4/14/2010

Jatuh cinta lagi...awas mainan syaitan!

Saban hari saya disuakan dengan isu-isu rumahtangga. Ada yang mengadu sudah tak tahan hidup serumah dengan pasangan. Ada yang mengadu suami curang. Ada yang isterinya curang. Ada yang jatuh cinta kepada isteri orang. Ada yang jatuh hati dengan laki orang....Macam-macam hal, akhirnya yang merana anak-anak...Ibubapa jatuh cinta anak-anak terkapai entah ke mana. Kadang-kadang sengaja saya tidak menjawab talipon kerana bosan dengan isu-isu sebegini. Lagipun yang terlibat tu orang bijak-bijak pulak.

Pada hemat saya, isu ini makin banyak berlaku apabila jiwa manusia kosong, ibadah tidak ikhlas kerana Allah dan iman terlalu lemah. Jadi syaitan mudah memainkan peranan! Isteri yang dah berkorban puluhan tahun, mula dirasakan tidak banyak sumbangan. Suami yang dah berkorban puluhan tahun, mula dirasakan tidak serasi...tidak memenuhi cita rasa, tidak kuat agama, tidak pandai ambil hati. Sedangkan anak tetap menjadi, dah masuk 5-6 orang! Macamana baru rasa tidak serasi? Itulah agaknya bila metarial menjadi ukuran, harta, kecantikan serta tipudaya janji manis, akhirnya rebah ke alam yang penuh tipu muslihat syaitan. Syaitan memang kerjanya mahu memecahbelahkan cinta sejati, ukhuwwah dan persahabatan! Yang buruk dinampakkan baik, yang baik dinampakkan buruk!

Kepada para suami, janganlah biarkan diri hanyut bercinta dengan gadis lain sehingga lupakan anak dan isteri. Jika tak tahan, kahwinlah dengan anak dara atau janda dan bukan isteri orang! Jangan kita rosakkan rumahtangga sendiri diri dan kemudian runtuhkan pula rumahtangga orang lain...

Bagi sang isteri, kelembutan jiwa kita janganlah dibiarkan syaitan mengambil kesempatan. Lemah lembut lelaki lain, indah kata-katanya, manis mukanya, lawak jenakanya semuanya adalah permainan syaitan yang kita sendiri tidak tahu hakikat sebenarnya. Janganlah jatuh cinta pada orang lain, sedangkan kita ada suami yang sah....amat besar dosanya di sisi Allah.

Saya menulis coretan ini sebagai mengingatkan diri, supaya Allah lindungi dari situasi sebegini. Anak-anak, pengorbanan isteri atau suami mesti menjadi benteng menghalang berlakunya kecurangan! Paling kurangpun jagalah namabaik dan maruah diri.

Itulah nasihat saya kepada diri ini dan teman-teman semua, sebabnya saya sangat sedih merenung mata anak-anak yang bakal berdepan kekeliruan hidup setelah ibubapa berpisah kerana jatuh cinta lagi!!! Jika ada yang terkena janganlah berasa hati, anggaplah ia sebagai tazkirah yang hanya manfaatnya dirasai oleh mereka yang beriman di hati.

Ya Allah! Peliharanlah rumahtangga kami dan harga diri kami...Amin Ya Rabbal Alamin!

4/12/2010

Usaha Dakwah di SMAPT...


Pada hari Sabtu kami bergegas ke SMAPT selepas subuh. Mejar Zulkefli dari KL, saya dari Kuantan, Tob dari Jengka, Ropi dari Jerantut dan Syikin dari Sg Tekam. Sesampai di Sekolah kami dimaklumkan bahawa sekolah keputusan air semenjak Jumaat. Pelajar perempuan telah diarahkan pulang manakala pelajar lelaki sedang standby menunggu arahan. setelah berbincang dengan warden asrama, kami mengambil keputusan menerima arahan pengetua supaya pelajar diarah balik dan program motivasi ditangguhkan. Memangla terasa sedih juga sebab rasa penat masih belum reda namun keputusan itu diterima secara syura dengan sahabat2. Jadi program Motivasi SMAPT ke 2 terpaksa dibatalkan. Meskipun pihak sekolah minta supaya dicari tarikh lain, namun rasanya amat sukar mencari tarikh di mana semua sahabat2 boleh berkumpul kembali, lagipun saya sudah berniat selepas program ni nak fokuskan terus pada study...



Bagi mengisi ruang waktu yang kosong di pagi tersebut kami telah membuat keputusan untuk menziarahi Ustaz Lah di Sg Gau. Banyak pula motivasi yang diberikan oleh Ustaz Lah kepada kami. Beliau meskipun sudah berusia, tetapi semangatnya mahu melihat kecemerlangan sekolah agama (khususnya Pulau Tawar) tetap seperti dulu, subhanallah.




Meskipun Motivasi dibatalkan, program Forum Perdana di Masjid Bukit Rang tetap diteruskan. Alhamdulillah kehadiran begitu ramai dan sokongan padu dari Ustaz Yusof dan Cikgu Alimin cukup mengubat keletihan kami. Forum malam tersebut dibarisi dua ahli panel yang hebat iaitu Ustaz Amri Abdullah, penolong pengarah Hab Halal Jakim dan mejar Zulkefli Abdullah Sani pegawai KAGAT MINDEF. Kedua-duanya memang mantap dan berjaya menarik minat hadirin yang tidak berganjak hingga selesai forum.

Setelah selesai semua program pada malam tersebut, sayapun pulang ke Kuantan seorang diri dan sampai ke rumah kira-kira jam 2.15 pagi....




Terima kasih kepada sahabat2 yang turut serta...Tob, Amri, Zul, Lan, Ropi, Zaini, Syikin, Anas, Nuar, Dahlan dan lain-lain...Moga-moga usaha sekecil diri dinilai sebagai amal soleh untuk bekalan di akhirat kelak...
Kepada sahabat-sahabat semua jangan putus asa, usaha dakwah tetap mesti diteruskan, SMAPT adalah markaz melahirkan para ulama dan orang-orang yang soleh...marilah sama-sama kita bantu menjayakannya!























4/05/2010

Motivasi SMAPT 2010 Ke-2



Pengenalan
Menyedari betapa perlunya pelajar-pelajar diberikan kesedaran yang tinggi tentang amanah mereka dalam menuntut ilmu maka bekas pelajar SMAPT akan turun padang bagi membantu mereka dengan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu program Motivasi siri ke 2 ini akan memberikan tumpuan bagi menimbulkan kesedaran dan pendedahan tentang disiplin diri yang perlu dihayati oleh para pelajar sepanjang mereka melalui proses pembelajaran di SMAPT bagi mencapai matlamat kecemerlangan dalam hidup mereka.

Objektif
1. Membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan pelajar.
2. Mengeratkan hubungan antara bekas pelajar dan pihak sekolah.

Sasaran
Semua pelajar SMAPT, khususnya yang menginap di asrama.
Ibubapa dan masyarakat awam.

Tarikh :
10 & 11 April 2010

Tentatif

Tarikh :10 April 2010

9.30 am
Ucapan Pengerusi Majlis
Ucapan Pengerusi Bekas Pelajar : Ustaz Tobroni Sahlan
Ucapan Perasmian : Pengetua SMAPT.
Sesi Bergambar

10.00am
Cambah Minda 1 : “Anda Berpotensi”.
Oleh: Ustaz Norazlan Mohamad.

11.00am
Rehat

11.15am
Cambah Minda 2: “Beradab membawa berkat”.
Oleh: Ustaz Mohd Fadzilah Zulkefli

12.15am
Soal Jawab.

1.00pm
Makan Tengahari.
1.45pm
Solat Zohor Berjamaah.

3.00pm
Sessi LDK : “Merancang masadepan anda”.
Ketua Fasilitator : Ustaz Tobroni Sahlan.
Fasilitator : Semua Bekas Pelajar.

4.30pm
Solat Asar Berjamaah.

5.30pm
Slot “Uji Fizikal Anda”.
Perlawanan persahabatan Bola Tampar.
Perlawanan persahabatan Takraw.

7.15pm
Solat Maghrib Berjamaah
Kuliah Maghrib:
1.Ustaz Syamsul (Surau Lelaki).
2.Ustaz Mazlan Dolah (Surau Perempuan).

9.30pm
FORUM PERDANA
Tempat: Masjid Bukit Rang, Pulau Tawar.
Masa : 9.00 malam.

Ahli Panel :
1. Ustaz Amri Abdullah
Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
2. Mejar Zulkefli Abdullah Sani.
Pegawai KAGAT MINDEF

Pengerusi:
Haji Zuridan Mohd Daud (UMP).

11.00pm Rehat


Tarikh : 11 April 2010

5.45am
Solat Subuh Berjamaah
Kuliah Subuh:
Oleh Ustaz Jamaludin Mansor.

8.30am
Majlis Penutup
Ucapan Pengerusi Bekas Pelajar 89 : Ustaz Tobroni Sahlan.
Ucapan Wakil Sekolah.
Penyampaian Cenderahati
Bersurai.

9.00am
Konvoi Ziarah ke rumah Ustaz Abdullah Ahmad (Bekas Pengetua SMAPT) di Temerloh.

SEMUA BEKAS PELAJAR SMAPT YANG BERMINAT BOLEH JOIN SAMA!