1/09/2009

TRAGEDI PALESTIN; SATU PENGAJARAN BUAT UMMAH



Sudah masuk hari ke 12 serangan menggila Yahudi Laknatullah ke atas bumi Ghazzah. Kita terus dikejutkan dengan laporan-laporan akhbar dan media elektornik yang menyatakan bahawa rejim zionis telah memuntahkan bertan-tan bom ke atas tanahair sahabat-sahabat seagama dengan kita di bumi Ghazzah Palestin hingga mengorbankan 600 lebih nyawa setakat ini dan mencederakan ribuan penduduk. Hari ini akhbar Berita Harian melaporkan bahawa 13 mayat sebuah keluarga yang mati akibat bedilan Israel ke atas rumah mereka di Kampung Zeitun Ghazzah. Kita juga dipaparkan dengan gambar dan visual saudara-saudara kita diperlakukan lebih hina dari binatang. Mayat wanita, golongan tua dan kanak-kanak bergelimpangan di atas jalan seolah-olah nyawa mereka tidak bernilai lansung.
Pada hakikatnya serangan Yahudi ke atas bumi Palestin bukanlah suatu perkara baru. Mereka sebenarnya mempunyai niat yang lebih besar daripada menjajah bumi Ghazzah. Alasan mahu mempertahankan diri dan membebaskan Ghazzah dari kuasa Hamas adalah satu sandiwara Yahudi sahaja kerana mereka mahu mengaburkan mata dunia agar serangan mereka di halalkan. Hakikanya Yahudi mempunyai hasrat tersembunyi iaitu mahu menjajah keseluruhan bumi Baitul Maqdis dan menyahkan umat Islam darinya seterusnya menghancurkan Masjid Al-Aqsa. Mengikut kepercayaan Yahudi pemimpin besar mereka iaitu Al-Masih Dajjal akan turun di bumi Baitul Maqdis dan ia hanya akan turun di bawah runtuhan Masjidil Aqsa setelah terbina kembali Haikal Sulaiman iaitu Kuil idaman mereka. Justeru bermula dari penjajahan mereka pada tahun 1948 lagi sehingga sekarang hasrat mereka hanya satu iaitu menawan bumi Palestin dan meruntuhkan masjidil Aqsa dengan apa cara sekalipun. Inilah hakikat yang telah dijelaskan oleh Abdul Aziz Mustafa Kamil di dalam bukunya yang bertajuk Humma Sanah 2000 (Demam tahun 2000) yang menjelaskan bahawa bermulanya tahun 2000 bererti pertembungan antara Yahudi dan Islam akan semakin meruncing akibat dari kedegilan Yahudi yang mahu menjajah bumi Palestin yang merdeka dan merampasnya dari tangan umat Islam.
Apa yang berlaku di Ghazzah hari ini telah menyerlahkan sikap sebenar dunia barat dan Amerika Syarikat yang tidak pernah padam api permusuhan mereka terhadap umat Islam. Meskipun media mempamerkan secara terang dan nyata betapa kejamnya Israel membuli dan membelasah penduduk Ghazzah namun pintu hati mereka masih belum terbuka untuk melihat siapakah sebenarnya yang kejam dan zalim. Sebaliknya Hamas yang secara sah dipilih oleh rakyat Palestin sebagai pemerintah melalui sistem demokrasi menjadi sasaran tuduhan penyebab kepada serangan Yahudi. Perkara ini membenarkan apa yang telah dinyatakan oleh Allah Taala di dalam al-Quran melalui firmanNya yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Surah Al-Baqarah 120.

Ketakutan Israel kepada kerajaan Hamas bukanlah kerana Hamas sebuah pertubuhan Militan, sebenarnya ketakutan ini berpunca dari pendirian Hamas yang jelas dan nyata dalam menolak sama sekali penjajahan zalim Yahudi ke atas bumi berdaulat Palestin. Ketakutan ini ditambah lagi dengan sikap dan keyakinan Hamas terhadap dasar perjuangan mereka yang berteraskan al-Quran dan As-Sunnah dalam berdepan dengan Yahudi. Kerana perjuangan menyelamatkan Palestin melalui ideologi Sekular dan Nasionalis hanya akan menemui jalan buntu, sebaliknya perjuangan berlandaskan Islamlah yang akan berjaya berdepan dengan kezaliman mereka.
Tragedi yang berlaku ini juga telah mendedahkan satu hakikat yang terpaksa kita telan bersama sebagai umat Islam iaitu betapa lemahnya dan tidak bersatunya umat Islam ketika ini. Dalam situasi segawat ini, ketikamana umat seaqidah dengan kita dilanyak sebolehnya oleh Yahudi, negara-negara dan pemimpin umat Islam dan khususnya negara-negara Arab masih bertelingkah dan masih belum menunjukkan respon yang boleh menggugat keangkuhan Israel. Malah keenggaan jiran Palestin membuka pintu sempadan membenarkan jiran mereka menyelamatkan diri dan tiadanya sebarang bantuan ketenteraan menggambarkan betapa rapunya ukhuwwah dan persaudaraan di kalangan sesama umat Islam. Setelah seminggu lebih saudara kita di Ghazzah bermandi darah dan keputusan bekalan makanan tiadapun sebuahpun negara Islam yang berani mengisytiharkan jihad terhadap Israel. Inilah situasi yang pernah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya:

يوشك أن تداعى عليكم الأمم كما تداعى الأكلة على قصعتها قيل يا رسول الله أمن قلة بنا؟ قال لا ولكنكم غثاء كغثاء السيل تنزع المهابة من قلوب عدوكم منكم ويوضع في قلوبكم الوهن قالوا يا رسول الله وما الوهن؟ قال حب الدنيا وكراهية الموت

Maksunya: (( Akan datang pada suatu masa , musuh-musuh kamu akan datang berkerumun kepada kamu , sepertimana berkerumunya mereka kepada satu hidangan (yang lazat) , Sahabatpun bertanya: “Adakah bilangan kami ketika itu sedikit wahai Rasulullah ?”, Rasulullah pun berkata: “Bahkan kamu ketika itu ramai , tetapi kamu seperti buih-buih dilautan (tiada nilai) dan Allah akan mencabut perasaan gerun di hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan kedalam hati kamu penyakit Al-Wahn .” Sahabat pun bertanya : “Apakah penyakit Al-Wahn itu wahai Rasulullah ?” Rasulullah pun bersabda : “Cintakan dunia dan bencikan mati”
(Riwayat Ahmad & Tarmizi)

Apa yang berlaku di Ghazzah mengajar kita bahawa kekuatan umat Islam adalah terletak kepada tali persaudaraan yang kukuh di kalangan umat Islam dan negara-negara Islam. Justeru kepentingan ukhuwwah inilah Rasulullah s.a.w menjadikan sebagai asas penubuhan negara Islam di Madinah Al-Munawwarah sebaliknya, pertelingkahan, permusuhan dan perebutan kuasa di kalangan umat Islam menjadikan mereka terus ketinggalan dalam pelbagai bidang lain seperti ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi dan seterusnya dalam bidang ketenteraan. Kelemahan inilah yang menjadi sebab utama kenapa kuasa-kuasa dunia begitu berani membelasah umat Islam seluruh dunia.
Sepatutnya apa yang berlaku di Bosnia Herzegovina, Iraq, Afghanistan dan Palestin sudah menjadi pengajaran berguna buat umat Islam seluruh dunia agar kembali bersatu di bawah payung pemerintah Islam yang berteraskan al-Quran dan As-Sunnah serta meninggalkan ideologi ciptaan manusia yang menjadi penyebab utama kelemahan umat Islam hari ini. Allah Taala berfirman yang bermaksud:(( Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi )). Ali Imran : 85

Isu penjajahan Zionis secara kejam dan zalim ke atas bumi suci Al-Aqsa sejak 1948 seharusnya tidak dipandang sepi oleh seluruh umat Islam malah seluruh masyarakat dunia. Apa yang dipaparkan oleh media Barat bahawa tindakan Hamas melancarkan roket ke atas penempatan Yahudi sebagai sebab utama kekalutan ini adalah sandiwara semata-mata. Sebelum bumi Ghazzah lenyap dan sebelum masjidil Aqsa runtuh menyembah bumi marilah sama-sama kita bangkit menyatakan sokongan kepada sahabat-sahabat kita di Palestin. Saranan YAB Perdana Menteri Malaysia supaya seluruh Masjid diadakan solat Hajat dan kutipan derma untuk serta mengangkat syiar menunjukkan kebencian terhadap kezaliman Yahudi mestilah disambut dengan penuh semangat. Marilah sama-sama kita berdoa agar kezaliman Yahudi ini menjadi titik permulaan kepada kehancuran mereka di bumi Palestin. Semoga Allah Taala terus membantu para mujahid yang mempertahankan tanahair mereka dan diberikan kemenangan, seterusnya melenyapkan keangkuhan Yahudi. Dan kita benar-benar yakin dengan janji Rasulullah s.a.w bahawa berkumpulnya Yahudi di Israel dan bermaharajalelanya mereka di bumi Al-Aqsa menandakan saat kehancuran mereka semakin hampir sepertimana janji Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya yang bermaksud:

(( Tidak terjadi kiamat sehingga Muslim membunuh Yahudi dan larilah mereka dibelakang batu dan kayu lantas batu dan kayu berkata; wahai muslim wahai hamba Allah, ini yahudi dibelakang ku marilah dan bunuhlah dia )). (Riwayat Muslim)

No comments: