2/20/2013

Kisah Awal Surau Fatimah Az-Zahra



Sekadar berkongsi kisah silam…


Ketika awal berpindah dari inderapura ke Inderasempurna terasa agak sedih juga kerana terpaksa meninggalkan jamaah di Inderapura yang sudah umpama saudara. Lagipun di Inderasempurna suraupun masih berkunci belum dimulakan jamaah.
Setelah menetap di rumah baharu, saya berusaha bertemu dengan jiran-jiran untuk membuka surau, memasukkan elektrik dan mendapatkan kelulusan dari MPK. Alhamdulillah berkat usaha bersama2, surau dapat dibuka dan penduduk dapat mengerjakan solat berjamaah. Masa tu hanya dalam 20 orang yang berjamaah, sof pertamapun tidak penuh. Sehinggalah pihak jamaah merancang untuk membuat mesyuarat agung surau yang pertama bagi melantik jawatankuasa tetap bagi menggantikan ajk penaja surau. Apa yang mengejutkan saya ialah apabila ada seorang penduduk yang menyebarkan fitnah kepada saya dengan menuduh saya pemecah belah masyarakat. Beliau sanggup datang ke surau dan selepas solat memaklumkan kepada jamaah supaya jangan melantik saya menjadi ajk surau kerana telah memecahbelahkan masyarakat di Inderapura. Saya begitu terkejut apabila ada jamaah memaklumkan kepada saya akan fitnah tersebut…. Esoknya saya nekad berjumpa dengan hamba Allah tersebut dan selepas solat Isyak, kebetulan dia ada, saya pun bertanyakan betulkah apa yang dimaklumkan kepada saya oleh jamaah. Dia tergagap-gagap dan mula mengaitkan orang lain untuk melepaskan diri. Sayapun berkata kepadanya: Tidak mengapa, terima kasih atas fitnah tersebut kerana Nabi SAW pun menerima fitnah yang lebih besar semata-mata untuk bawa kebaikan!” Saya menambah lagi: “Cumanya kita sebagai orang berpelajaran janganlah buat seperti orang kampung.” Kemudian saya meninggalkannya yang terpingga-pingga mungkin tidak menyangka saya menyoalnya secara berdepan…
Akibat dari fitnah tersebut saya menyerahkan semua kunci sliding door kepadanya dan seorang lagi penduduk yang merupakan orang kuat **NO Inderasempurna (tetapi kedua-dua amat jarang ke surau). Saya juga mengambil keputusan tidak hadir mesyuarat agung surau kali pertama dan pergi bermain badminton di Cenderawasih bagi mengelakkan sebarang fitnah. Alhamdulillah mesyuarat berjalan lancar dan Ustaz Abdul Razak Busu dilantik menjadi pengerusi surau dan nama Surau Fatimah Az-Zahra telah dipilih….

1 comment:

Selipar Putih said...

menfithnah 2 lebih baik dri membunuh