7/21/2009

Dilema seorang Daie...


Ada sahabat dakwah bertanya kepada saya mengapa ustaz ni banyak sangat berceramah dan tidak ikut serta berdakwah rumah ke rumah atau keluar di jalan Allah. Saya menjawab setakat ini itulah kerja dakwah yang saya termampu buat, Insyaallah saya berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada saya untuk lakukan yang terbaik dalam dakwah. Kemudian seorang sahabat yang lain pula berkata: Ceramah-ceramah ini tidak berkesan sama-sekali tetapi ziarah rumah ke rumah dan bertebaran seluruh dunia adalah lebih berkesan dan ikut sunnah. Terkedu juga saya mendengarnya. Namun demikian kenyataan itu adalah satu andaian sahaja kerana setakat ini tiada survey atau research yang membuktikan dakwah siapa yang lebih berkesan dan menyebabkan orang paling ramai datang ke Masjid atau surau. Bagi saya soal orang terima dakwah ke tidak itu sudah di dalam kuasa Allah, apa yang penting kita bekerja untuk Islam ke tidak? Saya bimbang kita yang berdakwah ini ada perasaan irihati, cemburu, buruk sangka dan saling merendah-rendah sesama pendakwah. Kemudian kita pula berbangga dan riak dengan apa yang kita buat. Apa yang dibimbangi ialah akhirnya nanti kita syok sendiri sedangkan apa yang kita buat hanya mendapat letih tanpa sebarang pahala. Para pendakwah tidaklah seharusnya memperlecehkan usaha sahabat-sahabat yang lain kerana saya amat berkeyakinan dengan suburnya perbagai program, aktiviti dan pengajian ilmu yang dijalankan oleh pelbagai jamaah Islam dan individu ulama lah yang telah menimbulkan kesedaran umat Islam untuk beramal dengan Islam. Ia bukanlah kerana kelebihan sesebuah kumpulan dakwah sahaja. Justeru tidak perlulah membuat dakwaan bahawa banyaknya ceramah, kuliah dan forum di Masjid-Masjid atau surau tidak memberi kesan kepada masyarakat. Malah saya amat yakin kemeriahan mana-mana masjid di tanahair kita adalah hasil wujudnya pelbagai aktiviti keilmuan yang dianjurkan. Apa yang penting semua orang kena buat kerja dakwah dan jangan tanya kenapa orang lain tidak buat seperti yang dia buat atau buat cara lain....kerana kita berdakwah adalah mengharapkan redha Allah dan bukannya redha manusia!

4 comments:

Abu Luqman said...

Kalau ada org terasa senang dgn cara ziarah, teruskan.

Suatu yg perlu diingat, jika setiap kali ziarah hanya menekankan kepada sekitar ajakan ke masjid, ditakuti lama-kelamaan org yg didakwah akan berasa jemu seterusnya menutup pintu jika ternampak mereka sebelum mereka mengetuk pintu.

Hakikatnya, hidayah itu dari Allah. Seperti yang kita biasa dengar, sampaikanlah apa yg kita tahu walaupun satu ayat. Sampaikan di sini tidak menyebutkan pendekatan manakah yg lebih bagus. Sebaiknya, gunakanlah apa jua medan yg kita mahir dalam berdakwah. Ada org dikurniakan kemahiran berceramah, ada org lebih senang dengan pendekatan penulisan, ada sebahagian lebih mantap sentuhannya dgn bersembang secara santai.

Yang penting adalah menyampaikan ajaran Islam.

Wallahua'lam

Anonymous said...

betul tu ustz.,

Islam tak berorientasikan Result... contoh mudah, kita ni pun belum tau masuk syurga atau neraka... tapi yang pasti, buatlah APA YG DISURUH ALLAH & TINGGALKAN LARANGANNYA... soal natijah syurga/neraka tu hak mutlak Allah..

begitu juga dlm berdakwah, buatlah kerja2 dakwah/mengajak manusia ke arah kebiakan, natijahnya nnt terserah pada Allah..

Dan lagi satu mcm ust. katakan, sepatutnya kita sesama daie ni jagi PELENGKAP antara satu sama lain.. bukannya PESAING! jgn terperangkap dengan mainan Syaitan & musuh Allah.. wAllahua'lam

Anonymous said...

Berdakwah dalam konteks dunia moden ini ada pelbagai. Kepelbagaian ini cumalah 'method' atau 'cara'. Matlamatnya tetaplah sama, iaitu mengajak manusia ke arah redha Allah.

Merendah-rendah usaha orang lain berdakwah adalah tak patut. Sepatutnya kita gembira melihat ramai manusia mengajak ke jalan Allah.

ps: Blogging juga sebahagian drpd usaha dakwah. Betul tak Ustaz?

Anonymous said...

Setuju!