1/04/2009

OPERASI DAKWAH MALAM TAHUN BARU 09

Sempena malam Tahun Baru 2009, saya, sahabat-sahabat Surau Inderasempurna (Haji Nordin, Ustaz Joha, Wan Syamsul dan Riduan) dan Sahabat2 Masjid UMP telah sama-sama berganding bahu menjayakan Operasi Dakwah mengedarkan risalah di Kuantan. Seramai 20 orang lebih pemuda & pemudi UMP telah turut serta dalam operasi ini.

Tujuan aktiviti ini adalah bagi membantu anak-anak muda agar dapat merubah diri kepada keadaan yang lebih baik dan menghindarkan perbuatan maksiat khususnya di malam Tahun Baru. Lokasi yang dipilih ialah sekitar taman Esplanade dan Teluk Cempedak, Kuantan. Berikut adalah aktiviti yang dilakukan:

12.30 am (1/1/2009) :

Berkumpul di depan ibupejabat MPK.
Taklimat.
Pembahagian kumpulan.
Mula operasi.

2.45 am :
Tamat operasi di Taman esplanade dan depan masjid.

3.00 am:
Bergerak ke Teluk Cempedak.
Operasi di Teluk Cempedak.

4.30 am:
Tamat operasi dan bersurai.

Alhamdulillah semua peserta Operasi Dakwah berpuas hati dengan usaha kerdil yang dilakukan kerana rata-rata menyatakan inilah pengalaman pertama mereka berdepan dengan anak-anak muda pelbagai ragam. Masing-masing mengeluh dan sedih dengan suasana malam Tahun Baru yang dipenuhi oleh anak-anak muda melayu yang seolah-olah tiada arah dan tujuan. Dan yang lebih menyedihkan ialah gelagat remaja perempuan yang bebas berpeleseran dengan pakaian yang memalukan. Kepiluan terubat sedikit apabila team kami bertemu dengan ikhwah UIA Ktn yang turut sama mengedarkan risalah.

InsyaAllah, azam kami ialah usaha ini akan dilaksanakan secara berterusan dengan melibatkan ramai lagi ikhwah bagi melaksanakan amanah amar makruf nahi mungkar.

Pada 2 Jan 09 akhbar Sinar Harian telah memaklumkan seramai 56 remaja dicekup oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang kerana berkhalwat di hotel2 sekitar Kuantan. Inilah natijah dari pesta Tahun Baru yang saban tahun dibuat. Belum lagi pesta-pesta lain yang begitu banyak dibuat di Kuantan sepanjang tahun.

Nasihat saya: Wahai Pihak berkuasa hentikanlah menganjurkan pesta-pesta yang lebih banyak mengundang keburukan dari kebaikan!

2 comments:

Mohd Hazaruddin said...

assalamualaikum ustaz,

tahniah atas usaha tersebut ...
terima kasih atas usaha menyedarkan mereka ...

selamat tahun baru ...

-hazaruddin

Zuridan Mohd Daud said...

Selamat Tahun Baru...usaha yg sangat kerdil, moga kita sama-sama bekerja untuk islah masyarakat.