Pada hari Sabtu 6 Ferbruari 2010 saya diundang memberikan ceramah kepada kakitangan bahagian jualan Bank Simpanan Nasional di Gambar Resort City Kuantan. Pada mulanya saya teragak-agak menerima jemputan ini kerana saya bukanlah penceramah terkenal untuk menyampaikan syarahan kepada pengarah-pengarah BSN seluruh Malaysia dan seramai 450 orang kakitangan yang terlibat. Gementar, takut dan tidak yakin berbaur di dalam diri dan saya hampir-hampir menolak jemputan ini kerana yang bakal turut serta ialah kakitangan non-muslim kerana saya risau mereka tidak selesa melihat kelibat ustaz yang memberikan ceramah nanti. Namun setelah mendapat pandangan dari pegawai BSN yang berhubung dengan saya dan cubaan memotivasikan diri sendiri sedikit berjaya, saya beranikan menerima jemputan ini dengan niat dan azam untuk menyampaikan dakwah dan berkongsi pandangan. Moga Allah jua membantu saya...
Alhamdulillah pada hari berkenaan saya ke GRC dan sebelum masuk ke Ball room tempat ceramah sempat saya mimum bersama dengan Ketua Eksekutif Datuk Adinan Maning dan pengarah-pengarah BSN negeri. Salah seorang pegawai kanan BSN sempat berbual dengan saya dan mengatakan lebih baik panggil imam-imam kampung je bagi ceramah kerana lebih sedap jika dibandingkan dengan sesetengah penceramah popular. Lagipun penceramah popular ini kenakan charge tinggi contohnya ...... yang mengenakan bayaran RM10k untuk sekali ceramah! kata pegawai tersebut.
Kira-kira jam 10.30 pagi ceramah saya dimulakan dan saya amat bersyukur kerana Allah SWT memberikan kekuatan kepada saya meskipun berhadapan dengan jumlah 450 orang kakitangan BSN yang pelbagai latarbelakang pendidikan, agama, bangsa dan juga fahaman politik. Ceramah tamat kira-kira jam 11.30am. Semoga Allah SWT membuka hati semua yang mendengar agar dapat menerima petunjuk-Nya.
Dalam perjalanan pulang, saya rasa kagum dengan perubahan yang berlaku di BSN kerana pihak pengurusan tertinggi sendiri sedar akan hakikat bahawa kakitangan BSN perlu dibangunkan juga aspek kerohanian dan sahsiah mereka supaya wujud keseimbangan dalam diri setiap kakitangan dan ini dapat menyumbang ke arah menaikkan lagi nama BSN.
Saya segera pulang ke rumah kerana ingin membuat persiapan memberikan motivasi kepada kakitangan sokongan BSN seluruh Pahang pada sebelah petang dan malam hari yang sama sempena Seminar Insaf Diri BSN Pahang selama 2 hari di Agro Semugi Resort Kuantan pada 6 & 7 Feb 2010.
3 comments:
Alfu mabruk ustaz...
A'kum ustaz,
Ana teringat pengalaman ana di Takaful Ikhlas dulu, bekerja dengan kebanyakan rakan2 senior atau junior yang berhijrah dari sistem konvensional kepada sistem Islam.
Ada kelas agama harian sebelum dan selepas waktu ofis, tazkirah mingguan, tadarus Quran harian Ramadhan, tazkirah Ramadhan waktu rehat dan kursus/latihan motivasi Islamik kepada semua staf.
Semoga pengisian rohani oleh pihak BSN ini merupakan titik tolak ke arah pengamalan yang lebih menyeluruh nanti.
Semoga Allah terus memberikan kita semua taufiq dan hidayah dalam mengamalkan Islam ini,amin.
tahniah atas usaha dakwah yang diselitkan..semoga allah memberkati setiap usaha dakwah ust...
Post a Comment