
Namun saya sebenarnya bukan langsung berniat menyinggung hati sahabat-sahabat sufi atau tarekat. Saya cuma menimbulkan persoalan kenapa Allah Taala membuat promosi hebat di dalam Al-Quran juga di dalam hadis Nabi s.a.w berkenaan dengan ganjaran pahala, syurga, bidadari, minuman lazat, sungai, taman dan sebagainya bagi mereka yang beramal soleh? Logik saya tidak mengapalah jika kita beramal untuk mendapat semua tawaran tersebut. Jika tidak sia-sia sahajalah perkara ini diungkapkan di dalam nas...sedangkan al-Quran dan Hadis suci dari membicarakan perkara sia-sia....
Di samping itu ingatlah juga pesanan Imam Hassan Al-Banna yang menyarankan kita supaya jangan taaksub dengan Syeikh kerana ia manusia biasa. Jika amalan dan statement nya menepati syariat turutilah ia, tetapi jika melanggar disiplin ilmu syariat sanggahilah ia. Juga janganlah terlalu sentimentle dengan Syeikh hingga semua kata-kata dan amalannya dibenarkan belaka meskipun tidak bersandarkan sumber hukum syarat.
Meskipun demikian saya tetap akur dengan teguran sahabat ini kerana saya yakin ianya ikhlas dan saya tetap berpegang dengan prinsip: Kita bekerjasama dengan apa yang disepakati dan kita bermaafan dalam perkara khilaf.
Wallahuaklam.