Kesempatan mengikuti aktiviti di Taman Negara pada 19 & 20 Jun 08 amat mengasyikkan dek pemandangan yang indah dengan aliran sungai dan lambaian rimba yang menghijau. Subhanallah!
Allah Taala menganjurkan supaya kita berjalan di muka buminya agar dapat melihat tanda-tanda kehebatannya pada penciptaan alam yang amat indah. Dengannya akan meningkat keimanan kepadaNya.
Cuma yang agak menyedihkan ialah Masjid dan surau kat sini kosong dari para jamaah(kecuali Jumaat). Ya, mungkin mereka sibuk menguruskan bisnes pelancongan mereka...Sayang sekali!
No comments:
Post a Comment