4/14/2010

Jatuh cinta lagi...awas mainan syaitan!

Saban hari saya disuakan dengan isu-isu rumahtangga. Ada yang mengadu sudah tak tahan hidup serumah dengan pasangan. Ada yang mengadu suami curang. Ada yang isterinya curang. Ada yang jatuh cinta kepada isteri orang. Ada yang jatuh hati dengan laki orang....Macam-macam hal, akhirnya yang merana anak-anak...Ibubapa jatuh cinta anak-anak terkapai entah ke mana. Kadang-kadang sengaja saya tidak menjawab talipon kerana bosan dengan isu-isu sebegini. Lagipun yang terlibat tu orang bijak-bijak pulak.

Pada hemat saya, isu ini makin banyak berlaku apabila jiwa manusia kosong, ibadah tidak ikhlas kerana Allah dan iman terlalu lemah. Jadi syaitan mudah memainkan peranan! Isteri yang dah berkorban puluhan tahun, mula dirasakan tidak banyak sumbangan. Suami yang dah berkorban puluhan tahun, mula dirasakan tidak serasi...tidak memenuhi cita rasa, tidak kuat agama, tidak pandai ambil hati. Sedangkan anak tetap menjadi, dah masuk 5-6 orang! Macamana baru rasa tidak serasi? Itulah agaknya bila metarial menjadi ukuran, harta, kecantikan serta tipudaya janji manis, akhirnya rebah ke alam yang penuh tipu muslihat syaitan. Syaitan memang kerjanya mahu memecahbelahkan cinta sejati, ukhuwwah dan persahabatan! Yang buruk dinampakkan baik, yang baik dinampakkan buruk!

Kepada para suami, janganlah biarkan diri hanyut bercinta dengan gadis lain sehingga lupakan anak dan isteri. Jika tak tahan, kahwinlah dengan anak dara atau janda dan bukan isteri orang! Jangan kita rosakkan rumahtangga sendiri diri dan kemudian runtuhkan pula rumahtangga orang lain...

Bagi sang isteri, kelembutan jiwa kita janganlah dibiarkan syaitan mengambil kesempatan. Lemah lembut lelaki lain, indah kata-katanya, manis mukanya, lawak jenakanya semuanya adalah permainan syaitan yang kita sendiri tidak tahu hakikat sebenarnya. Janganlah jatuh cinta pada orang lain, sedangkan kita ada suami yang sah....amat besar dosanya di sisi Allah.

Saya menulis coretan ini sebagai mengingatkan diri, supaya Allah lindungi dari situasi sebegini. Anak-anak, pengorbanan isteri atau suami mesti menjadi benteng menghalang berlakunya kecurangan! Paling kurangpun jagalah namabaik dan maruah diri.

Itulah nasihat saya kepada diri ini dan teman-teman semua, sebabnya saya sangat sedih merenung mata anak-anak yang bakal berdepan kekeliruan hidup setelah ibubapa berpisah kerana jatuh cinta lagi!!! Jika ada yang terkena janganlah berasa hati, anggaplah ia sebagai tazkirah yang hanya manfaatnya dirasai oleh mereka yang beriman di hati.

Ya Allah! Peliharanlah rumahtangga kami dan harga diri kami...Amin Ya Rabbal Alamin!

2 comments:

lyka said...

Sebagai manusia kita memang tak pernah puas dgn apa yg kita ada,walau pasangan kita hampir sempurna pun,kita masih lagi mencari kekurangannya.Itulah punca kekosongan hati,punca tawar hati kpd pasangan.Bila itu terjadi terpasanglah benang pada jarum sisyaitan.Waktu itu jika ada mencuit hatinya pasti nalurinya akan melonjak ,bak kata doktor naik tempreturenya.Ketika inilah syaitan memainkan peranannya....JATUH CINTA LAGI.Hancur satu lagi institusi keluarga.

Anonymous said...

Ya betul ustaz,
Saya dah merasainya. sangat terluka sehinggakan gugur anak dalam kandungan kerana stress.X girlfren suami yang alasannya mencari Allah datang kembali menggoda suami.Suami pun layan, isteri orang. Yang paling sedih, alasannya MENCARI ALLAH, dan pakai niqab rapat.MasyaALLAH. semua orang berbuat kesilapan, Hikmahnya, saya sedar diri bahawa IMAN itu adalah antara kita dengan ALLAH sahaja.Tapi beringatlah semua, mati nanti masing-masing tanggung akibat perbuatan sendiri. astaghfirullahal Aziim.