7/19/2009

Program Motivasi Pelajar SMAPT 09 berjaya...Alhamdulillah








Pada 18 Julai 2009 bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Jerantut Pahang telah mengadakan program berbentuk Motivasi Pelajar kepada pelajar-pelajar tingkatan 3,4 dan 5 SMAPT. Program yang julung-julung kali dianjurkan oleh bekas pelajar sekolah berkenaan adalah bertujuan memberikan kesedaran kepada para pelajar bagaimana untuk meningkatkan kecemerlangan diri dan juga kaedah melakukan persiapan menghadapi peperiksaan. Program yang bermula seawal pukul 8.30 pagi itu dimulai dengan ucapan pengerusi program Ustaz Tobroni Sahlan dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh Pengetua SMAPT Ustaz Harunrashid bin Zakaria kemudian disusuli dengan slot motivasi dan latihan dalam kumpulan. Pada sebelah petangnya diadakan perlawanan persahabatan bola tampar di antara pelajar dan bekas pelajar SMAPT. Di sebelah malamnya pula diadakan kuliah maghrib di surau lelaki dan surau perempuan. Program ini di akhiri dengan Forum Wacana Ilmu SMAPT 09 yang dibarisi tiga orang ahli panel iaitu Ustaz Muhammad Fadzilah Zulkefli Penolong Pengarah Jabatan Pelajara Negeri Sembilan, Ustaz Amri Abdullah Pegawai JAKIM dan Ustaz Zuridan Mohd Daud dari UMP yang tamat sehingga pukul 11.30 malam. Kesemua bekas pelajar yang terlibat dengan program ini sangat bersyukur kerana berjaya mengadakan program ini sebagai menghargai jasa sekolah dan guru-guru yang telah mendidik mereka sehingga menempa kejayaan di dalam hidup manakala bagi pelajar-pelajar yang terlibat menyertai program ini sangat teruja dan bertambah semangat untuk menjejaki kejayaan bekas-bekas pelajar SMAPT. Program ini juga mendapat sokongan padu dari pihak sekolah dan guru-guru SMAPT yang turut serta menjayakannya. Program motivasi pelajar seperti ini akan menjadi acara tahunan di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar dan bekas-bekas pelajar berkenaan bersedia melaksanakan aktiviti berkenaan tanpa mengharapkan bayaran malah mereka sendiri akan mendapatkan sponsor dan tajaan.











































5 comments:

al-mankaraqi said...

Assalamu'alaikum.

Salam Isra' Mikraj.

almankaraqi.blogspot.com

Anonymous said...

Tahniah atas program. Diharap bukan yg pertama dan terakhir. Bersamalah berbakti untuk sekolah lama.

Saya tak sempat untuk berbakti lagi walaupun balik baru ni ke SMUPT (nama lama) untuk kutip data bagi tesis PhD.

Mr Z

Al-Teminie said...

Terima kasih Mr Z...Siapa ye? Ana harap anta boleh sumbangkan kepakaran untuk SMUPT bersama kami.

Anonymous said...

Kalau ada kelapangan saya akan cuba sumbangkan apa yg ada. Che Aziz tahu saya.

Mr Z

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Sy mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua fasilitator yg sudi menguruskan program ini dengan jayanya tanpa meminta sebarang bayaran pun drpd kami.

Sy sbagai pelajar senior di sekolah SMAPT ini sgt2 berminat kalau-kalaulah sy pun boleh buat mcm ustaz pd suatu hari nnt..

Mmad