2/20/2008

Muhasabah Diri


Apabila tibanya tahun baru bermakna bertambahlah usia kita. Ia juga bererti helaian catatan perjalanan hidup kita pada tahun yang lalu turut berlalu tanpa dapat kita pastikan apakah ia dipenuhi dengan perkara-perkara kebaikan atau sebaliknya.Ia juga bermakna usia kita semakin bertambah.Bagi seorang muslim yang prihatin, pastinya perjalanan hidup yang telah lalu sentiasa dimuhasabah dan direnung. Agar perjalananan seterusnya benar-benar berada di landasan yang betul dan tidak terpesong. Ini adalah kerana jiwa manusia sangat cepat berubah. Ada ketika baik dan ada ketika tidak. Malah kecenderungan untuk melakukan perkara terlarang lebih kuat dorongannya.
Firman Allah Taala yang bermaksud: (( Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), Karena Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyanyang )). Surah Yusof : 53
Justeru, adalah menjadi suatu kemestian bagi kita yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah Taala membuat muhasabah atau koreksi diri bagi menilai sejauhmana peningkatan diri kita khususnya di dalam melaksanakan perintah Allah Taala dan menuruti sunnah Nabi s.a.w.

No comments: