3/04/2009

Kematian Mengejar Kita!!!


Pada hari Khamis 26 Februari 2009 yang lalu saya dan sahabat2 terkejut dengan berita isteri kepada Dr Hasnan bekas CEO Kolej IKIP (Bos saya dulu) telah kembali ke rahmtullah kerana terlibat kemalangan di Kuala Lumpur. Kemalangan ini berlaku pada pagi Khamis setelah arwah pulang dari menghantar anak-anaknya ke sekolah. Pada hari Jumaat 27 Feb saya dan kawan-kawan rapat Dr Hasnan datang menziarahi arwah dan mengucapkan takziah kepada Hasnan. Setelah solat jenazah, arwah telah selamat dikebumikan kira-kira jam 12.30tgh. Sebelum pulang ke Kuantan sempat saya bersalaman dan berpelukan dengan Dr Hasnan sambil mengucapkan tazkiah kepada beliau. Apa yang menyedihkan hati saya ialah melihatkan 3 orang anak (1 lelaki 2 perempuan) arwah yang masih kecil dan pastinya kehilangan tempat mendapat kasih seorang ibu....Moga Allah Taala memberikan kekuatan kepada Dr Hasnan untuk mentarbiah anak-anak beliau dan semoga arwah isteri beliau bersemadi di alam barzakh dengan aman dan sentosa serta mendapat rahmat dari Allah Taala.


Pada hari Sabtu 28 Februari 2009 pula saya dikejutkan sekali lagi apabila mendapat panggilan talipon dari kampung (Kampung Temin Jetantut)memberitahu bahawa Imam Yahya telah kembali kerahmatullah di awal pagi Sabtu (sebelum subuh). Sahabat-sahabat di kg memberitahu bahawa pada hari sebelumnya arwah Imam tidak menunjukkan apa-apa tanda malah pada petang Jumaat beliau sempat berjogging dengan anak perempuannya, manakala pada malam Sabtu selepas Isyak beliau masih sempat keluar minum dengan jamaah surau. Namun kehendak Ilahi tiada siapa yang mampu menghalang,dikeheningan pagi 28 Feb 2009 tiada siapa yang tahu bahawa Malaikat Maut telah menjemput beliau. Kehilangan beliau amat teras di kalangan ahli Jamaah Surau Temin dan kawan-kawan beliau di Jerantut kerana beliau sangat peramah, suka berjenaka dan mudah dibuat kawan. Beliau juga adalah pengerusi surau Temin yang berusaha keras mengumpul dana untuk membuat surau Temin yang baru dan berkat usaha beliau dana yang berjaya dikumpul mencecah RM50,000.00. Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas roh arwah.

Al-Fatihah!!!

1 comment:

Nazrul Azly said...

inna lillah wa inna ila hi roji'un


http://abu-nazril.blogspot.com/