10/14/2009

Ulasan Bagan Pinang


Cadangan buat PAS yang kalah teruk dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

1. Akuilah bahawa PAS sememangnya telah kalah dan jangan terlalu kerap menyalahkan musuh. Sebaliknya akuilah kelemahan sendiri.

2. Kemenangan tidak selalunya berpihak kepada yang benar.Kerana ada kalanya kekalahan itu memang wajar sebagai satu bentuk tarbiah.

3. Janganlah selalu bersifat angkuh kerana ahli-ahli PAS sudah mula bersifat angkuh dan terkena penyakit ahli politik yang sombong dalam mengejar pangkat dunia dan kedudukan.
ﭧ ﭨ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭽ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠﯡ ﯢ ﯣﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ
4. Kekalahan di Bagan Pinang mungkin akibat dari ahli-ahli PAS yang meninggalkan solat ketika berkempen dan berkelakuan tidak beradab ketika berdepan penyokong lawan.

5. Zikir, taubat, solat malam mungkin diabaikan dan terlalu kurang di amalkan.

6. Waspadalah dengan budaya berpolitik yang mengejar jawatan (dalam pilihanraya) kerana ia lebih banyak menanamkan sifat takabbur dan melenyapkan rasa tawadhuk serta rendah diri. Inilah penyakit yang sudah mula merebak di kalangan wakil rakyat PAS.

7. Kekalahan mungkin juga disebabkan wujudnya bibit perpecahan di kalangan pemimpin PAS yang sering bertelagah pendapat (meskipun kononnya digambarkan sebagai sikap keterbukaan tetapi ia amat jelas bahawa tiadanya kesatuan hati).

8. Ingatlah musuh bukan menang dengan sebab kekuatannya tetapi ia menang dengan sebab maksiat dan kelemahan sendiri.

Moga PAS menerima kritikan saya ini dengan terbuka jika sekiranya mahu terus mara. Peliharalah Islam dalam diri maka akan tertegaklah Islam dalam negara. Perjalanan memartabatkan Islam bukan semudah yang disangka, ia adalah perjalanan yang sangat jauh........
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Nisa ayat 19 :
" Maka boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".

3 comments:

KOYAN said...

saya menyokong penuh pandangan ustad tuh...mungkin allah nak pelihara lagi sebahagian penyokong pas yang benar2 nak tegakkan islam, takut2 nanti menang lebih teruk pada umno. kebekangan ini pun kita tengok banyak kenyataan yang dikeluarkan sebahagian pemimpin seolah2 tidak menerima ketentuan allah....asyik nampak salah orang je..salah sendiri tak nampak....

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor said...

saya amat menghargai pandangan dan kupasan ust. saya mendoakan agar pesan-pesan ust ini akan tersebar dan mendapat perhatian pejuang Islam seluruhnya. saya turut menginsafi kelemahan saya. selamat berkenalan juga utk ust. saya dzul khairi, sekarang sbg ketua pemuda persatuan ulama malaysia

Zuridan Mohd Daud said...

Mungkin dengan cara teguran setelus dan setulus ini tanpa berselindung dapat memberi kebaikan demi kelansungan perjuangan Islam