Menelaah ulasan dan pendapat pelbagai pihak terhadap isu penderaan dan pencabulan terhadap kanak-kanak, teringat saya kepada kekecohan yang melanda negara ekoran meningkatnya jumlah tragedi rogol satu ketika dahulu. Rata-rata pendapat orang ramai mendesak supaya pelaku jenayah tersebut dikenakan hukuman berat. Hingga ada yang menyarankan supaya kemaluan perogol dikasi. Malah ada yang mendesak supaya dibunuh sahaja. Juga terdapat cadangan orang ramai supaya perogol disebat di hadapan khalayak ramai. Kini jenayah rogol dilaporkan semakin meningkat. Dari empat orang wanita dirogol setiap hari pada tahun 2003 melonjak kepada 8.5 orang wanita dirogol setiap hari pada tahun 2007 sebagaimana yang dilaporkan kepada Perdana Menteri oleh pihak PDRM.
Menariknya apabila tragedi yang menimpa adik Nurin berlaku, sekali lagi berkumandang suara dari orang ramai supaya penjenayah yang mencabul dan membunuh Nurin dengan kejam dikenakan hukuman yang berat sama seperti cadangan yang pernah diutarakan dalam isu rogol tadi. Kini kita digemparkan pula dengan tragedi menimpa adik Sharlinie yang diculik dan dibimbangi apa yang menimpa adik Nurin akan berulang sekali lagi.
Biasanya pada masa aman manusia menganggap hukuman berat seperti sebatan, kasi hinggalah bunuh adalah suatu yang kurang wajar diamalkan dalam masyarakat yang bertamadun. Selalunya kita berpendapat bahawa pelaku jenayah seharusnya diberikan kaunseling dan terapi supaya ada ruang bagi mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Tetapi apabila tragedi yang kejam seperti cabul, rogol dan bunuh berlaku seperti yang semakin menjadi-jadi sekarang, naluri manusia berubah kepada mewajarkan sebarang tindakan yang pada asalnya dianggap kejam. Malah jika ditanyakan sanubari keluarga kepada mangsa yang terlibat pastinya hanya satu jawapan yang akan diberi iaitu bunuh sahaja si perogol itu!.
Dalam situasi sekarang kewajaran mengenakan hukuman berat ke atas penjenayah kejam secara tidak lansung menyokong kebenaran Islam dalam menyediakan hukuman yang amat berat kepada pelaku-pelaku jenayah syariah. Meskipun ramai yang masih kabur mengenai undang-undang syariah yang menetapkan bentuk hukuman berat seperti sebatan kepada penzina, memotong tangan bagi pencuri dan bunuh bagi jenayah bunuh namun jika ditanya suara hati mangsa dan keluarga mangsa pastinya hukuman ini amat wajar kepada pelaku jenayah. Rogol boleh diketagorikan sebagai jenayah zina di mana pelaku rogol yang akan dikenakan hukuman.
Namun demikian perlu juga diingat bahawa sebelum Islam membicarakan soal hukuman berat, Islam sebenarnya amat menekankan soal langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya kerana mengelakkan kejadian berlaku adalah lebih baik daripada menjatuhkan hukuman. Justeru lahirlah satu kaedah iaitu : “al-wiqoyah khairun minal ‘ilaj” yang bermaksud ‘mencegah lebih baik dari merawat’. Pendekatan ini dapat diselami melalui Firman Allah Taala yang bermaksud: ((Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk)). Surah Al-Isra : 32
Ayat di atas secara mafhumnya memberikan panduan dalam menghindarkan berlakunya zina iaitu dengan memastikan segala aktiviti yang mendekatkan atau membawa kepada perzinaan hendakalah dihindari lebih awal. Melalui penelitian terhadap ayat ini para ulama telah menggariskan satu kaedah fiqh iaitu ‘Sad Al-Dzara’ie’ yang bermaksud menutup pintu yang membawa kepada kemudaratan. Justeru Allah Taala menegaskan “Janganlah kamu menghampiri zina”. Jika kelakuan yang menghampirkan kepada zinapun ditegah apatah lagi perzinaan itu sendiri.
Sementara itu di dalam ayat lain Allah Taala berfirman yang bermaksud: ((Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka rotanlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali rotan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya menghalang kamu untuk melaksanakan agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman ke atas mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman)). Surah An-Nur: 2.
Ayat di atas merupakan salah satu dari ayat yang menceritakan hukum Allah Taala yang digelar sebagai hukum Hudud. Zina dianggap sebagai salah satu daripada tujuh kesalahan Hudud dalam Islam. Hudud merupakan undang-undang Allah yang dinyatakan secara terang dalam al-Quran berkenaan jenis kesalahan dan bentuk hukumannya. Ia merupakan hak mutlak Allah Taala dan manusia ditegah samasekali masuk campur merubah hukum-hukum tersebut.
Ayat di atas juga meskipun menceritakan tentang hukuman penzina, namun ia sebenarnya menjelaskan kaedah pencegahan dari berlakunya perzinaan secara berleluasa. Dari segi psikologinya mereka yang terlibat dengan jenayah hanya akan takut melakukannya apabila mengetahui betapa berat dan peritnya hukuman yang menanti. Penjenayah juga akan hilang naluri jenayahnya apabila melihat dengan mata kepala sendiri bagaimanakah hukuman dilaksanakan. Justeru itulah ayat di atas menyatakan perlunya hukuman kepada penzina (termasuk jenayah hudud yang lain) dilaksnakan secara terbuka agar dapat ditonton oleh orang ramai. Ia bukan untuk mengaibkan tetapi menimbulkan kegerunan di kalangan masyarakat lantas boleh menghalang berlakunya jenayah.
Di dalam menangani isu zina, rogol dan cabul sewajarnya kita cuba menghayati apa yang telah diajar oleh Allah Taala seperti yang telah dihuraikan di atas. Sebaiknya kita jangan cepat melatah apabila berlakunya jenayah berat, sepertimana yang berlaku kepada adik Nurin dan adik Sharlinie. Lebih malang apabila ramai di kalangan kita yang menyalahkan ibubapa. Sedangkan persekitaran, penguatkuasaan undang-undang dan sistem hidup hari ini tidak pernah dipersoalkan. Cuba lihat bagaimana suasana kehidupan hari ini yang seolah-olah sengaja menyuburkan perlakuan maksiat dan jenayah. Rancangan televisyen, konsert, persembahan ratu cantik, pergaulan bebas dan melampau di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta media cetak yang seolah-olah mempromosikan keghairahan seks melalui gambar-gambar separuh bogel artis-artis dan model-model tempatan mahupun luar negara. Dulu persembahan artis ada etikanya. Seperti tidak boleh berambut panjang bagi artis lelaki dan tidak boleh berpakain menjolok mata bagi artis wanita. Tetapi semua ini tidak lansung dipatuhi dan tiada sebarang penguatkuasaan. Cuba lihat pula rancangan televisyen yang semakin berani mempromosikan adengan berpeluk dan bercium. Ditambah pula dengan filem-filem yang tiada lansung mengenal erti halal dan haram. Malah ada pelakon yang mendakwa mereka ikhlas berlakon adengan peluk cium dan berpakaian separuh bogel. Sedangkan ia bercanggah sama sekali dengan adat budaya melayu dan seolah-olah sengaja mahu menyanggahi pendekatan Islam Hadhari yang di perkenalkan oleh kerajaan.
Cuba bayangkan jika sebuah bangunan yang sedang dibina oleh sepuluh orang buruh dan dalam masa yang sama dirobohkan oleh seratus orang buruh yang lain. Bilakah bangunan akan siap. Mungkin begitulah perumpaan kita hari ini. Sedang ada pihak yang begitu prihatin soal nilai sahsiah dan modal insan ada pula pihak yang kerjanya siang malam menyuburkan maksiat dan mungkar. Malah aktiviti maksiat dan mungkar mendapat promosi yang lebih meluas lagi.
Kesimpulannya, di dalam menangani isu jenayah seumpama isu Nurin Jazlin yang dicabul dan dibunuh dengan kejam, sewajarnya kita mengambil pendekatan menutup sebarang ruang dan jalan yang membawa kepada gejala tersebut. Seharusnya pub-pub, pusat-pusat judi, rumah-rumah pelacuran, disko-disko dan semua tempat maksiat samada berlesen atau tidak mestilah dihapuskan serta merta. Kerana suburnya tempat-tempat ini adalah punca segala macam bala yang menimpa masyarakat kita. Hasrat melahirkan sebuah negara Malaysia yang berteraskan pendekatan Islam hadhari hanya akan menjadi slogan yang hanya sedap diungkap di mulut tetapi apabila dilihat dengan mata ianya amat memedihkan.

No comments:
Post a Comment