2/26/2009

Didik Anak Stail Org China


Ketika saya dijemput berceramah di sebuah sek menengah di Kuantan saya sempat berbual dengan Cikgu Pengetua sekolah tersebut. Pengetua ni memang peramah dan suka bercerita pengamalannya mengajar. Kebetulan pula dia pernah mengajar di sebuah sekolah yang majoritinya pelajar China. Apa yang nak saya kongsi ialah Cikgu ni pernah bertanya kepada seorang bapa pelajar China yang akan mengambil peperiksaan PMR. Bapa pelajar China ni kata apa yang dia buat ialah sepanjang persediaan menempuh peperiksaan tu, televisyen di rumahnya dibungkus dan disimpan di dalam stor. Kerana katanya TV lah yang menyebabkan anak-anak hilang fokus study dan boleh menjejaskan result anaknya. Jadi sepanjang tempoh tu bukan sahaja anaknya tidak tengok tv tapi si bapa ni pun tak tengok sebab nak bagi contoh kepada anaknya...

Agaknya kita boleh buat tak camtu?
Ada kawan saya yang terus tiada televisyen di rumahnya kerana katanya byk yg tidak berfaedah!
Cuma saya nak bertanya kawan2 yang ada Astro di rumah mereka, anak-anak terganggu tak belajar mereka dengan adanya Astro kat rumah? Atau sebaliknya ia membantu meningkatkan ilmu dan sahsiah?
Dulu saya langgan Astro tapi skrg dah terminate sebab byk membazir dan membuang masa!! Lebih baik tulis buku dan membaca....

2/23/2009

ALANGKAH ELOK AKU MENJADI TANAH!


Ketika berbicara soal kuasa
Terasa senak di dada, buntu akal memikirkannya
Begitu rosaknya manusia bila berebut kuasa
Hancur musnah tatasusila dan nilai agama
Akibat gila kuasa
Kuasa, boleh masukkan kita ke syurga jika keadilan dibela
Kuasa, boleh menjunamkan kita ke lembah neraka jika kezaliman bertakhta
Ya! Kuasa bolah jadikan kita bertambah dekat dengan Yang Esa
Apabila rasa hamba terpahat dijiwa
Ya! Kuasa juga boleh jadikan kita sombong mengatasi Yang Esa
Apabila rasa bertuhan tercabut dari jiwa
Kuasa, menjadikan manusia sanggup mengadu domba
Semata untuk memastikan diri terus di singgahsana
Asalkan kuasa terus digenggaman, halal dan haram tiada beza,
Tuduhan, fitnah, sumpah, seranah sudah menjadi mainan sahaja
Yang penting terus berada di atas kerusi empuk mahligai istana
Berapa ramai yang bersahabat asalnya
Kini menjadi musuh ketat kerana berebut kuasa
Kuasa ternyata merubah manusia
Dari siuman kepada gila
Dari si taat kepada Allah kepada penderhaka kepadaNya
Dari Ustaz kepada gengster
Dari Ulama kepada ular sawa
Hingga sanggup menfitnah, mengadu domba
Sesama saudara sesama agama
Entah bila akan reda puaka perebutan kuasa
Mungkin apabila sangkakala pertama bergempita
Barulah reda
Barulah semua penguasa kenal siapakah dirinya!
Barulah semua yang bertakhta sedar keterlanjurannya!
Namun sudah terlambat insafnya
Sudah tertutup pintu taubatNya
Dan ketika itu, terdengarlah rintihan jiwa
"Alangkah baiknya aku dahulu(di dunia) hanya menjadi tanah sahaja!".

Lage Raho Munna Bhai


Petang Sabtu 21 Feb 09 tak ada ape kerja nak di buat, sambil berehat-rehat sempat tengok filem Hindi bertajuk Lage Raho Munna Bhai (Saya pun tak berapa tahu maknanya). Sebenarnya saya tak minat lansung tengok filem hindi ni sebab biasanya byk sangat mengarut. Cumanya dalam filem ni ada benda yg agak menarik minat saya. Ceritanya tentang seorang samseng bernama Munna Bhai yg akhirnya jadi baik kerana menuruti bisikan Ghandi. Yg penting bukan jalan ceritanya tetapi saya belajar sikit tentang falsafah Mahatma Ghandi. Antaranya ialah "Jika ditampar di pipi kanan, hulurkan pipi kiri". "Jika orang buat jahat kepada kita balaslah dengan senyuman"."Kalau bersalah, mengakulah" dan "Berterus-teranglah".Itulah antara kata-kata Ghandi yg akhirnya berjaya merubah seorang samseng menjadi kauselor...
Keseluruhan ceritanya mengisahkan betapa sukarnya membuat perubahan dari seorang samseng kepada seorang yang baik hati dan berjuang pula untuk kebaikan orang ramai. Namun bab yang saya tak setuju ialah Ghandi tidakpun menasihatkan Munna Bhai supaya tinggalkan minum arak...!!???

2/16/2009

MEDIA! BERAMANAHLAH

Saban hari akhbar dan media elektronik memulakan tajuk pemberitaan mereka berkaitan dengan isu politik yang tidak habis-habis. Kerakusan sesetengah manusia terhadap kuasa menyebabkan media turut diheret menjadikan isu-isu politik sebagai bahan pemberitaan utama mereka. Entah apa tujuan dan matlamat media dari berita-berita tersebut. Jika tujuannya untuk membantu masyarakat memahami isu politik secara ilmiah dan tepat tidaklah mengapa. Tetapi sebaliknya jika bertujuan mengaburi masyarakat dari hakikat yang terselindung dan niat busuk yang cuba ditutup alangkah jahatnya niat tersebut! Umpama menutup bangkai kerbau dengan nyiru. Bukanlah saya ingin berburuk sangka. Namun jika sesuatu perkara itu meskipun baik tetapi jika dicerita dalam bentuk yang melampau dan berulang-ulang akhirnya rasa meluat dan meloya yang akan timbul. Apa sahaja perkara jika dibuat secara melampau adalah tidak elok. Malah dalam ibadatpun Nabi s.a.w menegur beberapa orang sahabat yang terlalu ekstrem beribadah hingga lupakan dunia. Begitulah juga dalam soal pemberitaan yang terjadi seminggu dua ini.
Kegawatan politik yang berlaku semenjak beberapa minggu ini pada fikiran saya berpunca dari sikap melampau sesetengah pihak yang beriya-iya benar mahu menunjukkan kebaikan dan ketulus mulusan mereka terhadap mempertahankan Institusi Raja. Saya yakin tiada siapa yang menyanggah bahawa Institusi Raja perlu dipertahankan kerana Institusi Raja adalah lambang kedaulatan Agama Islam yang semestinya kita semua dokong dan sanjungi. Tetapi apabila ada kelompok yang terlalu melampau dan beriya-iya berdemo dan bertempik serta menuduh dan mengugut orang lain maka akhirnya timbul suasana ketegangan yang berpanjangan seolah-olah tiada noktahnya.
Secara terus terang semenjak beberapa hari ini sebagai warga negara yang merdeka fikirannya saya sukar untuk memujuk hati untuk membeli akhbar yang biasa saya beli dan saya juga sukar untuk duduk setia di hadapan televisyen dalam minit-minit pertama ketika menonton berita perdana jam 8.
Sepatutnya media memberitakan sekadarnya sahaja berita-berita politik sebagai satu cara pembekalan maklumat dan bukannya menjadinya sebagai saluran mencetuskan kekalutan dan ketidak tenteraman hidup. Wahai pengamal media berhemah dan beramanahlah. Kerana kecenderungan kepada penzalim (boleh jadi dalam bentuk pemberitaan) akan menjadi penyebab kepada ditimpa azab neraka sepertimana yang dinyatakan oleh Al-Quranul Kareem.
Fokuslah kepada berita yang lebih bersifat menyatu, membangun minda, menyelesai masalah dan mententeramkan. Janganlah melayan nafsu serakah pengejar harta, pemburu kuasa dan pangkat yang sudah semakin terhakis nilai etikanya dan semakin nipis imannya!!!

2/10/2009

Isu DERHAKA

Hari ini semasa menyampaikan kuliah dalam kelas berkaitan dengan Tamadun Melayu, saya membuka ruang kepada pelajar-pelajar memberikan komen isu 'penderhakaan kepada Raja' di Perak. Semua pelajar melayu dari Perak mengutarakan pandangan bahawa DS Nizar menderhaka kepada Raja dan Karpal Singh melampau. Namun saya terkejut apabila anak murid India dalam kelas saya apabila diminta memberi pendapatan menyatakan bahawa manusia adalah sama...Mengapa pula ada yang tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang?
Setelah kuliah saya menghampiri pelajar India ini dan beliau bertanya bukankah dalam Islam menjelaskan bahawa manusia adalah sama? Jawab saya; "Betul pendapat kamu". Dalam Islam tiada sesiapa berada di atas undang-undang, sesiapa yang bersalah wajar dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan secara adil.
Cumanya apa yang berlaku sekarang bukan di bawah kawalan undang-undang Islam..maka inilah natijahnya.
Selepas beredar, saya bersyukur kerana keadilan Islam semakin difahami oleh kalangan bukan Islam, namun yang membimbangkan saya apabila orang Islam sendiri keliru dengan Islamnya!

2/09/2009

Kongsi Pengalaman Dakwah!

Alhamdulillah, SAHAM(Sahabat Masjid UMP)telah berjaya mengadakan Bengkel Dakwah Kampus 2009 yang berlansung pada 7 & 8 Feb 09. Apa yang menarik ialah semua peserta dapat berkongsi pengalaman dakwah daripada pelbagai badan dakwah yang aktif bergerak di Kampus-kampus IPTA & IPTS.
Juga yang menarik ialah perkongsian pengalaman dengan Bapak Anuar pelajar PhD UMP yang juga merupakan aktivis dakwah di Indonesia. Satu perkara yang paling membekas di dalam hati saya ialah kesungguhan dan tersusunnya strategi dakwah yang berjalan di IPT di Indonesia buat masa ini. Saya juga terpegun dengan prinsip dakwah "Jangan ada satu rumahpun yang tidak dimasuki oleh Dai'e hatta rumah orang kafir". Prinsip inilah yang seharusnya diambil sebagai asas penyebaran dakwah di kalangan pelajar-pelajar IPTA & IPTS di Msia khususnya. Gerakan dakwah kampus tidak seharusnya terbelenggu dengan minda politik semata-mata tetapi seharusnya berfikir untuk menyampaikan mesej dakwah kepada semua pelajar di IPT. Gerakan dakwah kampus seharusnya bermula dengan tarbiyyah dan praktikal dakwah. Aktiviti ziarah dakwah bilik ke bilik harus digerakkan.
Sempena dengan BDK ini juga saya sempat berbual dengan pendakwah terkenal Saudara Ann Wan Seng. MasyaAllah meskipun asalnya bukan Islam tetapi apabila memeluk Islam terpahat di hati bahawa hidupnya diwakafkan untuk dakwah. Beliau bukan sahaja banyak menyampaikan ceramah, malah beliau sudah menulis 30 buah buku!
Mudah-mudah melalui BDK ini para peserta yang terdiri dari pelajar UMP,UIA(Ktn),UiTM Jengka&Perak,Kipsas dan IKIP dapat mengambil manfaat untuk menggerakkan dakwah di Kampus masing-masing. Apa yang penting ialah bekerja dan bukannya banyak bercakap kerana 'Kewajipan lebih banyak dari masa' jadi kita sudah tiada masa untuk rehat....

2/03/2009

Catatan Dakwah

Semalam 2 Januari sahabat-sahabat jamaah tabligh datang ziarah ke rumah sekitar jam 6.30pm. Meskipun terasa keletihan baru pulang kerja namun kedatangan tetamu mesti diraikan kerana mereka datang pastinya membawa rahmat. Sebenarnya saya banyak belajar dari mereka khususnya dalam 2 perkara iaitu soal dakwah fardiyyah dan juga iltizam berjamaah. Mengenai dakwah fardiyyah ni sahabat-sahabat Tabligh lebih ke depan kerana mereka dilatih berdakwah rumah ke rumah menemui umat Islam yang jarang ke Masjid tanpa ada musim tertentu. Melalui pendekatan mereka inilah saya dapat idea untuk menggerakkan jamaah surau Inderasempurna keluar berdakwah di Taman menemui anak-anak muda untuk mengajak mereka melakukan makruf dan menjauhi mungkar. Teknik bercakap, sentuhan fizikal, pujukan dan tawaran yang diungkapkan ketika berdakwah sememangnya sukar dilakukan oleh mereka yang tiada pengalaman tetapi bagi mereka yang sudah lama melakukan usaha dakwah dalam tabligh pastinya mudah untuk melakukannya. Kemudian perkara kedua ialah solat berjamaah. Menurut pemerhatian saya jamaah Tabligh sangat menekankan solat berjamaah di Masjid/Surau berbeza dgn sesetengah badan dakwah yang cenderung membina fikrah tetapi kurang menekankan soal berjamaah di Masjid mahupun ibadah fardiyyah seperti membaca al-Quran dan zikrullah.

Inilah dua perkara pokok yang dapat saya belajar dari ikhwah dalam jamaah Tabligh. Rasanya tidak salah kita belajar dari mereka kerana kebaikan menjadi keutamaan bagi setiap mukmin memperolehinya meskipun datang dari si kafir!.

Kadang-kadang kita rasa malu melihat para ustaz/ulama yang lantang berceramah dan berkuliah tetapi solat berjamaahnya tunggang-langgang, zikirnya kurang dan dakwah fardiyyahnya tiada. Takut nanti termasuk dalam golongan dimurkai Allah kerana hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu beramal!

2/01/2009

TAHNIAH ERDOGAN!!!





"Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk gaza. Saya rasa itu adalah salah! Peres! Kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak mati di tepi pantai. saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel0 berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. dalam soal membunuh kamu memang bagus!