1/30/2011

Tipu Zakat?


Baru-baru ni ada sahabat bertanya mengenai hukum membuat helah dalam memohon zakat. Katanya ada individu yang menyambung pangajian di IPTA memohon bantuan zakat dari majlis Agama Islam Negeri. Tetapi dia telah berbohong dengan mendakwa dia belajar secara full time sedangkan dia masih bekerja dan belajar secara part time. Dengan alasan itu dia telah dapat bantuan zakat secara penuh sedangkan dia mempunyai gaji tetap dan sepatutnya tidak layak mendapat zakat secara penuh.
Dalam hati saya berkata, ada juga orang menipu duit zakat! Yang buat pula tu lepasan agama! Teringat saya masa belajar dulu ramai juga rakan-rakan yang dah dapat biasiswa tetapi masih memohon wang zakat. Pihak institusi zakat mungkin terlepas pandang lalu ramai juga yang dapat double bantuan pendidikan mereka. Persoalannya ialah boleh ke kita ambil zakat yang bukan hak kita? Imam Al-Nawawi di kitab Raudhah Al-Tolibin ada menyebut bahawa sesiapa yang tersalah mengambil zakat yang bukan haknya dia wajib memulangkannya kerana hukunya adalah haram!

8 comments:

Anonymous said...

ustaz tanya sikit,

macamana kalau orang dah dapat pinjaman (bukan biasiswa) pendidikan tetapi masih memohon bantuan zakat. Sbb dia dikira berhutang dan orang berhutang ni susah..

Al-Teminie said...

Kalau berhutang pinjaman pelajaran, kemudian dah ada kerja dan mampu bayar tak layak dapat zakat. Sbb bahagian Al-Gharimin ialah mereka yang berhutang tetapi tiada kemampuan membayarnya.
Masa mohon zakat tu kena jelaskan kedudukan diri secara telus. Mungkin juga ada ruang diberikan zakat oleh intitusi zakat yg sudah tiada asnaf utk diberikan. Tapi kalau dengan cara menipu dan menyembunyikan maklumat diri...tidak sepatutnya berlaku

Nizam Awang Brahim said...

Duit zakat pun mau tipu ke.Aisey....

Zaid Akhtar said...

Lama tak dengar ceramah Dr. Zuridan.
:-)

Fahmi Yusof said...

Assalamualaikum ustaz. Saya hendak bertanya sikit,

Bagaimana hukumnya kalau seseorang itu memang berasal dari keluarga yang miskin tetapi memperoleh biasiswa pelajaran namun masih memohon wang zakat untuk melangsaikan hutang pengajian. Dalam erti kata lain 100% yuran pengajian beliau dilangsaikan menerusi wang zakat. Wang biasiswanya pula digunakan untuk kegunaan perbelanjaan peribadi seperti membeli motosikal, kredit telefon dan sebagainya walhal duit biasiswa yang diperoleh banyak yakni satu semester RM 5000, jika membuat tesis ada lagi elaun tesis. Ini jauh berbeza dengan ptptn. Jadi seharusnya digunakan wang biasiswa itu untuk melangsaikan yuran pengajian. Tetapi sebaliknya berlaku. Wang zakat digunakan sepenuhnya. Ada antara rakan-rakan saya yang melakukan perbuatan ini. Tapi saya tidak berani menegur kerana tidak pasti akan hukumnya. Jadi bagaimana ustaz?

Al-Teminie said...

Wkmslmwrh, saudara Fahmi kalau pelajar berkenaan benar2 miskin @ masih menuntut dia boleh dapat zakat...samada kerana miskinnya atau kerana dia masih menuntut. Atau kerana berhutang yang sukar dilangsaikan. Kesemua situasi tersebut termasuk di bawah Asnaf Miskin, Fi Sabilillah dan Al-Gharimin.

miss arrogant said...

assalamualaikum
saya nak tanya,saya dapat biasiswa zakat..saya anak asnaf tapi boleh ke saya ambil pinjaman ptptn..saya berapa tak faham..terima kasih :)

Anonymous said...

assalamualaikum
ustaz saya dh dpt biasiswa zakat..klau amik ptptn xboleh ke??saya tak berapa faham..lagipun saya anak asnaf