Alhamdulillah setelah seminggu bercuti dari 26 Oktober 08, Insyaallah hari Selasa dapat kembali semula bekerja seperti biasa. Wad 221 Kuantan Specialist Hospital memberikan satu dars (pengajaran) bahawa bila2 masa Allah Taala boleh mengenakan bala dan musibah seperti kemalangan atau sakit kepada kita meskipun pelbagai usaha pencegahan dilakukan. Benarlah 'bala' itu sendiri berasal dari 'ibtila' yakni ujian Allah ke atas hambaNya. Sentiasa sihat menjadikan kita lupa betapa besarnya nikmat tersebut yang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Tetapi bila sakit barulah dapat rasakan kasih sayang Ilahi. Moga keinsafan ini berpanjangan dan menjadikan diri ini lebih hampir denganNya.
7 comments:
Assalamu'alaikum Akhi
Apa kabar? Sihat? sudah lama nian ana tidak berkoment disini.
Sungguh indah tulisan akhi ini, memang kalau Allah tidak memberi sakit kita terkadang lupa betapa nikmat sihat itu!
syukron atas postingnya yang begitu indah
Salam Dari Indonesia
Wassalamu'alaikum yaa akhi
http://gubugsurya.wordpress.com
Assalamu'alaikum ya akhi
lama nian ndak koment disini
apa kabar? sehat ?
tulisan yang indah dan memang benar kalau kita tidak merasakan sakit kita tidak akan merasakan betapa ni'mat sehat itu.
syukron telah mengingatkan
wassalamu'alaikum
Salam dari Indonesia
http://gubugsurya.wordpress.com
innalillah ustaz...maaf krn x sempat ziarah...smg diberi kesihatan yg baik...
Alhamdulillah dah sihat. Terima kasih semua, moga Allah Taala sentiasa kurniakan kesihatan kepada kita agar dapat tunduk kepadaNya.
Assalamualaikum
Apa khabar? dah sihat? anta masuk wad sakit apa?.
Ana kat Lancaster sihat dan insyaallah jadi ayah bulan 6 tahun depan
Kirim salam sahabat2 di UMP
wassalam
Mati bukan kerana sakit. Mati kerana kehendak Allah SWT. Jaga diri jangan sakit kerana sakit menyusahkan kehidupan seseorang manusia! Tapi sakit juga menyedarkan manusia tentang dirinya hanyalah seorang hamba!
http://rp-semantan.blogspot.com
akum ust..
semoga ust sihat selalu hendaknya..
Post a Comment