1/29/2009

Catatan Dakwah Petang Rabu

Pada 28 Jan 2009 kira-kira jam 6.45 ptg, saya, Wan dan Duan sempat membuat sedikit usaha dakwah kepada anak-anak muda di Inderasempurna. Meskipun rasa sukar untuk lakukan usaha ni tetapi dalam hati terus berbisik 'Apakah sumbangan untuk dakwah kepada Islam? Kalau para Ustaz asyik berceramah di Masjid & surau sahaja sampai bilakah dakwah akan menembusi lorong-lorong di mana anak-anak muda melepak?

Pada petang tersebut kami sempat bertemu dan menyampaikan mesej dakwah kepada 4 orang remaja yang terdiri dari seorang perempuan dan tiga lelaki yang sedang melepak. Setelah salam diberi kamipun berkenalan ringkas dengan mereka. Kemudian kami mempelawa mereka ke Surau dan mengajak mereka mengamalkan ajaran Islam. Kemudian kami beredar dan cuba menjejaki mat-mat rempit yang merayau-rayau di kwsn perumahan. Namun hingga hampir dengan Maghrib kami tidak berpeluang berbicara dengan mat-mat rempit ni kerana mereka terus mundar-mandir di atas motor masing-masing tanpa berhenti. Insyallah minggu depan kami akan menjejaki mereka semula....

2 comments:

fizt said...

assalamu'alaikum ustaz..
saye student ump..n jugak penduduk inderapura sendiri..kalo boleh..saye nak mintak cadangna dr ustaz care nak dekati kawsn kejiranan sy ni..honestly..mmg sakit mate kalo tgk kawan2 sy yg kuat melepak dr lewat ptg n sambung pulak sampai tgh malam kt tepi2 longkang perumahan tu..ape yg sy dapati remaja kat inderapura agak kurang kpd pendedahan agama (walaupun x smua).wallahu 'alam.

Al-Teminie said...

Waalaikum salam wrh, terima kasih atas keprihatinan saudari...student UMP? Ada saya ajar ke? Saya duduk kat Inderasempurna juga dulu. Berkenaan dengan isu lepak ni septutnya pihak surau/KRT adakan aktiviti bermanfaat buat diaorang. Dulu saya pernah hidupkan aktiviti usrah remaja & kem remaja, alhamdulillah ada respon. Agaknya suadari kena ajak kawan2 yg sama2 ada kesedaran hidupkan usrah remaja perempuan kat sana dan saya bersedia untuk membantu memimpinnya. Tq