut Tahu Baru 1434Hijrah!
Tanpa disedari tahun 1433 Hijrah bakal meninggalkan kita,
dan kini kita bakal melangkah ke tahun baru1434 Hijrah. Jika diinsafi secara
mendalam, berlalunya tahun 1433 Hijrah bermakna usia kita semakin lanjut dan
destinasi terakhir hidup di dunia ini semakin hampir. Hakikatnya, perjalanan
masa yang bergerak begitu pantas ini adalah sebahagian dari tanda bahawa kita
telah berada di akhir zaman. Ini bertepatan dengan apa yang pernah diingatkan
oleh baginda Nabi Muhammad SAW di dalam sabdanya:
((لا تقوم الساعة حتى يقبض العلم، وتكثر
الزلازل، ويتقارب الزمان، وتظهر الفتن ويكثر الهرج وهو القتل))
Maksudnya: "Tidak
akan berlaku Kiamat sehingga ilmu diangkat, banyak berlaku gempa bumi, masa
menjadi hampir(pantas berlalu), berlaku fitnah dan banyak berlaku al-Harj’
iaitu pembunuhan”. Hadis riwayat Imam Bukhari.
Berdasarkan hadis ini dapatlah difahami bahawa terdapat
beberapa tanda amaran dari Rasulullah s.a.w tentang kedatangan hari kiamat yang
semakin hampir apabila tibanya tahun baru. Nabi Muhammad SAW telah
mengkhabarkan kepada kita tanda-tanda kiamat tersebut sebagai satu amaran agar
kita sentiasa bersiap-sedia menempuhnya. Antara tanda-tanda tersebut ialah ilmu
yang semakin berkurang akibat daripada jumlah pencinta ilmu semakin sedikit dan
dalam masa yang sama orang berilmu lebih suka berehat dan menyembunyikan
ilmunya. Ini dapat dilihat melalui kecenderungan manusia kepada sesuatu yang
bersifat hiburan melebihi daripada aktiviti keilmuan. Malah program-program
ilmu juga terpaksa dibuat dalam bentuk hiburan bagi menarik orang ramai
menghadirinya. Tanda kedua ialah banyaknya berlaku gempa bumi. Tanda ini juga
sudah begitu kerap berlaku di serata dunia. Tanda ketiga ialah masa semakin
hampir, iaitu jarak masa menjadi begitu dekat dan kita dapat rasakan bagaimana
pantasnya masa berlalu. Tanda keempat ialah banyaknya berlaku fitnah yang telah
menjadi amalan biasa di kalangan umat Islam khususnya. Demi mencapai cita-cita
dunia seperti pangkat dan harta. Tanda kelima ialah banyaknya berlaku kematian
akibat pembunuhan dan peperangan dan tanda yang keenam ialah harta menjadi
banyak dan hartawan menjadi begitu ramai sehinggakan orang-orang kaya begitu
bangga mempamerkan kekayaan mereka dan suasana ini telah menjadi fenomena biasa
di kalangan umat manusia.
Sabda
Rasulullah SAW di dalan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad
yang sahih:
((لا تقوم الساعة حتى يتقارب الزمان، فتكون
السنة كالشهر، ويكون الشهر كالجمعة، وتكون الجمعة كاليوم، ويكون اليوم كالساعة،
وتكون الساعة كاحتراق السعفة))
Awal Muharram sepatutnya menjadi saat paling baik bagi kita
melakukan muhasabah diri dengan menyesali segala dosa yang telah dilakukan. Ini
bertepatan dengan saranan Al-Quran yang memerintahkan golongan yang beriman
agar sentiasa merenung apa yang telah dikerjakan sebagai bekalan untuk kemudian
hari. Firman Allah Taala yang bermaksud:
((يا
أيها الذين آمنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما
تعملون))
Maksudnya: "Wahai
orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan setiap diri itu hendaklah
melihat apa yang telah dilakukan (sebagai persiapan) untuk hari esok dan
bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang
kamu kerjakan". Surah al-Hasyr ayat: 18.
Bagi umat Islam sambutan tahun baru 1434 Hijrah
seharusnya berbeza dengan suasana sambutan tahun baru Masehi yang selalunya diwarnai dengan pesta dan
aktiviti hiburan. Ini adalah kerana kalender umat Islam bermula dengan
berlakunya peristiwa hijrah yang tercatat di dalamnya kisah perjuangan dan
jihad mempertahankan Iman dan Islam. Malah Saidina Umar al-Khattab yang
mempopularkan kalender hijrah amat jelas hasratnya mahu menjadikan umat Islam
sebagai umat beridentiti dan bukannya menjadi bangsa pengikut kepada apa sahaja
yang datang dari dunia bukan Islam. Justeru adalah menjadi suatu yang
menyedihkan apabila kedapatan umat Islam yang mengadakan pesta berunsur maksiat
sebagai menyambut ketibaan tahun baru Masehi setiap tahun. Saidina Umar
al-Khattab r.a apabila bersetuju dengan cadangan para sahabat lain supaya memulakan
kalender Islam dengan tarikh peristiwa hijrah dan menolak cadangan memulakannya
dengan tarikh kelahiran, kewafatan atau pengutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
rasul adalah kerana beliau melihat peristiwa hijrah adalah peristiwa terpenting
dalam sejarah perubahan perkembangan Islam. Bermula dengan jumlah pengikut yang
sedikit di Mekah, sering ditindas, sukar beribadah, disakiti dan dibuli,
akhirnya selepas hijrah ke Madinah umat Islam telah memperolehi tanahair, memerintah
negara sendiri, bebas beribadah dan berdakwah, jumlah penganut yang semakin
ramai malah telah menjadi umat yang kuat dan digeruni.
Peristiwa Hijrah juga menjadi sangat penting kerana ia
menunjukkan kepada kita bahawa sunnah baginda SAW bukan sahaja dalam bentuk
dakwah ke masjid tetapi lebih luas iaitu dakwah membawa ummah menegakkan sebuah
negara Islam yang berdaulat dan terlaksana di dalamnya semua syariat yang
diperintahkan oleh Allah SWT. Ini adalah kerana dengan tertegaknya sebuah
negera yang melaksanakan syariat Islam maka seluruh aspek kehidupan manusia
akan sentiasa terpelihara dari sebarang bentuk kezaliman dan penyelewengan.
Seterusnya akan membawa kepada keberkatan dan rahmat dari Allah SWT. Allah SWT
berfirman dalam surah Al-Taubah ayat 96:
((ولو
أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض ولكن كذبوا
فأخذناهم بما كانوا يكسبون))
Maksudnya: ((Dan jika penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertaqwa
nesacaya akan Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi
sebaliknya mereka mendustakan (ajaran Islam), maka Kami timpakan kepada mereka
hukuman di atas apa yang tekah mereka kerjakan)).

Dalam konteks kehidupan individu pula, hijrah
sepatutnya menjadi pemangkin memperkasakan diri agar berubah kepada keadaan
yang lebih baik samada dari aspek ekonomi, ilmu dan sahsiah. Hijrah juga
menuntut perubahan ke arah keimanan yang lebih mantap dengan meyakini bahawa
hanya kembali kepada ajaran Islam secara syumul sahajalah kita akan dapat
mengangkat kembali maruah dan harga diri umat Islam. Hijrah seharusnya mengingatkan
kita semua bahawa berlalunya masa dan berubahnya tahun bererti usia kita
semakin meningkat. Meningkatnya usia pula bererti saat hijrah abadi kita iaitu ke
alam barzakh sudah semakin hampir. Oleh itu dengan tibanya tahun baru hijrah
sewajarnya kita bermuhasabah tentang pencapaian amalan pada tahun yang lalu. Solat
kita, puasa kita, zikir kita, sedekah kita, amanah kita dan sebagainya, apakah sudah
ditunaikan atau sebaliknya. Amat malang jika soal dunia kita mampu membuat
perubahan tetapi soal akhirat tiada sebarang perubahan malah semakin merosot.
Berkata Saidina Umar Al-Khattab r.a: ”Muhasabahlah
dirimu sebelum kamu dihisab, timbanglah amalanmu sebelum ianya ditimbang dan
bersiaplah untuk hari pameran terbesar (hari Kiamat) ”.
Subscribe to:
Posts (Atom)