8/16/2009

Moga tempatmu di Syurga..

Pagi Khamis 13 Ogos yang lalu ketika dalam perjalanan ke UKM saya mendapat mesej memberitahu bahawa Ustaz Asri Rabbani telah kembali ke rahmatullah. Entah mengapa hati ini bagai ditusuk-tusuk dengan rasa sedih dan hiba meskipun saya bukanlah kenalannya dan bukan saudara maranya. Tetapi seingat saya semenjak di bangku sekolah menengah lagi saya menjadi peminat setia kepada kelunakan suara Ustaz Asri. Malah saya pernah ke Sg Penchala semata-mata untuk mendengar suara beliau mengalunkan lagu-lagu nasyid yang sangat menyentuh jiwa. Memang terasa seolah-olah dunia menjadi sunyi seketika kerana hilangnya suara emas seorang pejuang yang terus istiqomah dengan alunan nasyid dakwahnya. Asri saya doakan agar saudara di tempatkan di dalam Syurga Allah. Engkau begitu berbeza dengan arwah artis-artis yang lain kerana mereka meninggalkan dunia dengan hasil seni yang tidak mendidik jiwa...namun Ustaz Asri pastinya terus bersinar pahalanya kerana setiap bibir yang menuturkan bait-bait nasyid yang diciptanya pasti akan sampai pahalanya kepada beliau. Kehilangan Ustaz Asri diratapi oleh pejuang-pejuang Islam tetapi mungkin bagi beliau itulah idamannya selama ini...merenungi senikata-senikata nasyid beliau bersama Rabbani pastinya kita akan tahu apakah yang dirindui oleh beliau...tidak lain tidak bukan beliau merindui syurga Allah...InsyaAllah kita akan bertemu di akhirat kelak wahai saudaraku Asri.

6 comments:

KOYAN said...

al fatihah untuk arwah

Anonymous said...

MasyaAllah... ana sendiri jarang rasa sedih dan kehilangan dengan pemergian artis... tetapi.. ustaz Asri Rabbani.. Semoga Allah merahmati beliau... betullah nasyid2 beliau sangat menyentuh jiwa..
"pergi tak kembali"...

Anonymous said...

betul tu ust.,
Saya pun tak sedar mengalir air mata... teringat masa kat SMAPT dulu, bila masuk nasyid wakil rumah/sekolah kebanyakannya nyayi nasyid2 dr ustaz asri (nada murni)... Al-Fatihah buat Allahyarham..

Nik M Hafizul said...

salam ustaz, apa khabar? ;)

apa yg ustaz utarakan di sini adalah sama dengan apa yang lafazkan.. AlhamduliLlah

norMAzuan MUstafa said...

salam.ustaz bila nk dtg ump nie bg pengisisan ker lepas 4 rakaat tarawih.selamt bposa

Zuridan Mohd Daud said...

InsyaAllah Mazuan...kalau diizinkan Allah ana datang la.