4/08/2009

Pada pendapat saya...


Keputusan pilihanraya kecil Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Batang Ai sudah diketahui umum. Begitulah adat perlumbaan dalam pilihanraya, ada yang kalah dan ada yang menang. Semalam (selepas Isyak 7 Mac 09) sempat saya menonton tv di warung syarbat Taman Sepakat Kuantan bersama sahabat selepas kuliah Fiqh di Masjid Al-Rasyidin. Meskipun keputusan di Bkt Gantang dan Bkt Selambau belum diumumkan dalam tv namun saya dah dapat makluman awal dari seorang sahabat di Perak berkenaan dengan keputusan pilihanraya kecil berkenaan. Apa yang agak menarik minat saya ialah rancangan analisis pilihanraya di tv1 yang mengenengahkan seorang pensyarah dari USM dan seorang lagi dari UTM. Sepanjang analisis sementara menunggu keputusan, pensyarah dari UTM terus-terusan mengatakan keputusan pilihanraya Bkt Gantang khususnya, tidak mencerminkan kekuatan PAS kerana sepatutnta Ir Nizar menang lebih besar dan tidak menggambarkan penolakan rakyat kepada UMNO/BN. Malah katanya pembangkang hanya bercakap soal retorik dan janji kosong berbanding dengan BN. Namun demikian kenyatakan pensyarah dari USM pula berbeza dengan menegaskan bahawa keputusan pilihanraya semalam adalah memberi isyarat bahawa mood PRU ke 12 masih berterusan manakala golongan muda amat jelas menolak BN. Malah peningkatan undi kepada calon PAS menunjukkan bahawa semakin bertambah suara penolakan kepada BN!Katanya UMNO/BN perlu menerima kekalahan dan mengakui bahawa ada hikmah di sebalik keputusan tersebut.

Setelah semua keputusan dimaklumkan, sebelum tidur saya sempat berfikir bagaimanakah semua isu yang dimainkan semenjak berminggu-minggu di media massa dalam memburukkan pembangkang tidak berhasil lansung, malah pertukaran kepimpinan baru dalam negara dan turunnya Tun Mahathir tidak mampu menjejaskan sokongan majoriti pengundi kepada pembangkang terutama di Bkt Gantang dan Bkt Selambau, meskipun isu hangat yang dimainkan seperti sembah derhaka Ir Nizar, DAP baca Al-Quran dan sebagainya. Ini mungkin berpunca dari kuasa maklumat yang ada ditangan pengundi yang boleh mengakses terus dari internet tentang setiap isu yang dimainkan dan boleh membuat penilaian sendiri lalu diterjemahkan di kertas undi.

Bagi UMNO, jika masih mahu memenangi hati rakyat semula perlulah dibuat perubahan secara menyeluruh dan hendaklah ada badan luar yang melakukan analisis membedah kelemahannya seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Presidennya. Jika ia datang dari dalam pastinya keputusan post mortem masih tidak mengakui kelemahan yang datang dari UMNO sendiri, cthnya seperti analisis yang dibuat oleh pensyarah UTM tadi.

Jika boleh, saya ingin mencadangkan agar UMNO mengambil pendekatan 'tarbiyyah' iaitu dengan menyediakan satu program pentarbiahan ahli (muslim) secara konsisten. Ini boleh dilaksanakan dengan menghidupkan usrah, qiamullail dan juga program tamrin kerana melalui program ini dapatlah dijernihkan semula hati dan tingkahlaku ahli UMNO seterusnya membina semangat juang kerana Allah dan bukannya kerana pangkat dan harta. Kemudian ahli-ahli UMNO diterapkan dengan budaya solat berjamaah di Masjid atau surau, budaya mengikuti kuliah-kuliah agama, manakala bagi yang perempuan diterapkan budaya menutup aurat dan ini mesti bermula dari pemimpin di kalangan wanita dan puteri UMNO. Bagi saya ini sahaja jalan jika UMNO mahu mengembalikan kekuatannya kerana sudah terbukti dalam sejarah umat Melayu kuat dan hebat apabila Islam menjadi pegangannya dan rujukan utamanya. Pendekatan 'tarbiyyah' ini juga boleh menjauhkan UMNO dari budaya rasuah yang sedang mengakar di kalangan ahlinya. Inilah masanya ustaz-ustaz di dalam UMNO memainkan peranan mereka.

Akhirnya diucapkan syabas kepada wakil-wakil rakyat yang baru menang, ingatlah anda semua memikul amanah rakyat, maka korbankanlah diri untuk memperjuangkan nasib rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab,jika tidak anda akan dihukum oleh rakyat dalam PRU ke13 akan datang!

2 comments:

Joha al-Bilali said...

Pada ana budaya Hubbun Dunya yang diterapkan di dalam jiwa orang Umno susah nak dihilangkan. Bila kuasa terancam barulah ada niat nak kembali pada agama , itupun bukan kerana agama tapi kerana project-project terancam. Ana pun kesian ngan ustaz2 dlm Umno, suara mereka tak diiktiraf, dimana ust Firdaus , Abdullah Mat Zin dan yang terbaru Datuk Jamil Khir(harap dpt buat perubahan). Kita lihat dalam pemilihan Umno, tidak ada golongan agama yg terpilih kecuali seorang ustaz yg yg terpilih dlm exco pemuda. kalau inilah trend Umno maka susahlah sikit nak wujudkan jiwa2 yg bertarbiahkan agama. Ana harap ahli Umno yg ada fikrah agama tu , carilah kapal lain

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan cadangan yang Ustaz lontarkan mengenai bagaimana cara untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO yang semakin gawat sekarang ini.Namun perlu di ingati ,apa yang perlu dibetulkan dari dalam UMNO itu sendiri ialah pemurnian Aqikahnya.Terutama dikalangan para Pemimpinnya itu.Gejala kerosakan akidah yang melanda UMNO telah lama berlaku dan ini telah sebati dalam jiwa dan diri UMNO itu sendiri.Penerimaan UMNO terhadap pembentukan Perlembagaan Negara yang di olah oleh Penjajah Inggeris menjelang kemerdekaan negara pada 1957 itu adalah merupakan titik permulaan kepada kerosakan akidah ini.
Sekiranya kita menyorot sejarah Islam di zaman Khalifah Islamiyah ,terdapat juga sebilangan orang Islam yang terlanjur melakukan maksiat/jenayah menurut perundangan Islam.Namun disebabkan kemurnian akidah di dalam diri mereka dan dengan adanya roh Islam di dalam bidang perundangan ketika itu,mereka ini apabila sedar dengan kesalahan yang dilakukan terus sahaja menyerah diri untuk di adili dan seterusnya di hukum.
Tetapi berlaku sebaliknya di Malaysia sekarang ini.Sudahlah kesalahan/jenayah yang dilakukan itu serius dan mempunyai asas yang kuat untuk di bawa ke pihak pengadilan ,silap hari bulan pihak yang mendakwa itu pula yang masuk ke kandang orang salah.
Begitulah dahsyatnya kepincangan yang berlaku dan berleluasa di negara kita yang tercinta sekarang ini.
Berbalik kepada soal membaiki UMNO tedi,disini saya cadangkan supaya UMNO kembali kepada pemurnian akidah secara menyeluruh dengan segera.Kerana trend rakyat negara ini sedang berubah kepada mendekati dan memhami Islam.Bukan sahaja dikalangan penganut Islam tetapi juga dikalangan yang bukan/belum Islam malahan golongan artis pun dah mula berjinak-jinak dengan Ulamak dan Islam.Kalau UMNO lambat, UMNO akan ketinggalan jaun di belakang.