7/10/2009

Sebaik-baik orang berdosa ialah ia bertaubat....


Kita, samada seorang ulama mahupun ustaz atau sesiapa sahaja seharusnya mengakui bahawa sebagai manusia kita pastinya memiliki sifat-sifat kelemahan. Manusia yang tidak mengakui kelemahan diri dan sering berprasangka buruk kepada orang lain hanya akan menyuburkan sifat sombong dalam dirinya. Orang yang sombong selalunya sukar menerima teguran, susah untuk belajar dan selalu melenting apabila ada yang lebih baik darinya. Justeru sewajarnya kita sebagai seorang yang berpengetahuan mengambil resam padi semakin berisi semakin tunduk. Islam telah mengajar kepada kita jika tersalah melakukan dosa samada bersifat kejiwaan seperti riak, hasad dengki, sombong dan takabbur atau bersifat fizikal seperti mengumpat, mencuri, menghina orang lain dan sebagainya jalan terbaik ialah dengan 1bertaubat. Taubat boleh dilakukan dengan menyesal, meninggalkan kajahtan dan berazam untuk tidak mengulanginya atau dengan cara solat taubat. Rasulullah s.a.w telah mengajar kita bagaimanakah caranya apabila kita melakukan dosa melalui sabdanya:

[مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا ثُمَّ يَقُومُ فَيَتَطَهَّرُ ثُمَّ يُصَلِّي ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلَّا غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الْآيَةَ { وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ } إِلَى آخِرِ الْآيَةِ] رواه الترمذي حديث حسن.
Maksudnya: Tidaklah seseorang itu apabila dia melakukan dosa kemudian dia bangkit berwudhuk kemudian ia solat lalu memohon ampun melainkan ia akan diampun oleh Allah. Kemudian baginda membacakan ayat ini: “Dan mereka yang apabila melakukan kesalahan atau menzalimi diri mereka terus mereka kembali mengingati Allah maka mohon keampunanlah untuk mereka”.

1 comment:

Anonymous said...

Salam Ustaz...

Bagaimana kalau selepas seseorg melakukan dosa kemudian bertaubat, tetapi kekadang manusia itu memang lemah, lalu dosa tersebut masih diulangi.

Tetapi hati masih tetap merasa bersalah lalu segera bertaubat lagi walaupun tahu barangkali dia akan mengulangi lagi dosa tersebut.

Adakah Allah menerima taubat sedemikian? Apa yg seharusnya dilakukan jika selepas bertaubat kita tahu mungkin ketika iman menurun, kita akan mengulangi dosa tersebut.