Tarikh: 3 Nov 2007
Program: Kembara Persona Insan 07.
Tempat: Persona Resort Kuala Tahan, Taman Negara, Jerantut.
Program: Kembara Persona Insan 07.
Tempat: Persona Resort Kuala Tahan, Taman Negara, Jerantut.
Saya sampai di Chalet Pesona pada jam 10malam. Sesampai di Persona Resort Kuala Tahan, saya dan ustaz Abdu dijamu makan malam. Menu biasa sahaja macam masak kat rumah. Kami database ang ke sini kerana menghadiri Kem Persona Insan 07 yang dianjurkan oleh Sahabat Masjid SAHAM.
Pada hari Sabtu saya solat subuh jam 6.15pagi bersama peserta-peserta kem. Lewat sikit kerana peserta lambat bangun sebab tidur lebih kurang pukul 2.30pagi. Sepatutnya aktiviti malam hari ditamatkan awal utk memberi ruang tidur awal. Namun keghairahan mengadakan program menyebabkan terlewat menamatkannya.
Pada waktu pagi lebih kurang jam 8.30am saya menyertai aktiviti Canopy Walk bersama-sama semua peserta. Ketika menaiki bot menuju check point di Canopy Walk kenangan lampau menerjah ruang fikiran. Saya pernah tinggal di Kuala Tahan pada tahun 1975-1977 kerana arwah ayah pernah menjadi guru besar di Sk Kuala Tahan.
Ketika menunggu giliran menaiki Canopy Walk peserta sempat mendengar tazkirah dari Sufi & Cik Mazni yang menyentuh soal menghayati keindahan alam ciptaan Allah dan perlunya bergantung denganNya.
Waktu Maghrib saya,ustaz Abdu & ustaz Amidi, ke masjid Kuala Tahan. Di masjid ada seorang sahaja jamaah yg sudah selesai solat. Kamipun solat jamak dan bila selesai solat kamipun berkenalan dgn ahli jamaah yang seorang. Namanya Haji Jamal bin Hamzah. Kami tanya beliau tentang jamaah yang solat. Beliau kata hanya dia dan isteri sahaja yang solat berjamaah di masjid tu. Memang tak ada orang lain. Pengerusi masjid ialah ketua pemuda Umno Kuala Tahan. Imam pula memang sangat jarang ke masjid. Saya ajukan soalan kepada beliau bagaimana pula dengan keadaan sosial masyarakat khususnya remaja? Jawabnya: Masjid inilah yang menjadi ukuran, masjid kosong menunjukkan jiwa masyarakat yg kosong dan banyaknya masalah sosial.
Pada hari ketiga 4 Nov 2007, barulah saya perasan selama 3 hari dua malam saya tinggal di Kuala Tahan ini tiada lansung kedengaran bunyi azan. Seolah2 berada di Perkampungan bukan Islam. Cuma yg dengar hanya azan dari PDA saya. Agak sedih kerana inilah pertama kali saya tinggal di sebuah tempat yg tiada lansung kedengaran azan solat lima waktu. Surau baru yang dibina berhampiran Chalet kami tiada lansung jamaah. Nasib baik pemandu2 UMP bermlm di situ. Dapatlah dihidupkan jamaah.
Demikianlah sedikit coretan perjalanan Kem Persona Insan 07 yang banyak meninggalkan kenangan manis.
No comments:
Post a Comment