2/26/2009

Didik Anak Stail Org China


Ketika saya dijemput berceramah di sebuah sek menengah di Kuantan saya sempat berbual dengan Cikgu Pengetua sekolah tersebut. Pengetua ni memang peramah dan suka bercerita pengamalannya mengajar. Kebetulan pula dia pernah mengajar di sebuah sekolah yang majoritinya pelajar China. Apa yang nak saya kongsi ialah Cikgu ni pernah bertanya kepada seorang bapa pelajar China yang akan mengambil peperiksaan PMR. Bapa pelajar China ni kata apa yang dia buat ialah sepanjang persediaan menempuh peperiksaan tu, televisyen di rumahnya dibungkus dan disimpan di dalam stor. Kerana katanya TV lah yang menyebabkan anak-anak hilang fokus study dan boleh menjejaskan result anaknya. Jadi sepanjang tempoh tu bukan sahaja anaknya tidak tengok tv tapi si bapa ni pun tak tengok sebab nak bagi contoh kepada anaknya...

Agaknya kita boleh buat tak camtu?
Ada kawan saya yang terus tiada televisyen di rumahnya kerana katanya byk yg tidak berfaedah!
Cuma saya nak bertanya kawan2 yang ada Astro di rumah mereka, anak-anak terganggu tak belajar mereka dengan adanya Astro kat rumah? Atau sebaliknya ia membantu meningkatkan ilmu dan sahsiah?
Dulu saya langgan Astro tapi skrg dah terminate sebab byk membazir dan membuang masa!! Lebih baik tulis buku dan membaca....

1 comment:

ziimmo said...

saya setuju ustaz..

ustaz,byk kali juga saya fikir yg mmg byk program yg tidak berfaedah di tv, sebahagiannya ada juga yg berfaedah...tp, bagaimana kita nak mengetengahkan sikap yang boleh kita ke arah yg lebih minat kepada ilmu berbanding hiburan?

saya masih tertanya2 bagaimana kita mahu didik diri kita sendiri untuk melatih diri kita untuk mengikuti jejak didikkan orang cina?

....saya masih lagi muhasabah diri. :-?