Sehari dua ini kita dipaksa oleh media memberikan tumpuan kepada isu keengganan kerajaan Pulau Pinang mengadakan perarakan Maulidur Rasul SAW pada tahun ini. Soal betul atau salah dakwaan tersebut saya serahkan kepada Allah SWT Yang Maha Tahu setiap perkara. Cuma saya rasa soal berarak sempena Maulid ini tak perlulah diperbesarkan sangat kerana ada beberapa sebab, antaranya: 1) Ada negeri lainpun yang tidak buat perarakan Maulidur Rasul. 2) Berarak sempena Maulidur Rasul ini bukanlah sunnah Nabi SAW, cuma ia menjadi adat budaya orang Islam di Malaysia. 3) Menurut laporan Jabatan Meteorologi, cuaca sekarang sangat panas dan merbahaya terdedah begitu lama kepada cahaya matahari seperti berarak di tengah panas, maka dalam soal ini mengelakkan mudarat lebih baik dari mendedahkan diri kepadanya.
Oleh itu tak perlulah kita umat Islam menjadi begitu beremosi dan bertindak di luar kewarasan mengenai isu di Pulau Pinang ini. Lagipun yang buat cadangan itu orang Islam sendiri, manakala Ketua Menteri dahpun tarik balik cadangan tersebut dan InsyaAllah perarakan akan berlansung.
Pada hemat saya masih banyak isu-isu Islam yang lebih mendasar seperti gejala tidak solat, mendedahkan aurat di kalangan gadis-gadis Islam, berzina dan minum arak yang perlu ditangani secara lebih serius khusus di Pulau Pinang dan di Malaysia amnya.
Tidak mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul tidaklah mencacatkan imej Islam di Malaysia pada mata dunia. Malah negara-negara Islam seperti Jordan, Qatar, Bahrain, Maghribi, Arab Saudi dan lain-lain tak mengadakan perarakan seperti kita. Pada saya apa yang mencacatkan imej Islam di Malaysia bukanlah isu tidak berarak sempena Maulidur Rasul, tetapi isu pembukaan Kasino di Singapura yang di taja oleh syarikat Malaysia iaitu Genting Sdn Bhd, isu dadah di mana Malaysia sudah dianggap oleh sesetengah negara sebagai pusat transit penagih dadah antarabangsa, isu penangguhan hukuman sebat kepada peminum arak yang sudah merayu beberapa kali supaya dijatuhkan hukuman kepadanya, isu tuduhan liwat yang diolah secara tidak bermoral oleh media, isu bayi dibakar di dalam tong sampah dan bermacam-macam isu yang semakin menenggelamkan imej islamic Malaysia di mata dunia.....
Jadi bagi mereka yang mensensasikan isu ini bawak-bawaklah bertenang, buatlah muhasabah diri, sejauhmana kita benar-benar mempraktikkan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan harian kita? Kalau solat masih tinggal, aurat anak isteri masih terdedah, fikiran masih sekular, masjidpun tak pergi, agak-agaknya sesuaikah kita begitu lantang mempertahankan isu berarak sedangkan ia bukanlah Sunnah Nabi SAW.....FIKIRKANLAH!
5 comments:
salam
ustaz pekabar??
saya setuju dengan ustaz, sebagai anak jati p.pinang saya tak nampak itu sebagai isu besar di negeri saya, lebih baik bajet yang diunakan untuk penganjuran perarakan ini digunakan untuk perkara lain, masih banyak lagik rakyat di pulau pinang yg hidup dalam kedaifan, masalah sosial, mat rempit dll lagi yang lebih serius...
ini lah jadinya bila semua perkara di politikkan, modal 'asal boleh'...
wsalam
Salam Mahasiswa PEDULI Ustaz
Ana secara peribadi amat berdukacita dengan berita di Televisyen dan akhbar serta komentar beberapa pemimpin yang hanya berhujjah berdasarkan fahaman sentimen politik semata.
Cuma apabila penjelasan Dr Asri Bekas Mufti Perlis menyatakan pendirian di Bernama Tv menyatakan isu perarakan Maulidur Rasul bukan isu utama dan tidak perlu diperbesarkan oleh orang poltik amat dihargai.Setidaknya,masyarakat awam tidak melatah dan terpengaruh dengan isu seperti ini.
Terima kasih atas penulisan Ustaz yang cukup terkesan...wallhualam
Mahasiswa Peduli
bizzob yan ustaz, ana sokong seratus peratus
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ni tak begitu arif tentang hukum hakam tetapi jika para alim ulamak dan ustaz-ustaz berpendapat ianya bukanlah sesuatu yang tersangat penting, saya sokong sajalah. Saya tengok jadual ustaz penuh dengan ceramah di tempat-tempat sekitar Kuantan. Ustaz ada ke rancangan nak beri ceramah di Surau Ar Raudhah di Taman Guru?
alhamdulillah baru saya faham..tq ustaz
Post a Comment