11/18/2009

Sembelih Korban Menurut Mazhab As-Syafie


Sembelihan menurut Mazhab Imam As-Syafie mestilah dengan memutuskan dua urat utama pada leher binatang yang berkenaan iaitu; 1) Urat Halkum(saluran pernafasan), 2) Urat Marih(saluran makanan). Kerana dengan putusnya kedua-dua urat berkenaan maka akan mudahnya haiwan berkenaan mati. Dalam Mazhab As-Syafie disunatkan turut sama memotong Urat Al-Wijdan iaitu saluran darah. Jika haiwan berkenaan pendek lehernya seperti lembu disembelih dihujung lehernya manakala jika panjang lehernya seperti unta disembelih dipangkal lehernya.
Berdasarkan Mazhab As-Syafie juga amalan yang sunat ketika menyembelih binatang korban adalah seperti berikut:
1.Mengadap Kiblat.
2.Membaca: "Bismillahi wallahu Akbar"بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر.
3.Membaca Salawat
4.Membaca doa : أللهم هذا منك وإليك
5.Elok juga ditambah doa: أللهم تقبل مني كما تقبلت من إبراهيم خليلك
Rujukan : الفقه الإسلامي وأدلته، الدكتور وهبة الزحيلي ج:4، ص:2736








3 comments:

Mohamad Suffi Kamari said...

Assalmualaikum Ustaz

Ana menunggu lagi Sesi Taklimat n Majlis2 Ilmu seperti tempoh hari. Majlis simple tapi penuh bermakna pada saya n teman2 yang hadir ceramah Ustaz.

Keep it up Ustaz n Keep in touch

The Think Tanker
http://siffusuffi.blogspot.com/

Mohamad Suffi Kamari said...

Salam Ziarah Ustaz...

Zuridan Mohd Daud said...

InsyaAllah pada 7 Disember 2009, tempat & waktu yang sama. Tajuk ialah huraian Rukun Bai 'ah...