4/20/2011
Peraturan baru BWF wajar ditolak oleh Malaysia
Tindakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mewajibkan pemakaian skirt kepada pemain wanita bermula Siri Super Terbuka India 26 April hingga 1 Mei adalah sangat tidak wajar.
Malah alasan untuk menarik minat penonton adalah semata-mata atas tujuan eksploitasi wanita yang merupakan amalan jahiliyyah yang kini dibudayakan semula oleh Barat dan cuba dipaksakan ke atas negara-negara lain. Bagi negara-negara Islam yang menjadi kuasa besar dalam badminton khususnya Malaysia dan Indonesia sepatutnya bertegas dan menolak peraturan baru ini. Meskipun Malaysia rata-rata diwakili oleh kaum Cina@bukan Islam sahaja dalam sukan badminton namun mereka adalah wakil kepada sebuah negara Islam@umat Islam. Jika peraturan baru ini diterima sudah pasti ianya akan terus menghalang gadis-gadis melayu Islam yang menutup aurat untuk mewakili negara dalam sukan badminton pada masa akan datang. Kita perlu bertegas seperti Iran yang pernah memboikot sukan bolasepak remaja wanita dunia kerana di halang menutup aurat ketika bermain. Malah ketegasan sesetengah negara Islam telah memaksa badan sukan dunia membenarkan wanita muslimah menutup aurat dalam acara sukan wanita bertaraf dunia. Justeru saya sangat berharap pihak Mufti, Jakim dan para alim ulama turut mendesak supaya isu-isu berkaitan sukan seumpama ini diberikan perhatian agar imej negara di peringkat dunia dalam sukan lebih mencerminkan sebuah negara Islam dan bukannya negara sekular!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment