Bagi mengisi ruang waktu yang kosong di pagi tersebut kami telah membuat keputusan untuk menziarahi Ustaz Lah di Sg Gau. Banyak pula motivasi yang diberikan oleh Ustaz Lah kepada kami. Beliau meskipun sudah berusia, tetapi semangatnya mahu melihat kecemerlangan sekolah agama (khususnya Pulau Tawar) tetap seperti dulu, subhanallah.
Meskipun Motivasi dibatalkan, program Forum Perdana di Masjid Bukit Rang tetap diteruskan. Alhamdulillah kehadiran begitu ramai dan sokongan padu dari Ustaz Yusof dan Cikgu Alimin cukup mengubat keletihan kami. Forum malam tersebut dibarisi dua ahli panel yang hebat iaitu Ustaz Amri Abdullah, penolong pengarah Hab Halal Jakim dan mejar Zulkefli Abdullah Sani pegawai KAGAT MINDEF. Kedua-duanya memang mantap dan berjaya menarik minat hadirin yang tidak berganjak hingga selesai forum.
Setelah selesai semua program pada malam tersebut, sayapun pulang ke Kuantan seorang diri dan sampai ke rumah kira-kira jam 2.15 pagi....
Terima kasih kepada sahabat2 yang turut serta...Tob, Amri, Zul, Lan, Ropi, Zaini, Syikin, Anas, Nuar, Dahlan dan lain-lain...Moga-moga usaha sekecil diri dinilai sebagai amal soleh untuk bekalan di akhirat kelak...
Kepada sahabat-sahabat semua jangan putus asa, usaha dakwah tetap mesti diteruskan, SMAPT adalah markaz melahirkan para ulama dan orang-orang yang soleh...marilah sama-sama kita bantu menjayakannya!
1 comment:
Komen ini tiada niat utk menyinggung hati mana2 pihak.
Pihak sekolah sepatutnya memberitahu pihak penganjur motivasi tentang masalah air, apatah lagi ianya berlaku sehari sebelumnya. Bukan apa, perlu difikir juga musafir yg bakal tiba. Mungkin ada yg tidak berkira, tapi yg membaca coretan ini pasti ada yg membuat telahan...
Btw, thanx for visiting ustaz :) even no there, tapi boleh rasa gembiranya beliau
Post a Comment