9/10/2008

TAZKIRAH RAMADHAN : ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN.


Bagi menjamin wujudnya kesan yang baik ketika membaca Al-Quran kita perlulah menjaga adab-adab yang telah ditetapkan oleh syarak. Keghairahan membaca Al-Quran adakalanya boleh menjadi dosa sekiranya kita tidak menjaga adab-adab bacaan sepertimana yang dijelaskan oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Antara adab-adab yang perlu dipelihara ketika membaca al-Quran ialah:

1) Mengikhlaskan niat membaca Al-Quran kerana Allah Taala.

Firman Allah Taala yang bermaksud: (( Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus)). Surah Al-Bayyinah : 5.

Sabda Rasulullah s.a.w:

اقـْرَءُوا القـُرْآنَ وَابـْتـَغـُوْا بـِهِ وَجْهَ اللهِ عـَزَّ وَجـَلَّ مِنْ قـَبـْل أنْ يـَأتِيَ قـَوْمٌ يـُقـِيْمُوْنـَهُ إقـَامَة َ القـَدَحِ يـَتـَعَّجـَلـُوْنـَهُ وَلا يَتـَأجَّلـُوْنـَهُ

Maksudnya: “ Bacalah Al-Quranul Karim, dan bacalah kerana Allah Azza Wajalla sebelum datangnya satu kaum yang menjadikannya seperti cerek memasak air, membaca tergesa-gesa(kerana dunia) dan tidak melambatkan bacaan (teliti)”. Hadis riwayat Imam Ahmad.

2) Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk, berusaha memahami maknanya dan merasakan seolah-olah Allah Taala sedang berbicara dengannya. Kerana Al-Quran adalah merupakan Kalamullah.

3) Membaca Al-Quran dalam keadaan bersih dan berwudhuk.

4) Tidak membaca Al-Quran di tempat yang kotor seperti di bilik air.

5) Membaca al-Isti ‘azah iaitu أعوذ يالله من الشيطان الرجيم sebelum membaca Al-Quran. Ini berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud: (( Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk )). Surah An-Nahl : 98.

6) Membaca Bismillah iaitu ketika sebelum membaca Al-Quran di awal surah. Jika dimulai bacaan di pertengahan surah memadai dengan membaca al-Isti ’azah sahaja. Kecuali surah At-Taubah tidak dibaca Bismillah di awal surah.

7) Memperbaiki bacaan dengan berusaha mematuhi hukum tajwid dan mengelokkan suara ketika membaca. Sabda Rasulullah s.a.w:

مَا أذِنَ اللهُ لِشـَيْءٍ (أي استمع لشيء) كـَمَا أذن لِنَبـِيٍّ حُسْنَ الصَوْتِ يـَتـَغـَنـَّى بـِالقـُرْآنِ يـَجـْهـَرْ بـِهِ

Maksudnya: ((Allah tidak membenarkan sesuatu sepertimana ia membenarkan Nabi mengelokkan suara ketika membaca Al-Quran dengan suara yang tinggi)). Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Jabir r.a juga pernah berkata: ((Aku mendengar Nabi membaca Al-Quran surah At-Tur di waktu Maghrib dan aku tidak dengar ada orang yang membaca lebih baik daripadanya)). Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Namun demikian seseorang yang membaca Al-Quran hendaklah sentiasa memastikan agar bacaannya tidak mengganggu orang yang sedang solat atau sedang tidur.

8) Hendaklah membaca secara tartil yakni secara dengan tertib, tidak terlalu cepat dan tidak tergesa-gesa. Ia akan membantu untuk menambahkan lagi kefahaman kepada makna ayat dan menimbulkan ketenangan jiwa. Firman Allah Taala:
È@Ïo?u‘ur tb#uäöà)ø9$# ¸x‹Ï?ös? ÇÍÈ
Maksudnya: (( Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan)). Surah Al-Muzammil:4.

Imam Bukhari meriwayatkan:

عن أنس بن مالك رضي الله عنه أنـَّهُ سُئـِلَ عـَنْ قـِرَاءَةِ النبي صلى الله عليه وسلم فقال: كـَانـَتْ مَدًّا ثـُمَّ قـَرَأ بـِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَحِيْم يَمُدُّ بسْمِ اللهِ وَيـَمُدُّ الرَحْمن وَيـَمُدُّ الرَّحِيْم.

Maksudnya: (( Anas bin Malik r.a menceritakan bahawa ia pernah ditanya tentang cara Nabi Muhammad s.a.w membaca al-Quran. Katanya: Bacaannya adalah ‘Mad’ (panjang). Nabi s.a.w membaca Bismillahirrahmanirrahim. Baginda memanjangkan Bismillah kemudian memanjangkan Ar-Rahman dan memanjangkan Ar-Rahim )). Hadis riwayat Imam Bukhari.
9) Melakukan sujud tilawah ketika membaca ayat-ayat yang disunatkan sujud apabila membacanya. Setelah membaca ayat berkenaan maka hendaklah bertakbir dan terus sujud sambil membaca :

سُبْحـَانَ رَبـِّيَ الأعـْلـَى وَبـِحـَمْدِهِ

Kemudian bangkit dari sujud tanpa perlu memberi salam dan kemudian teruskan bacaan Al-Quran.

Demikianlah beberapa adab yang perlu dipelihara ketika membaca Al-Quran, khusunya pada bulan Ramadan yang merupakan bulan Al-Quranul Karim. Mudah-mudahan kita dapat menghayatinya dengan baik dan dapat membudayakan amalan membaca dan menghayati Al-Quran di dalam kehidupan seharian kita.

2 comments:

faisol said...

terima kasih sharing info/ilmunya...
saya membuat tulisan tentang "Benarkah Kita Hamba Allah?"
silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/09/benarkah-kita-hamba-allah-1-of-2.html
(link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link benarkah kita hamba Allah?)

Apakah Allah juga mengakui bahwa kita adalah hamba-Nya?

semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/

Zuridan Mohd Daud said...

Jazakallahukhairan...