
Di atas sifat al-Rahman dan al-Raheem Allah SWT maka
diutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul terakhir yang membawa risalah
‘Rahmatan Lil ‘Alamin’ bagi memandu hidup manusia agar kembali kepada landasannya
yang sebena, kerana jika hanya akal dan nafsu sahaja dibekalkan kepada manusia
maka mereka pasti akan menempuh kehancuran justeru Allah SWT membekal ‘wahyu’
sebagai pemandu kepada akal dan nafsu dalam menterjemahkan nilai kehidupan yang
sebenar.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 107:
وَمَا
أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“Dan tidaklah Kami utuskanmu (wahai Muhammad) melainkan
menjadi Rahmat kepada seluruh alam”.
Islam sesuainya dengan maksudnya sejahtera adalah pelengkap kepada
ajaran Nabi-Nabi terdahulu yang kesemunya membawa risalah Rahmat dan membawa
kesejahteraan kepada hidup manusia.
Rahmat ertinya kebaikan, kemudahan, keringanan, kebahagiaan,
ketenangan dan kedamaian di dunia mahupun di akhirat. Ini jelas dibuktikan dalam
setiap syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Dalam soal aqidah, konsep
kepercayaan dan keyakinannya adalah begitu mudah dan dapat difahami oleh setiap
peringkat manusia yang berakal. Disebabkan soal aqidah adalah perkara prinsip
yang tetap dan tidak berubah maka Allah SWT telah menurunkan surah Al-Ikhlas
bagi menjelaskannya apabila pihak musyrikin Mekah bertanyakan Nabi SAW tentang
bentuk Tuhannya. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ikhlas ayat 1-4:
قُلْ
هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
اللَّهُ الصَّمَدُ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ
يُولَدْ
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ
كُفُوًا أَحَدٌ
Maksudnya: “Katakanlah! (Wahai Muhammad) Bahawa Dia
(Allah) adalah satu, Allah adalah tempat bergantung harap, tidak beranak dan
tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.
Aqidah Islam sangat mudah dipelajari dan begitu jelas tanpa
ragu-ragu dan ini berbeza dengan kepercayaan lain yang dicipta oleh akal
manusia yang sangat jelas begitu sukar difahami dan bersifat karut serta rekaan
semata-mata.
Dalam soal ibadah pula konsep Rahmat yang diterapkan adalah
sangat jelas sekali dalam semua bentuk ibadah yang disyariatkan. Sebagai contoh
ibadah solat, ketika Nabi SAW menerima perintah solat fardhu sebanyak 50 kali
sehari semalam, baginda telah memohon dari Allah SWT pengurangannya sehingga ke
5 waktu kerana bagi memberikan keringanan kepada umat manusia. Ibadah solat
juga boleh berubah sifat mengikut keadaan dan situasi bagi memberikan kemudahan
dalam melaksanakannya seperti solat dalam keadaan duduk, solat ketika perang,
solat jamak dan qasar . Dalam ibadah lain seperti keharusan berbuka puasa
ketika musafir atau bagi wanita yang hamil, mengunakan tayammun ketika tiada
air, keharusan memakan benda haram ketika dahrurah, kewajipan ibadah haji bagi
yang mampu sahaja dan sebagainya adalah lambang penerapan konsep ‘Rahmatan lil
‘Alamin’ dalam setiap hokum-hakam yang telah disyariatkan. Ini bertepan dengan
firman Allah SWT:
وَمَا
جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
Maksudnya: “Dan tidak Dia menjadikan dalam agama sesuatu
yang menyusahkan”.
Dalam urusan mualamat pula bagi menangani ketidakadilan
agihan sumber kekayaan dan bagi mengelakkan tipudaya dalam perniagaan maka
Islam telah mensyariatkan jual beli dan mengharamkan riba. Seterusnya
kefardhuan zakat disyariatkan bagi memastikan agihan kekayaan bukan sahaja
berlegar di kalangan orang kaya tetapi turut dapat dikecapi oleh mereka yang
fakir dan miskin.
Sifat Rahmat yang mewarnai Islam bukan sahaja dalam soal
aqidah dan ibadah malah ia turut menjadi asas dalam perlaksaan sistem ‘Uqubah
atau undang-undang. Ketikamana seorang wanita membuat pengakuan bahawa beliau
telah berizna dan bersedia untuk dihukum, Rasulullah SAW tidak menerima
pengakuan tersebut bulat-bulat malah menyiasatnya sehinggalah terbukti benar.
Kemudian apabila hendak dilaksanakan hukuman baginda SAW telah meminta para
sahabat tampil untuk menjadi penjamin agar anak wanita tersebut ada orang yang
menjaganya dan barulah hukuman dijatuhkan. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim rh:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ
الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ ،
وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ
، وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya
Allah SWT mewajibkan berlaku ihsan dalam setiap sesuatu, maka apabila kamu
membunuh maka bunuhlah dengan ihsan, apabila kamu menyembelih sembelihlah
dengan ihsan dan hendaklah kamu hendaklah tajamkan senjata kamu dan rehatkan
sembelihanmu”.
Islam adalah agama Rahmat untuk semua justeru kita
diperintahkan menyayangi keluarga, jiran tetangga dan anak-anak yatim. Kita
juga dituntut agar sentiasa bersedia membantu mereka yang ditimpa musibah
dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sifat belas kasihan
dan bersedia menolong bukan sahaja kepada sesama muslim malah terhadap golongan
bukan Islam dan bukan sahaja kepada manusia malah kepada binatangpun kita
dituntut untuk berbuat kebaikan. Disebut dalam kitab Riadhus Solihin bahawa
terdapat seorang wanita jalang yang kehausan lalu minum air dari sebuah perigi
dan kemudian dia terlihat seekor anjing yang kehausan tetapi tidak dapat minum
dari perigi tersebut. Lantas wanita tersebut mengamb
No comments:
Post a Comment