7/19/2011

Ucapan Nabi SAW dipenghujung bulan Syaaban




قال سلمان الفارسي رضي الله عنه : خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم آخر يوم من شعبان فقال:" يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم مبارك، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر، شهرٌ جعل اللهُ صيامَه فريضةً وقيامُ ليله تطوعاً، من تقرَّب فيه بخصلةٍ من الخير كان كمن أدَّى فريضة فيما سواه، ومن أدّى فريضة فيه كان كمن أدّى سبعين فريضة فيما سواه . وهو شهرُ الصبرِ والصبرُ ثوابهُ الجنة، وشهر المواساة من فطّر فيه صائماً كان مغفرةً لذنوبهِ وعتقُ رقبته من النار وكان له مثلُ أجرهِ من غير أن ينقص من أجره شيئًا ". قالوا يا رسول الله ليس كلنا يجد ما يفطّر الصائم. فقال رسول الله :" يُعطي الله هذا الثواب من فطّر صائماً على تمرة أو على شربة ماءٍ أو مزقة لبن. وهو شهر أولُه رحمة وأوسطُه مغفرة وآخره عتقٌ من النار، ومن سقى صائماً سقاهُ اللهُ من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة ". رواه ابن خُزيمة في صحيحه

Salman al-Farisi RA berkata: Rasulullah SAW telah memberikan ucapan kepada kami pada hari terakhir bulan Syaaban: “ Wahai sekelian manusia! Telah datang kepada kamu bulan yang agung lagi diberkati, bulan yang terdapat padanya Lailatul Qadar, bulan yang dijadikan oleh Allah puasanya adalah kefardhuan dan Qiamullail nya sunat. Barangsiapa yang bertaqarrub padanya (Ramadan) dengan satu amalan kebaikan, amalan itu seumpama satu perkara fardhu yang dilakukan di luar Ramadan. Dan barangsiapa yang melakukan satu amalan fardhu maka seolah-olah dia telah melakukan 70 amalan fardhu di luar Ramadan. Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran ganjarannya adalah syurga. Ia juga adalah bulan persamaan, iaitu barangsiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, maka ia adalah keampunan untuk dosanya dan pelepasan dari api neraka dan baginya pahala seperti orang berpuasa yang tidak kurang sedikitpun”. Mereka (para sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah, tidak semua dari kami mampu memberikan sesuatu untuk orang berbuka. Jawab Rasulullah: “Allah kurniakan pahala kepada sesiapa yang menyediakan makanan berbuka (meskipun) dengan buah kurma, air atau campuran laban (susu). Ia adalah bulan yang awalnya adalah rahmat,pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pelepasan dari api neraka, dan barangsiapa yang memberikan air minum kepada orang yang berpuasa, Allah akan memberikannya minum dari telaga ku (al-Haudh), iaitu minuman yang menyebabkan hilang dahaga sehingga dia masuk syurga”. Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya.

1 comment:

~PM~ said...

Subhanallah....rindunya pada bulan Ramadhan. Ya Allah sampaikanlah kami kepada Ramadhan. Ameen