1/19/2009

PR P36; Pengajaran buat 'Ulul Al Bab'!



Keputusan Pilihanraya Kuala Terengganu sudah diketahui. Kemenangan calon PAS sudah diramalkan oleh banyak pihak khususnya di kalangan ahli akademik yang membuat kajian tentang pilihanraya Kuala Terengganu secara khusus. 3 hari sebelum pengundian saya telah dimaklumkan oleh seorang Profesor dari Universiti Malaya yang turut berkampung di Kuala Terengganu bahawa BN menuju kekalahan kerana rata-rata petugas BN di kalangan pimpinan tidak yakin akan menang. Ditambah dengan isu calon yang kurang mesra rakyat.
Apa yang menarik, setelah melakukan survey, Profesor berkenaan mengatakan bahawa jentera pilihanraya PAS sangat tersusun dan bersemangat berbeza dengan jentera BN yang bekerja seperti digaji. Ditambah lagi dengan sokongan luar biasa golongan Cina bandar yang jelas sudah hilang rasa takut mengangkat bendera PAS. Malah mereka tidak gentar dengan ancaman hukum hudud yang menjadi mainan media sepanjang kempen.
Hakikatnya pilihanraya Kuala Terengganu telah memberikan satu pengajaran bahawa keangkuhan dan penyelahgunaan kuasa hanya akan memakan tuan. Sebaiknya iktibar yang diambil ialah semua pihak menginsafi diri bahawa amanah kepimpinan bukanlah suatu yang boleh dikejar dengan menggunakan apa sahaja jalan meskipun bertentangan dengan nilai dan etika. Menipu, mengugut, menfitnah, merasuah dan sebagainya sepatutnya dihindarkan dan ia bukanlah budaya kita. Bagi calon-calon pilihanraya yang akan datang, ingatlah bahawa kerendahan budi, keramahtamahan dan kemesraan bukanlah suatu yang boleh dibuat-buat dan dilakonkan....Ia sepatutnya menjadi amalan dalam kehidupan seharian dan barulah keikhlasan akan nampak bila tibanya pilihanraya!
Namun demikian, apa sahaja keputusan yang diumumkan wajar diterima oleh kedua-dua pihak samada UMNO mahupun PAS dengan dada lapang. Bagi yang kalah, belajarlah dari kesilapan lalu dan banyakkan bertaubat kepada Allah Taala dan terimalah sebarang teguran dengan hati terbuka. Manakala bagi yang menang, tunaikanlah amanah dengan sebaiknya dan banyakkan bersyukur kepada Allah Taala dengan meningkatkan amal ibadah!
Semoga Malaysia terus subur dengan budaya politik yang lebih matang dan bijak.......Ke Arah Malaysia Baru!!

3 comments:

Anonymous said...

salammm....
huhuhu...
ustaz pas eh????
smoge islam terus ditegakkan x kira apa jugak parti yg berkuasa.....

aminnnn....(^_^)~~

hazman said...

emmm.. saya pn rasa mcm tu jgk ustaz.. kalu nk diikutkan rakyat sudah dapat menilai ape yg baik n buruk... jd itu adalah dipanggil tamadun.. melakukan perubahan ke keadaan yg lebih bai.. insyaallah semoga malaysia ini aman sentosa dengan pertolongan Allah yg Maha kuasa lagi Maha Adil.. amin..

Al-Teminie said...

Tidak kiralah kita parti apapun....yang penting kita sama-sama mendokong usaha ke arah terlaksananya syariat Allah di Malaysia yang pastinya akan memberi kebaikan kepada semua masyarakat samada muslim atau non-muslim. Terima kasih atas komen saudara.