3/05/2010

(Lagi) Sudah sampai masanya...


Tragedi keganasan dan pembunuhan kanak-kanak yang berlaku semenjak beberapa hari ini pastinya mempunyai mesej tersirat yang pada tanggapan saya bukanlah sukar untuk dibaca. Meskipun kemarahan masyarakat semakin meluap-luap dizahirkan samada dalam akhbar mahupun di warung-warung namun ia seolah-olah habis di situ sahaja. Saya berpendapat bahawa Allah SWT sudah menghantar mesej jelas kepada kita bahawa selagi mana kita berdolak-dalih untuk kembali kepada hukum Islam maka tragedi seumpama ini pastinya akan menjadi lebih parah. Ada ramai yang cuba menonjolkan diri dengan berbagai idea seperti menyediakan penempatan khusus bagi anak luar nikah untuk menyelamatakan mereka, menyediakan undang-undang keras bagi pendera kanak-kanak dan macam-macam lagi. Namun kesemuanya masih berlegar sekitar bisikan emosi dan hujahan akal sahaja. Penyelesaian dari sudut agama sepertimana lumrah menjadi idea picisan sahaja. Jika benar mahu mengatasi perkara ini adalah wajar kita memikirkan punca kejadian dan bukannya cara merawat semata-mata. Akitivti-aktiviti dan lokasi-lokasi seperti hiburan melampau, konsert-konsert yang menggalakkan pergaulan bebas, pusat-pusat hiburan maksiat, disko, pusat pelacuran, pusat perjudian, kedai menjual arak, hotel-hotel bujet lokasi perzinaan, percampuran bebas pelajar lelaki dan perempuan di sekolah, kolej, universiti dan pejabat, taman-taman rekreasi lokasi khalwat dan semua jalan ke arah berlakunya maksiat wajar dihapuskan dahulu atau diubahsuai menjadi lokasi selamat dari sebarang maksiat. Jika ini terus dibiarkan sahaja saya berpendapat kita hanya akan mengeluh sahaja setiap kali tragedi-tragedi ngeri yang dipaparkan di dalam media. Jenayah buang anak, bakar anak dan bunuh anak sangat sinonim dengan zina. Khalwat, zina, mengandung, malu, buang anak atau bunuh anak....itulah hakikat apa yang berlaku.

Manakala dari segi undang-undang bukanlah suatu yang sukar untuk kembali kepada hukum Allah SWT yang sudah lengkap malah sudah terbukti keberkesanannya. Segala tenaga dan kepakaran di JABATAN MUFTI, JAKIM, IKIM, YADIM, MAHKAMAH SYARIAH, JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI, NGO2 ISLAM, UIA, USIM, PARTI ISLAM dan semua badan-badan Islam sudah tersedia untuk dikerahkan kepakaran mereka bagi menjayakannya...

Persoalannya mengapakah kita masih terus mahu mencuba undang-undang hasil dari idea-idea otak manusia sedangkan ia sudah terbukti kegagalannya semenjak mula dilaksanakan hingga kini. Peningkatan jenayah adalah bukti jelas ianya sangat lemah dan tidak berkesan?

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Apakah patut mereka hendak kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah. Al-Maidah 50.

No comments: