2/10/2009

Isu DERHAKA

Hari ini semasa menyampaikan kuliah dalam kelas berkaitan dengan Tamadun Melayu, saya membuka ruang kepada pelajar-pelajar memberikan komen isu 'penderhakaan kepada Raja' di Perak. Semua pelajar melayu dari Perak mengutarakan pandangan bahawa DS Nizar menderhaka kepada Raja dan Karpal Singh melampau. Namun saya terkejut apabila anak murid India dalam kelas saya apabila diminta memberi pendapatan menyatakan bahawa manusia adalah sama...Mengapa pula ada yang tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang?
Setelah kuliah saya menghampiri pelajar India ini dan beliau bertanya bukankah dalam Islam menjelaskan bahawa manusia adalah sama? Jawab saya; "Betul pendapat kamu". Dalam Islam tiada sesiapa berada di atas undang-undang, sesiapa yang bersalah wajar dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan secara adil.
Cumanya apa yang berlaku sekarang bukan di bawah kawalan undang-undang Islam..maka inilah natijahnya.
Selepas beredar, saya bersyukur kerana keadilan Islam semakin difahami oleh kalangan bukan Islam, namun yang membimbangkan saya apabila orang Islam sendiri keliru dengan Islamnya!

8 comments:

Mr Final said...

Bernasib baik kerana umat islam yang terkeliru beberapanya adalah anak didik Ustaz, mungkin uztaz dapat jelaskan dengan kaedah yang mudah didifahami lagi dikelas.. :)

Darkangel said...

mmg manusia semua nyer sama ustaz,cuma kadang2 ada yg cuba menafikannya kerna takut pangkat & kuasa mereka berkurangan..kita perlu menghormati adat selagi tak bertentangan dgn ajaran islam..tp jangan guna kan adat sebagai senjata kepentingan peribdi...btol x ustaz??..sekadar pendapat sy...hehe..

Al-Teminie said...

Betul! Adat, budaya selagi tidak bercanggah dengan nilai Islam perlu dipertahankan. Begitu juga dengan Sistem Beraja, selagi ia selari dengan Islam mesti kita dokong bersama...namun sebaliknya jika nilai agama dinodai semata-mata untuk pertahankan adat & budaya maka kita mesti berpihak kepada agama Islam.

Anonymous said...

sy setuju dgn marissa cuma hal sultan perak & sultan johor tu 2 kes yang berbeza...di perak sultan menjalankan tugas baginda seperti yang seharusnya tetapi di johor tu mmg salah sultannya la krn memukul kedi golf tu...jd sy rase kita x boleh nak samakan kedua-dua kes ni dan sy sokon keputusan sultan tersebut walaupun sy x pasti sama ada benar atau tidak BN x rasuah @ lakukan apa2 pada ADUN yg tukar parti...tp bg sy keputusan sultan x boleh dipertikaikan selagi mengikut syarak &boleh diterima akal manusia normal...

comel said...

salam ustaz...
memang x dapat saya nafikan saya juga pernah mengalami mendegar orang bukan islam tidak memahami sepenuhnya apa yang islam bawa
seperti hukum hudut...
pada sem lepas saya mengambil subject ii.(islamic institution)...
masa tu ade perbentangan kumpulan tentang perundangan yang dilaksanakan di Malaysia ini mengikut landasan islam atau pun tidak...jadi di pendekkan cerita ada hamba allah bertyanyakan tentang pelaksanaan hudut di Malaysia kepada kumpulan pembentang...dan soalan ini dijawab oleh orang bukan islam
dan yang mengejutkan mereka berkata tidak kepada hudut kerana mereka berkata :"malaysia adalah multi race countr dan hukum hudut kejam so x boleh la"
jadi di sini nak menunjukkan mereka sememngnya perlu mengetahui bahawa hudut dijatuhkan untuk orang islam dan bagi saya pengetahuan ini perlu supaya mereka tahu apa yang orang islam ingin sampaikan dan mesej islam
islam=selamat

terima kasih ustaz
:)=

Al-Teminie said...

Institusi Raja wajar dipertahankan kerana Raja adalah lambang kedaulatan agama Islam di Malaysia dan ketuanan Melayu. Dalam masa yang sama Institusi Raja mesti diperkasakan melalui penghayatan Islam secara menyeluruh dan penuh komitmen di kalangan keluarga & kerabat Raja agar ia tauladan yang baik kepada rakyat jelata dan menjadi tempat bernaung seluruh rakyat jelata.

An-Nasrullah said...

salam...sekarang media cetak dan electronic adalah 'juara'..juara bertahan mereka suma ni...sampaikan anak2 murid ustaz pun suma pn nk ikut 'juara'

Aizat Faiz said...

Assalamualaikum ya ustaz...

Betul ustaz, memang perlu diperkasakan lagi Institusi Raja di Malaysia ni. Kalau tidak, kita akan dapat lihat Institusi Raja di Malaysia akan tumbang seperti di Nepal dan negara2 yang satu ketika dulu ada sistem beraja, tapi sekarang hanya tggal sejarah..

Tapi ustaz, macammana pula kita sebagai rakyat nak membantu bila apa yang kita suarakan tu bertentangan dengan keputusan atau tindakan Raja/pemimpin/pembesar, kita akan dilabel penderhaka@pembangkang? Tu la masalah kat Malaysia ni. Bebas untuk bersuara tapi tidak bebas selepas bersuara. Hehehe.. Pendapat ustaz??

Ada satu artikel yang menarik perhatian saya yang ditulis oleh Hishamuddin Rais tentang isu derhaka ni..

http://aizatfaiz.blogspot.com/2009/02/cis-derhakalah-kamu.html

Sekian, sekadar memberi pandangan..
-Anak murid ustaz...