10/07/2008

Aidilfitri 1429H tinggal kenangan

Raya kali ni alhamdulillah mcm dulu2 juga. Tapi hati sedih sebab terasa terlalu cepat masa berlalu, tgh syok beribadah di bulan Ramadhan, tibalah pula Syawal, kemudian hari ni dah masuk kerja semula. Masyaallah cepatnya masa berlalu. Bertambah sedih bila lihat Masjid dan Surau kembali lengang..ke mana agaknya mereka yang ramai dulu pergi?

Raya kali ni seperti biasa hari pertama kat Temin lepas solat sunat Aidilfitri ziarah kubur arwah ayah dan kemudian ke rumah sedara mara di Temin, hari kedua ke Lubuk Kulit ziarah bapa2 saudara & kubur tuk nenek moyang. Raya ketiga ke Kg Alai Melaka dan raya kelima balik semula ke Inderasempurna.

Raya kali ni mengembalikan ingatan silam di Sek Men Agama Pulau Tawar bila bertemu sahabat lama spt Ust Tobrani, Ust Mat Fadhilah, Bro Suhaimi Salam dan Bro Ropi, yang lain tak sempat jumpa...Insyallah niat di hati nak ziarah bekas Guru-Guru yang byk berkorban, kerana tanpa mereka siapalah kita.








No comments: