Banyak pengajaran yang diperolehi semasa mengikuti perkhemahan Sahabat Masjid UMP bermula dari 14 - 17 Nov 08 yg lalu. Saya cuba menyenaraikannya supaya dapat berkongsi bersama dengan pengunjung ke Blog ini.
Sambil berseronok melalui aktiviti yang diatur sepanjang kem ini, jauh disudut hati saya berasa hiba dan sedih melihat surau dan masjid di Kg Bolok yang sepi di waktu solat lima waktu malah hampir tiada penduduk yang melaungkan azan. Dengan kehadiran kami dan pelajar ke sini meriahlah sikit masjid dan surau. Lebih menyedihkan ialah gelagat anak-anak muda yang begitu ghairah menari beramai-ramai diiringi band muzik secara live sempena majlis perkahwinan anak buah Tok 4. Tak silap saya mereka menyanyi sehinggalah ke pagi, tetapi bila masuk subuh tiada seorangpun datang solat berjamaah meskipun surau hanya 100 meter dari rumah mereka. Ya Allah kurniakanlah hidayahMu kepada mereka!
Akhirnya saya ingin mengungkapkan kekaguman terhadap En Abdullah pemilik Deerland yang berkorban masa dan wang ringgit untuk memelihara khazanah alam yang semakin pupus dinodai oleh manusia-manusia yang rakus tanpa bantuan kerajaan. Rusa, Ular, Beruang, Kera di Deerland sangat jinak kerana dibela oleh En Abdullah dan keluarganya begitu juga dengan tumbuhan herba yang dipelihara dengan baik di sini. Kepada mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini saya syorkan datanglah untuk melihat saki baki khazanah bumi Pahang yg entah bila akan dirampas oleh manusia zalim yang bertuhankan wang ringgit.
Begitulah sekelumit pengalaman berguna yang dilalui sempena Kem Saham kali ini yang bertemakan "Conference Of Nature". Tahniah SAHAM!
Saya agak kagum dengan keramahan dan kesungguhan memelihara adat yang di tunjukkan oleh penduduk Kg Bolok / Sokmek Lanchang. Kebetulan pula Tok 4 menjemput semua peserta Kem bersama menjayakan perkahwinan 2 orang anak buahnya. Kesempatan nilah saya dapat melihat kemeriahan majlis perkahwinan tersebut.
Tinggal di Homestay En Zul selama berada di sana juga cukup menarik kerana saya dan sahabat2 Pusat Islam UMP dapat melihat lebih dekat suasana kehidupan orang kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar dan keseronokan bekerja memelihara kambing, ayam dan ikan di kolam. Sepanjang berada di rumahnya En Zul dan isterinya memberikan layanan yang cukup mesra.
Saya dan Pelajar2 UMP yang mengikuti perkhemahan kali ini juga agak bertuah kerana banyak aktiviti yang dilaksanakan seperti motivasi bersama anak-anak penduduk kampung, aktiviti dakwah rumah ke rumah penduduk kampung, berjamaah dan bermalam di Masjid Kg Bolok, ceramah kesedaran Islam, melawati Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah, jungle trakking, menyumpit, bermesra dengan berbagai haiwan jinak di Deerland dan makan nasi yg dimasak dalam buluh.
Sambil berseronok melalui aktiviti yang diatur sepanjang kem ini, jauh disudut hati saya berasa hiba dan sedih melihat surau dan masjid di Kg Bolok yang sepi di waktu solat lima waktu malah hampir tiada penduduk yang melaungkan azan. Dengan kehadiran kami dan pelajar ke sini meriahlah sikit masjid dan surau. Lebih menyedihkan ialah gelagat anak-anak muda yang begitu ghairah menari beramai-ramai diiringi band muzik secara live sempena majlis perkahwinan anak buah Tok 4. Tak silap saya mereka menyanyi sehinggalah ke pagi, tetapi bila masuk subuh tiada seorangpun datang solat berjamaah meskipun surau hanya 100 meter dari rumah mereka. Ya Allah kurniakanlah hidayahMu kepada mereka!
Akhirnya saya ingin mengungkapkan kekaguman terhadap En Abdullah pemilik Deerland yang berkorban masa dan wang ringgit untuk memelihara khazanah alam yang semakin pupus dinodai oleh manusia-manusia yang rakus tanpa bantuan kerajaan. Rusa, Ular, Beruang, Kera di Deerland sangat jinak kerana dibela oleh En Abdullah dan keluarganya begitu juga dengan tumbuhan herba yang dipelihara dengan baik di sini. Kepada mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini saya syorkan datanglah untuk melihat saki baki khazanah bumi Pahang yg entah bila akan dirampas oleh manusia zalim yang bertuhankan wang ringgit.
Begitulah sekelumit pengalaman berguna yang dilalui sempena Kem Saham kali ini yang bertemakan "Conference Of Nature". Tahniah SAHAM!
5 comments:
askm ust,
Jumpa blog ustaz dari sahabat UMP jugak.Alangkah tidak beruntungnya saya dahulu tak pernah pun mengikuti program SAHAM ini.
Suka dengar ust bagi kuliah lepas solat zohor masa di ump dulu =).RAKSI tahun satu dahulu, sy bawah ust.
Wkmslmwrh.
Terima kasih atas kunjungan. Sekarang kat mana? Semoga terus berjaya di dunia & akhirat.
alhamdulillah
saya salah seorang peserta kem saham baru ni...
banyak benda yang saya belajar...
antara yang paling saya ingat
nikmat kesihatan hanya sekejap je allah boleh tarik dan boleh buat soerang hamba itu baring terkujur sehingakan x dapat berbuat apa2...
besarnya nikmat kesihatan yang Allah bg...
terima kasih ustaz....hantar saya ke hospital
:)=
salam
Ya Ustaz, badan sudah naik, kena banyak latihan.
Akhi Khairi, syukran jazilan atas nasihat anta, Insyallah ana usahakan. Anta di mana sekarang? Dtg Pahang boleh la contact ana.
Post a Comment