2/09/2009

Kongsi Pengalaman Dakwah!

Alhamdulillah, SAHAM(Sahabat Masjid UMP)telah berjaya mengadakan Bengkel Dakwah Kampus 2009 yang berlansung pada 7 & 8 Feb 09. Apa yang menarik ialah semua peserta dapat berkongsi pengalaman dakwah daripada pelbagai badan dakwah yang aktif bergerak di Kampus-kampus IPTA & IPTS.
Juga yang menarik ialah perkongsian pengalaman dengan Bapak Anuar pelajar PhD UMP yang juga merupakan aktivis dakwah di Indonesia. Satu perkara yang paling membekas di dalam hati saya ialah kesungguhan dan tersusunnya strategi dakwah yang berjalan di IPT di Indonesia buat masa ini. Saya juga terpegun dengan prinsip dakwah "Jangan ada satu rumahpun yang tidak dimasuki oleh Dai'e hatta rumah orang kafir". Prinsip inilah yang seharusnya diambil sebagai asas penyebaran dakwah di kalangan pelajar-pelajar IPTA & IPTS di Msia khususnya. Gerakan dakwah kampus tidak seharusnya terbelenggu dengan minda politik semata-mata tetapi seharusnya berfikir untuk menyampaikan mesej dakwah kepada semua pelajar di IPT. Gerakan dakwah kampus seharusnya bermula dengan tarbiyyah dan praktikal dakwah. Aktiviti ziarah dakwah bilik ke bilik harus digerakkan.
Sempena dengan BDK ini juga saya sempat berbual dengan pendakwah terkenal Saudara Ann Wan Seng. MasyaAllah meskipun asalnya bukan Islam tetapi apabila memeluk Islam terpahat di hati bahawa hidupnya diwakafkan untuk dakwah. Beliau bukan sahaja banyak menyampaikan ceramah, malah beliau sudah menulis 30 buah buku!
Mudah-mudah melalui BDK ini para peserta yang terdiri dari pelajar UMP,UIA(Ktn),UiTM Jengka&Perak,Kipsas dan IKIP dapat mengambil manfaat untuk menggerakkan dakwah di Kampus masing-masing. Apa yang penting ialah bekerja dan bukannya banyak bercakap kerana 'Kewajipan lebih banyak dari masa' jadi kita sudah tiada masa untuk rehat....

1 comment:

Syafarah said...

assalamualaikum ya ustaz..

ana cukup tertarik dengan slot ustz hazmi, ustaz hasrizal dan sesi ldk. sebabnye, slot2 ni mebuka minda nahnu, terutamanya ldk. slot ustaz hasrizal pulak banyak menyuluh lorong2 samar dakwah yang kebanyakan dai'e tempuh sekarang. paling bes, ceritenya mengenai 2 orang anak datin. kata2nya yg menyentuh jiwa wanita (cewah) ana ialah "yang muslimat pulak, bila dah nak stat jadi dai'e, monyok je, tak senyum, tunduk je. walaupun kite buat kerja dakwah, yang mana asalnya ceria, teruskan keceriaan anda tu.." haa, xpayah la ana susah2 kontrol ayu dah ;p .

untuk ldk pulak, banyak brainstorming berlaku. nahnu pun kna denda dgn en.jo sbb lambat makan. dai'e tak boleh nak manje2 sangat! huhuu. banyak isu dikupas. mmg amat membantu.. mmg dakwah secara jam'ie penting, tapi untuk nk cr mad'u baru, dakwah fardhiah juga amat penting. bes..bes.. bukak mate..

masa ustaz balas mesej ana "lambat lagi la islam nk menang ;(" ana tersentak. antara janji adhoc atau asemen.......... esemen tu dh ready nk hntr, tp ade kwn yg lom siap.. so......... ana takut sangat termasuk dalam golongan org munafik. kan salah satu cirinye ialah memungkiri janji...... nauzubillah..............

ok la ustaz.. ana mintak maaf banyak2 kalo selama ni ana menyakiti ati ustaz.. m(_ _)m

jzzk