Akhirnya setelah mencetuskan fenomena 11/9, kini berjaya juga propagandis Zionis@USA menanamkan di dalam minda umat Islam sendiri bahawa sesiapa yang berimej serban dan janggut ala Osama Ladin adalah mereka yang ada potensi menjadi pengganas atau mereka adalah pengganas!
Malah hari ini muncul di kalangan orang Islam sendiri yang percaya bahawa gerakan pengganas adalah bermula di Masjid? Oleh itu ada sesetengah institusi yang memantau aktiviti solat berjamaah di Masjid-Masjid kerana mengikut andaian mereka apabila Masjid penuh dan imarah dengan jamaahnya maka potensi untuk munculnya gerakan pengganas adalah sangat kuat. Ada juga yang menasihati, pergi masjid boleh tetapi jangan dengar ceramah dan kuliah kerana ia bakal meracuni minda!
Agaknya inilah yang dirancang bertahun-tahun oleh Zionis, mereka pastinya amat faham bahawa penentang terkuat kepada gerakan jahat mereka adalah golongan kuat berpegang kepada agama, sepertimana yang dibuktikan di Palestin. Antara Hamas dan Fatah, Hamas adalah gerakan kebangkitan rakyat yang berpaksi kepada agama. Sebaliknya Fatah hanya bersendikan semangat nasionalis, maka sebab itulah mereka gagal menjarah bumi Gaza kerana di dalamnya adalah ribuan pemuda Hamas yang hafiz Al-Quran dan menjadi pejuang di barisan hadapan. Justeru strategi terbaik yg mereka fikir ialah mewujudkan persepsi dunia bahawa Hamas dan setiap yang berimejkan Hamas adalah pemberontak dan pengganas. Malah Musrsyidul Am Hamas, Syeikh Ahmad Yasin, seorang ulama, tok guru, khatib dan imam digambarkan sebagai peniup semangat kepada aktiviti keganasan dan akhirnya ia mati syahid oleh ledakan peluru helikopter zionis!
Persepsi ini terus ditiup ke segenap pelusuk dunia dan khususnya dunia Islam. Nah! Hasilnya kini, setiap yang pulang menadah ilmu di Timur Tengah mula diragukan status mereka. Setiap yang berusrah dan bertalaqqi ada potensi mengganas dan malangnya golongan kaki botol, kelab malam, tahi judi dan kaki betina tiada siapa yang peduli. Isu wahabi menjadi buah tanggung yang dieksploitasikan bagi melabelkan sesama Islam sebagai pengganas. Zionis pasti beraya sakan apabila sesama umat Islam saling mencurigai dan mereka lebih gembira kerana yang dicurigai itu adalah golongan ulama....kerana bagi mereka para ulama pejuang adalah penghalang terkuat kepada agenda jahat mereka.
Ketikamana Israel sedikit tertekan dengan bantahan dunia terhadap tindakan ganasnya ke atas Mavi Marmara, pastinya ia juga sedikit tersenyum kerana pemerintah di sesetengah dunia Islam sudah bergerak selari dengan agenda mereka! Oleh itu hati-hatilah bertindak, supaya jangan tersilap langkah menjadi agen talibarut Zionis tanpa disedari!
1 comment:
setuju!!
Post a Comment