Menjadi fenomena biasa hari ini di mana bila tibanya hariraya maka semua umat Islam mempamerkan kegembiran dengan pelbagai cara dan ragam. Namun kegembiraan ini sewajarnya sentiasa berada di bawah kepatuhan kepada hukum halal dan haram. Kerana jika tidak kegembiraan kita hanya mengundang kemurkaan Allah Taala. Antara amalan salah yang dilakukan pada hariraya ialah:
1) Tidak bangun untuk solat subuh ke masjid atau berjamaah. Kedapatan di kalangan umat Islam yang terus tidak solat subuh kerana keletihan dan kelewatan tidur akibat berjaga menyiapkan juadah hariraya. Ini semua adalah berdosa di sisi Allah Taala.
2) Tidak mendengar khutbah hariraya. Sebaik sahaja selesai solat Aidilfitri ada di kalangan kita yang terus sahaja pulang ke rumah tanpa mendengar khutbah sedangkan khutbah adalah rukun kepada solat sunat hariraya. Maka tiadalah ganjaran pahala bagi mereka yang terus sahaja pulang tanpa mendapat ilmu dari khutbah yang disampaikn.
3) Amalan menziarahi kubur perlulah tidak dianggap sebaik agenda utama hariraya. Kerana menziarahi kubur adalah digalakkan pada bila-bila masa sebagai satu cara mengingatkan kematian di samping dapat mendoakan penghuni kubur. Namun jika tidak menghalang sambutan hariraya ia boleh dilakukan sebagai mengambil peluang berkumpulnya sanak saudara di hariraya.
4) Kedapatan juga di kalangan umat Islam yang ghairah bersalaman semasa bukan muhrim atas alasan untuk bermaafan sedangkan ia menyanggahi syariat Islam. Sewajarnya bagi lelaki dan perempuan yang bukan muhrim seperti antara sepupu lelaki dan perempuan, teman sekerja, rakan sekolah dan sesiapa sahaja, cukup sekadar mengucapkan maaf dimulut ketika bertemu. Suasana bersalaman lelaki perempuan bukan muhrim ini makin menjadi-jadi kerana sering diwar-warkan di dalam media massa. Sedangkan media massa sepatutnya menghindangkan budaya dan adat yang selari dengan kehendak Islam dan bukan sebaliknya.
5) Di hariraya juga kedapatan umat Islam khususnya kaum wanita yang keluar rumah dengan memperagakan pakaian baru tanpa menutup aurat. Amalan ini adalah hasil daripada sikap memandang rendah soat tuntutan menutup aurat. Amat malang sekiranya di hariraya wanita Islam keluar mendedahkan aurat atau berpakaian menjolok mata yang bukan sahaja mengundang dosa untuk dirinya malah setiap mata lelaki ajnabi yang melihatnya pasti akan memberikan saham dosa percuma bagi wanita tersebut.
6) Dalam pada itu hariraya juga sering digunakan untuk menonton rancangan hiburan di televisyen. Ramai di kalangan umat Islam dan anak-anak mereka menghabiskan masa di depan televisyen menonton hidangan rancangan hariraya yang majoritinya tersasar dari syariat Islam sedangkan hariraya ialah saat terbaik menziarahi sanak saudara dan rakan-taulan untuk bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim.
7) Meninggalkan solat fardhu kerana melakukan ziarah hariraya. Ini adalah fenomena yang sedang berkembang di kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Hariraya dijadikan tiket untuk tidak solat dan dijadikan alasan untuk melakukan apa sahaja.
Demikianlah beberapa amalan salah yang sering dilakukan oleh umat Islam apabila menyambut hariraya. Bagi membetulkan keadaan ini ibubapa seharusnya berusaha mencorakkan budaya yang betul dan selari dengan Islam ketika bergembira di hariraya.
Pihak kerajaan juga seharusnya mengawal rancangan hiburan hariraya di media massa yang sebahagian besarnya tidak banyak membantu umat Islam untuk menghayati erti sebenar kemenangan umat Islam. Hariraya Aildilfitri hanya akan menjadi sia-sia jika beberapa amalan yang telah dinyatakan terus dilakukan oleh kita.
Sabda Rasulullah s.a.w:
لِلصَّائـِم ِفـَرْحَتـَان يـَفـْرَحُهُمَا، إذ َا أفـْطـَرَ فـَرِحَ بـِفـْطِرِهِ، وَإذ َا لـَقِيَ رَبـَّهُ فـَرِحَ بـِصَوْمِهِ
Maksudnya: ” Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka (atau hariraya) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak". Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

No comments:
Post a Comment